Thursday, 19 July 2012

dimana letaknya kemuliaan kamu ?


Pernah aku terfikir,
betapa sifat manusiawi diri, 
membuatku seakan tidak yakin padaMu,
cinta yang seakan akan terlebur,
tatkala tingkatan usia dihanyut jeram waktu,.

begitu jauh aku dari corakan muslim sejati,
cantingan halus rasul junjungan mulia,
mengapa seakan tidak percaya janjiNya,
mengapa seakan tidak yakin apa di genggamNya,
  
aku makan, ikan dilaut juga makan,
aku kerja, kera di hutan juga kerja,
aku tidur, si helang di langit juga tidur,
dimana letak kemuliaan itu?
andai iman dan islam tidak di semat rapi..

tiap guguran daun jatuh bertasbih, tapi aku ?
tiap kicau burung pagi bersulam tahmid , tapi aku ?
tiap desir angin malam , merdu berselawat , tapi aku?
tiap terbit mentari patuhan sunatullah , tapi aku ?
dimanakah letaknya kemuliaan itu?
andai terus dalam buaian pentas mainan ini,

izinkan aku menzahirkan impian,
suara hati yang tersirat sendirian sepi,
tanpa siapa yang mampu mengungkap,
melainkan Engkau wahai Pemilik hati,
mudahan menjadi makhluk yang Engkau muliakan,
sepertimana yang dikau ungkap dalam al-Quran..

 


“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan keturunan Adam dan Kami mengangkutkan mereka (dengan aneka kenderaan) di darat dan di laut dan Kami kurniakan kepada mereka rezeki-rezeki yang baik Kami lebihkan mereka dengan kelebihan-kelebihan (yang istimewa) dari kebanyakan makhluk-makhluk lain yang telah Kami ciptakan”
Surah al-Isra’ (17:70)

Apakah penanda aras kemuliaan manusia dari neraca al-Qur’an yang diungkap Tuhan ? 

“…. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu…”
Surah al-Hujurat (49:13)


p/s : terasa shahdu tatkala ramadhan datang , diri ini diberi peluang untuk bertemu dengan ramadhan lagi,
sungguh aku insan lemah, apa yang telah aku terjemahkan dari ramadhan yang lalu di medan amal..
mudahan Ramadhan ini menjadikan diri ini lebih tegar dalam mencari erti bagi diri ini.. insan yang memenuhi sifat insan, juga hamba yang kenal pada Penciptanya..
aminn..


nota 1
trial PMR dah nak mula, wishing Mur all the best di kuala kangsar, jauh di mata, dekat selalu dalam doa inshaAllah..
juga trial SPM , to Fadzli, i.A selalu dalam doa mudahan semua dipermudakn sentiasa..aminn


nota 2
invitation walimah roommate di laman FB, haila.. terperanjat, gembira dan sayu pada masa yang sama.. gembira buat dirinya, namun sayu dan termangu seketika pada diri sendiri, memang kami anak2 90-an, namun begitu jauh diri ini bila dibandingkan dengannya.. moga sedare tersayang sorang ini terus menjadi hero hebat buat rumah tangga dan keluarganya serta agama..^^



pen off..


Monday, 16 July 2012

bila rindu rinduan..


huu.. dapat bersembang dengan kerap with this guy for this past few weeks.. well, sebab dah nak naik sem kan, wishing u all the best lah k.. (a few photo for SAMURA around the Globe program yg dah selamat dihantar utk beri inspirasi pada adik2 nak melanjutkan pelajaran.. bagus abang2 ni.. (blueekk...))

untuk raya kali ni, sekali lagi my beloved brother ni x balik for the 2nd time..berpuasa and beraya sensorang di perantauan might be a good experience sebab it might cause you to appreciate the things that u miss even more.. 

contoh 1 
kalau selalu tak duduk barisan depan waktu takbir hari raya, anda akan terasa untuk duduk di sana, dan sambut mic dari tok lebai tua sebelah tu, and alun kan takbir raya yang selama 3 -4 tahun sebelum ni hanya didengari oleh teleinga sendiri ataupun telinga roommate anda.

contoh 2
kalau jenis yang jarang nak berheart to heart dengan keluarga (x semestinya bab kawen baru nak hati2hati) akan lebih open and share pendapat, perasaan dan masalah dengan lebih akrab .. somehow anda akan rasa anda menjadi lebih penyayang dan lebih menghargai detik2 tersebut

contoh 3
anda akan lebih rasa nak mintak sponsor dwet dari parent anda kerana anda dah banyak saving dwet depa dengan dapat scholar. haa, pampers botol susu ko, dwet tusyen, dwet buku, dwet masuk skolah, dwet beli mercun pop pop, jatuh dari langit ? be thankful dan syukur kerana dikurniakan mereka yg menyayangi kita tanpa syarat ..^^

contoh 4
kalau jenis hantu yg tak reti nak tolong masak or tolong lipat kain pemalas tahap gaban, anda akan tolong bwat bende2 tu kat rumah, maybe dengan emak, adik, or nenek yang bersama anda dan meringan kan tulang untuk buat kerja2 amal..

contoh 5
kalau x pernah mengaji dan solat bersama parent anda, anda pastinya akan terasa shahdu mendengar imam solat anda seperti waktu anda skolah menengah atau skolah rendah itu, ya masih suara yang sama, alunan yang sama, dan shahdu di kalbu yang sama..





well, apa nak bwat, sebab dah x balik kan, skype dan medium2 lain masih boleh menjadi medan terbaik  untuk melepaskan  keerinduan pada masakan mak dan toklah, nasihat/teguran/bebel abah ,, n sakatan dari adik beradik yang lain yg sedang enak menjamu selera  di malaysia.. dont worry, jarak mungkin jauh beribu batu, tapi anda tetap kami semua rindu.. acewahh..


k k, anyway selamat berpuasa untuk adikku fuad abu sahmah yang baru menang  so called 'silver' utk intervarsity games kat sana, kasut baru anda sangat lah lawa.. patut dwet abis..=P...
anyway have fun n do take care...

p/s : hari ni sorang bibik baru balik dari Egypt, and i guess she will make my life easier.. harap2nya.. hahaha.. dah nak puasa dah nih ? preparation kite guane ? ^^

Rasulullah saw bersabda: “Tidak ada seorang hamba pun yang berpuasa sekalipun satu hari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dirinya dari siksa api neraka sebanyak tujuh puluh kharif (tujuh puluh kharif maksudnya adalah sejauh perjalanan yang menghabiskan masa tujuh puluh tahun)” (HR. Bukhari Muslim). 


pen off..

Saturday, 14 July 2012

ucapan buat ramadhan yang makin hampir..

kejap je rasannya dah sampai ramadhan yang baru, syukur dipanjat kerana inshaAllah dalam beberapa hari lagi bakal dipertemukan dengan bulan penuh barakah ini, mudahan diri makin kuat tatkala bertemu dengan bulan mulia ini..





Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
(- HR Imam Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi-);


pen off..

Wednesday, 11 July 2012

the operation..



 alhamdulillah, syukur sebab makin sihat dari hari ke hari selepas pembedahan, 2 jam dalam OT, macam tak terasa pun, tapi dugaan tuhan kali ini banyak mnegajar aku erti pengorbanan, 


pernah aku terfikir yang "tak pe lah abah ngan ma balik la JB abang boleh je survive sini seminggu je pun, kan ramai akak2 nurse kat sini..  " well, ternyata au terpukul dengan itu,, sungguh sejujurnya, aku tak rasa aku mampu untuk berada disana seorangn tanpa mereka, both of them take a break like 10 days to wait and take care of me sepanjang di hospital.. tidur beralaskan tikar dan selimut untuk 1 minggu ,marble yang sejuk dengan air cond nya,  u will know how it really hurt u from the inside seeing your parent doing things thatt  soo much u feel u want to take their place and let them be in yours.. im grateful to Allah for blessing me with a loving parents.. mampukah aku untuk melakukan sebegitu kelak ? inshaAllah..
 ya Allah panjangkan usia ibu dan ayahku dalam iman.. aminn..


kebetulan dah nak dijadikan cerita, unlike the others yang undergo ACL (anterior cruciate ligament) reconstruction, my case was a little bit different, semuanya disebabkan ada complication waktu anest procedure... untuk anesthetic, mula2 diberi sedation, kemudian di ikuti dengan spinal anest, untuk operation d,, dan seterusnya epidural anest which last for 48 hours (fentanyl + marcaine) kalau x silap, those really blow your pain away seribu batu, hehe, but the complication i mentioned above is known as "post-spinal/epidural headache".. secara ringkas nya, dia adalah puncture during the epidural procedure which causes our CSF (cerebro-spinal fluid) to leak out.. it became more severe during upright position , since the high pressure will cause more CSF leaked out from the punctured place..( learn more about this )


headache yang teramat causes me to tersadai macam kereta buruk dekat ward melor tu even after operation kaki.. unlike the patient yang buat ACL recon on the very same day , dia dah discharge like 4 days earlier.. haha, well, mungkin unlucky jugak rasanya.. dah nak kena kan, apa boleh buat, duduk pun dah buat pening,baring aja lah, playing with katil yang ada remote tu, tido tido and tido, makan but akan vomit and pening, so i prefer not to eat anything or eat less.. (macam nak diet la pulak kan..haha).. when your friend tell you he had a headache, PLEASE be concerned sebb kalau betul, ianya sangat lah sakit sayang..aiseh..
on the day discharge tu, even from melaka to muar , sampai kampung, terus muntah .. really2 teruk , maybe sebab x betul2 recover from it yet nak klua jugak, rasakan nye... baring and the headache will go away.. mcam magic.. hehe..


sebab x dapat buat practical, so kena la rajin2kan diri sendiri baca buku kat rumah, huu.. hope everything will be back like the way it is nanti, for now, duduk rumah je lah,




dari lensa kaca, terasa kebesaranNya yang selalu aku lupa dan tidak diri ini perhatikan.. indah ciptaanMu tuhan.. jadikan aku hambaMu yang bersyukur..
aminn..


pen off,,..

Sunday, 1 July 2012

late update..^^

sedikit update, 1 jam sebelum operation, jalan2 around the ward, terfikirkan, yang im not going to walk like this for another 3 months, owh, sungguh nikmat ALlah tu kadang2 terlalu dirasakan besar rahmatnya pabila telah ditarik pergi,

well, im not sure why, tapi dari 4 reading blood pressure dalam2 hari ni, sekali aje yang 130/90.. yang lain sume 150 /++ and thats really scares me.. aiseh,, wallauhualam, aku pun tak tahu, terkejut jugak, becoz b4 this, normall cam biasa 120/80, umm, n for this operation, ive lost 8kg lepas diagnose dari hari tu, umm, seems like nothing much kan, but i wish i can do more.. tapi tak pe lah, dah buat yang terbaik,

Dr Hafizan kata, 2 week akan pakai brace, ~ 2 months akan pakai tongkat, 3months utk regain full movement, and to be secured, start with sports lepas 9 months..tunggu grad lah jawabnye caer oi..^^
i guess im going to update more frequent compared to last 5months, huhu, duduk atas katil aje kan, ape nak buat , slamat bawak broadband . laptop, some books, camera, and alquran..boleh buat teman utk this whole week agaknya..wish me luck.. buat2 gaya macam x seram, tapi cuak jugak sebenarnye.. hehe.. inshaAllah everything gonna be justfine.. aminn..^^


 till thn ye.. doakan saya..^^




pen off...
Related Posts with Thumbnails