Friday 30 September 2011

sayonara jahiliyah..^^



Kadang2 TAHU-ku x menggerakkan MAHU.. 
jauh sekali ku terjemahkan pada laku.. 
dalam perjalanan singkat ni, 
dimanakah ak diatas bumi Robb,, 
lupa dan alpa yang kerap berpaut kukuh..

menjadi Dr. Musleh bak kata abah,
aku terfikir sendiri,
ikhlas dalam diri masih dicari,
degil membentak fitrah insani,
indikasi jelas gelapnya hati..

aku perlu redha..
aku perlu yakin..
aku perlu sabar..
ditempuh sukar manfaatnya besar,
insyaAllah..

mudahan Allah lembutkan hati, 
sucikan nurani,
hilangkan karat-karat jahiliyah ,
yang masih tak terkikis di sanubari..

amin ya Robb..
”Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
 Az-Zumar:53).

p/s: minggu depan cycle topography anatomy dan neurology akan mula,
2 subject killer 4th year.. macam pharmaco tahun lepas or biochem 2 tahun lepas..
tapi yg buat die lagi killer adelah the fact that we need to learn dan jawab dalam russian language..adeh.. kene carik tukul besar kasi pecah itu language barrier le..i.A usaha2 syahir..
officially cakap babai pade war medicine dan teraphy..
tonggang tebalik ke macam mana this months,,
doakan semuanye dimudahkan sentiasa ye..
amin..huhu..
^^
my mom suke bunga,, and this one is dedicated to her..^^
pen off..

Monday 19 September 2011

Sistem Nilai Kebudak-budakan


“Kenapa Yop dapat dua, Imad dapat satu?” Imad membantah.
“Yop dapat dua keping duit lima ringgit. Jadi semuanya ialah sepuluh ringgit. Sama macam Imad” kata Uncle Hasan.
“Entah Imad ni. Yop dapat sekeping warna merah. Ini RM10. Imad dapat dua keping RM5, maknanya RM10 jugalah!” Saiful Islam menyampuk.
Rimas dengan rengekan Imad.

“Tapi Yop dapat dua, Imad dapat satu!” Imad terus merungut berulang-ulang kali.
“Warnanya kan lain. Dua keping duit hijau sama dengan satu keping duit merah” Uncle Hasan cuba memujuk.
“Ukkk… tapi Imad nak dua. Yop dapat dua. Imad dapat satu!” Imad masih mempertahankan ‘sistem nilai’nya.
“Ye la, ye la! Nah ambil dua keping ni” Saif mengalah.
Imad tersengih. Baru puas hati.
Dunia pun bertambah aman.
Imad tidak faham nilai pada wang itu. Dia baru berusia lima tahun. Apa yang dia faham, dua keping lebih banyak daripada sekeping.
Itu Imad.
Bagaimana pula kita yang sudah tua? Tidak dapat menghargai 27 kali ganda pahala yang ditawarkan Allah pada solat berjemaah?
Sudah diberitahu nilai matawang Akhirat lebih berharga, masih mengutamakan sedikit habuan matawang dunia.
“Sedangkan Akhirat itu lebih baik dan kekal buatmu” [Al-A'la 87: 17]

Sudah tua, tetapi sistem nilai masih kebudak-budakan.




p/s: share dari iloveislam.com..
       (tertarik kerna terasa kena batang hidung sebenarnya..^^)



pen off..

penagih cinta..



alhamdulillah..
syukur pada tuhan yang esa.. 
masih daku bernafas,
pada hari dan saat ini..

tatkala awan panas berlalu pergi, 
si luruh datang menjenguk bumi..
angin sejuk menggetarkan dada,
terus ke sumsum dalam..
segala telah berubah,
dan tetap berubah..
ikuti haluan sunnatullah..

tapi ak masih lagi sendiri..
termangu2 mencari jalan pulang..
walau arahnya telah jelas,
mata  meliuk mencari titi indah..
hanyut ku lagi dari jalan Illahi..

terus dalam doaku,
biar kepingan hati bersih kembali..
biar cinta tak lagi pergi,
agar dapat kualirkan semula,
titisan mata buat Pencipta..

p/s: tabah.. 
        mudah pada ungkapan ,
                namun sukar untuk diterjemahkan..
                          pada perbuatan juga perlakuan..

pen off..
Related Posts with Thumbnails