Saturday 26 February 2011

pesan Imam Ghazali


  • Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita
  • Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita
  • Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita
  • Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.
  • Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya
  • Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujuraat : 11)


p/s : tertarik dengan kata2 Imam Al-Ghazali tentang fitrah sebenar pandangan manusia..
diri sendiri juga terus memandang dlm pandangn jahiliyah..
teringat abg afiq pernah cakap,

'perubahan itu bukan pilihan, perubahan itu adalah kemestian.' bertambah molek, bertambah baik dari hari ke hari..


stop labelling people and keep on pointing on their weakness and negative side..
i.A pasti ada sesuatu yg dapat kite ambil ibrah dari pandangn ini..
mudah2an mampu juga mengubah diri ini..
21 tahun dah bang.. tah berape lame lerr lagi baki yg ada, x nak sedo2 lagi encik syahir oii??
astaghfirullah hal azim..



pen off

Thursday 24 February 2011

jiwang hamba dengan Pencipta



dakapku dekat denganMu ya Tuhanku..
ampunkan diri,
tabahkan pemilik hati ini,
mencari cintaMu..
tiap2 derap langkahku selalu takut,
longlai tanpa semangat,
maka kuatkan diri ini..
tsabat dlm mencari redhaMu..
aminn..

(Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(2:112)

pen off..

Thursday 17 February 2011

salah siapa labu-labi

agak kencang juga berita2 dan kisah2 tentang ketidak-up-t0-standard-an graduan2 Russia di Malaysia,banyak yg menyakitkan dari yang menyembuhkan??
nauzubillah..
sejujurnya, selembut mana hati dipujuk, sedikit guris tetap dirasa,
teringat seorang sahabat bercerita pada diri,
pernah terfikir x ada yg nak berbelanja wang biasiswa pon masih teragak2 kerana fikirkan ianya wang rakyat dan saudara2 lain,
yg berbelanja dan infak wang biasiswa dengan niat moga2 saham pahalanya dibahagikan dengan semua rakyat yg sama membantu 'meminjamkan' ia.,
untuk meneruskan sederap jejak dibumi cinta ini,
terlalu byk yg harus redahnya
moga2 hikmahnya akan tersingkap jua,
insyaAllah,redha atas aturan Allah ini,
teringt doa waktu awal mula membuat keputusan dahulu,

"Ya Allah, sesungguhnya jadikanlah keputusan yg bakal dibuat ini, adalah yg terbaik untukku dariMu.."


Salah Siapa Labu-Labi

Teringat aku sebelum aku datang ke sini
Tawaran 'keemasan' aku terima dengan besar hati,
Membawa azam yg tinggi yang selama ini terbuku di hati
harapan ibu ayah dan seisi keluarga
utk melihat aku menjadi doktor
tidak aku salahkan sesiapa kerana ini adalah pilihan diri

kehidupan disini byk cabarannya,
tidak pernah tergambar utk aku tempuhi,
tapi itu lah takdir namanya,
tiada siapa yg perlu disalahi,
semuanya telah tercatat di atas sana

3 jam masa aku ambil untuk pergi dan pulang dari kelas,
belajar pula dalam bahasa yg tidak difahami
berhmpit2 di dalam bas dan kereta api,
muka dan kaki ku kebas oleh sejuk salji,
tidak salah semua ini, semuanya cabaran yg Allah beri,
untuk masa depan satu hari nanti

keselamatan di sini pada Allah sahaja aku serahkan,
tidak cukup dipukul diterajang,
org asing ditikam dibunuh mati,
dalam kereta api letupan pengebom berani mati,
esok pula meletup lapangan terbang yg selalu kami lalui
mereka juga tidak salah, salahnya sistem yg sedia ada ini

bukan aku ingin meminta simpati,
apabila ada yg mengata itu dan ini,
kerana seorang semua dituding jari,
aku disini ikhlas utk menimba ilmu yg diberi,
tidak salah niat di hati, utk membantu suatu hari nanti

Fahamilah masalah kami disini,
sebelum menghukum membuta tuli,
aku budak baru belajar
kalau salah tolonglah ajar,
tolong selesaikan masalah kami,
bukankah itu lebih baik dari mengaibi
Tolong jangan salahkan kami
Hanya tuhan yg lebih mengetahui, daripadanya kita datang dan kepadanya kita kembali.


p/s: tulisan saudara hazwan zharif, cukup mengambarkan isi hati kami yg masih disini..moga2 Dia titipkan kekuatan dan tabahkan hati2 hamba2 dibumi cinta mencari redha ini..bersihkan niat lagi tuluskan hati menimba ilmu lillah hi ta'ala..

“Dan di antara mereka ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.”
(Al-Baqarah: 207)


moga Allah redhai perjuangn ini..
aminn ya Robb..

pen off..

Monday 14 February 2011

.dari ingatan, moga2 timbul kecintaan,..^^


Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu'min. (At-Taubah:128)
Itulah di antara kalamullah yang menyatakan sifat Rasulullah yang teramat menyayangi umatnya tidak kira pada zamannya, mahupun pada hari ini. Tahukah kita betapa rindunya Rasulullah untuk bertemu dengan umatnya yang hidup selepasnya. "Ummati, ummati, ummati", perkataan yg disebut sebelum berakhirnya hidup seorang manusia yang paling mulia, kekasih Allah, Khatimul Anbia', Muhammad S.A.W .
Betapa cintanya Rasulullah kepada umatnya. Tetapi, bagaimana pula cinta kita kepada Rasulullah? Ingatkah kita kepada baginda sepertimana baginda ingat kepada umatnya? Bagaimana kita menunjukkan kasih sayang kita kepada baginda?
Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi . Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(Al-Ahzab : 56)
Selawat dan salam keatas Nabi S.A.W bukanlah suatu yang sukar, malah banyak kelebihannya. Cuma kita manusia mudah lalai dengan perkara2 duniawi yang lain. Sedangkan Allah, tuhan sekalian makhuk, pun berselawat kepada kekasihnya, begitu juga dengan malaikat. Apatah lagi kita, yang hanya bergelar manusia. Banyak keistimewaan yang diberikan kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad, alhamdulillah. Tapi tidakkah kita berasa malu mengaku sebagai umat Rasulullah, jika tidak selalu mengingatinya?
Marilah kita sama2 perbanyakkan selawat keatas junjungan besar kita Rasulullah S.A.W . Jadikalah Maulidur Rasul pada tahun ini sebagai titik permulaan kita untuk menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W yang lebih baik. Mudah-mudahan kita dapat menimbulkan perasaan kasih sayang kepada baginda, dan tergolong di antara orang yang disayangi Allah dan Rasul, insyaAllah.
Sebagai renungan
Sabda Rasulullah S.A.W: "Berselawatlah untukku 1 kali, maka Allah akan berselawat untuknya 10 kali". (Hadis riwayat Muslim)
Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku". (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)
Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : " Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat".


dari ingatan, moga2 timbul kecintaan,..^^
Allah humma solli ala Muhammad, adadama fi'ilmillah, solatan daima tambidawami mulkillah..=)


pen off

Wednesday 9 February 2011

note to myself..

 

perubahan itu mulanya dari kamu..
lantang dihambur, cermin disorong..
mintakan si anak jalannya lurus,
pak ketam pula pamerkan herot..

ya Allah,, jauhkan diri dari kata2 yang tidak aku perbuat..
ampuni diri lemah ini..
kuatkan nurani rapuh ini..
pimpinkan hati kerdil ini kejalan redhaMu..
aminn ya robb..



pen off..

Friday 4 February 2011

shes my inspiration..

terbaca berita di akhbar online beberapa hari lepas, berita berkait seorang insan kesayangan Ahmad Syahir bin Abu Sahmah dari dulu, kini dan selamenye..=) :
SELARAS hasrat memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada warga kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) komited serta dedikasi menjalankan tanggungjawabnya.
Malah, PKU UTM boleh berbangga menjadi satu-satunya PKU lengkap dengan segala kemudahan.
Pemangku Pengarah PKU UTM, Dr Zaleha Nassir berkata, PKU bukan saja memberi perkhidmatan kepada masyarakat serta warga kampus, malah kesedaran pendidikan dan persekitaran kesihatan yang baik.
"Di kampus, mereka bukan saja perlu bersedia menghadapi tekanan dalam proses pembelajaran berbentuk akademik, malah pelbagai keperluan fizikal perlu dititikberatkan bagi memastikan kesihatan sepanjang tempoh pengajian terjaga.
"Kewujudan PKU ini untuk membantu warga kampus jika berdepan masalah kesihatan selain melestarikan proses penjanaan ilmu dengan lebih teratur.
"Berpegang pada keyakinan, tubuh dan minda sihat mampu menjana kecemerlangan, PKU UTM sentiasa membantu sesiapa saja mendapatkan rawatan bagi memastikan mereka pada tahap kesihatan terbaik untuk mencari ilmu," katanya.
PKU UTM ditubuhkan pada 1972 tetapi ketika itu hanya menjalankan proses perawatan asas. Pada 1997, ia beroperasi dengan lebih sempurna.i
Antara kemudahan yang disediakan adalah wad pemantauan dan kuarantin, pesakit luar, kecemasan, dialisis, rawatan ibu mengandung selain tiga ambulans untuk kes kecemasan dan kritikal.
"PKU UTM satu-satunya institusi di IPT yang tidak menggunakan kertas dalam proses rawatannya, sebaliknya maklumat dari awal hingga akhir dijana melalui komputer.
Dr Zaleha berkata, kewujudan perkhidmatan tanpa kertas itu bertitik tolak daripada kesedaran mewujudkan persekitaran mesra alam di kampus, selain menjadi pemangkin terhadap perkembangan dunia teknologi.

"PKU UTM bukan sekadar tempat penjagaan kesihatan, malah mendokong wawasan institusi mewujudkan persekitaran mesra alam bagi menjaga kebersihan kampus.
"Biarpun berbeza peranan, tanggungjawab dipikul tetap sama. PKU UTM turut mendukung aspirasi universiti ini menjadi sebuah institusi cemerlang dalam melahirkan graduan berjaya," katanya..(source)


I'm missing you~
truly,
Syahir Abu Sahmah
4thFeb2011-3.30pm
to love is always a gift from our God my friends..=)
alhamdulillah..
mood rindu keluarga terchenta
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua (ibu bapa) dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". (17:24)

pen off..

Thursday 3 February 2011

insyaAllah.


lelaki lebanon yg menyentuh byk hati2 di bumi cinta ini..

InsyaALlah..
mahu kubaiki diri hina ini,
jadi hamba pilihan Illahi,
IbadurRahman ,
moga2 tidak menyepi harapan ini,
tak malap dek kelam malam,
tak padam dek angin dingin..

ya Allah ya tuhanku,
permudahkan lah diri ini mengejar redhaMu..
jgn kau cabut hidayahMu dari kalbu ini..
Astaghfirullah halazim,,
terima taubatku,
sungguh kuhamba leka,
yang masih tak mengerti,
anugerah cinta dari tuhannya..

Ar-Rahman kabulkan doa hambaMu ini..
aminn ya Robb..


pen off..
Related Posts with Thumbnails