Friday, 30 July 2010

jalan lagi..

trip berjalan2 mengenal tuhan sekali lagi...
doa2kn selamat pergi dan selamat kembali..
haa..batang kali..
sekarang giliran kamu..
=)

pen off..

Tuesday, 27 July 2010

insyaAllah....aku telah bertunang..


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... .....
............ .

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)
aku? kamu? tanya diri, ketok pale bia sedo..
@.@
..
insyaAllah..

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~



pen off..

Sunday, 18 July 2010

antara nikmat dan ujian..

alhamdulillah..
baru balik dari kampung..
kenduri kak jiha,
sempena tamatnye study ..
waa.. da bergelar Dr.. nikmat2...
agak bahagie rupa beliau dan family..
insyaAllah 4 tahun lagi, lepas juga diri ni..
amin2..

dapat juga beberapa hari lepak2 di pusat kesihatan UTM,
tgk2 n tolong2 kerja2 belakang dgn nurse2 yg sporting..=)
lihat realiti sebenar kejadian tuhan..
macam2 ragam manusia,
ada yg mengeluh,
ada yg demand lebih,
ade yg cepat melenting,
ada yg ingat tuhan,
ade yg redha dgn ketentuan..
macam2..
darah muda, cepat jugak aku nak melenting nye..
perlu didik diri ,
lebih banyak sabar, lagi merendah diri..
kecil juga ujian2 ini,
kalau nak dibanding kan dgn sahabat2 lain,
byk yg berkongsi rasa, lagi kuat diduga..
ujian Allah tu datang, untuk hamba2 yg mampu..
insyaAllah baik2 aja..

Sabda Nabi Muhammad (S.A.W) : "Sesungguhnya kami, para Nabi, adalah orang yang paling banyak diuji. Oleh kerana itu, Allah terus menguji pemimpin-peminpin mulia ini, agar mereka senantiasa berada di sisi-Nya dan tak lengah sedikit pun. Dia, Allah SWT mencintai mereka, dan mereka adalah orang-orang yang penuh cinta dan dicintai oleh Allah, dan pencinta takkan pernah ingin menjauhkan diri dari yang dicintainya.

baginda pon diuji,, lagikan kita..


sempat juga hadir ke satu majlis perkahwinan dihujung kampung,
nak melihat suasana kahwin ni kampung,
macam mana gaye nye lame bebeno x pergi..
yg baik2 tu ada juga..
yg terlihat mamat berbaju ronaldo, dengan jeans,
si macho berbaju hitam dengan rantai besi dileher macam antena penangkap petir,
pekerja jamuan dengan gelang besi di pergelangn yg x de nilai2 perubatan,
lagi si jambul coklat kekuning kuningan..
baru yg si kaum adam,
yg si hawa agak malas untuk aku describe kan..
oh bangsaku..
oh masyarakatku,,
oh umat seagamaku..
mengapa harus sampai begini,
-__-..
(luahan hati budak yg masih jahil dan x de la bagus mana,
yg sedih melihat saudaraku jatuh dibumi sendiri..)

diri yang baru keluar dari kawasan hitam,
dengan harapan berjumpa putih di halaman sendiri,
rupanya kelabu2 asap yg terpampang..
(mcm kate hazreen waktu lepak2 di angsana 1 hari b4 pulang ke kampung..)

haa..minggu ni sambung sikit lagi dengn pusat kesihatan UTM,
b4 balik ke Samura terchenta hari khamis,
jumaat ke Endau-Rompin trip dgn sedikit batch 24,
sebelom bertolak ke Labuan dan sekitarnye hari Isnin pagi utk 1 minggu..
schedule lepas tu x yah di post dulu la..
haha..cewah..
insyaAllah hrap baik2 aja semua..

x sabar2 nak start fasa ke2 jalan2 Malaysia ni..
huhu..

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Al-Anbiya’: 35)


semoga terus dlm redha Allah dimana jugak kaki ini berpijak..
amin..
insyaAllah



pen off..

Sunday, 11 July 2010

sunnat

perkara2 sunnat itu..bukan maknanya..kalau x buat xda papa..sila ubah persepsi diri..kalau x buat..RUGI!!..itu bonus Tuhan kasi jgn sombong diri..seakan-akan suma y fardhu complete cukup tanpa cacat..

kucai yg ingatakan.. bende yg selalu aku fikir begitu dan ternyate rase2nye lepas ni kene ubah..=)
jom ubah yok..


pen off..

awak ni klaka la wak..

bila mufti keluarkan bicara tentang haramnya percaya pada tilikan manusia,
apatah lagi haiwan,

ada comment yg menjawab, -
1) Biarkan saja orang macam ni, tak perlu cakap dosa ke tak.. Itu hak individu, tak perlu mempertikaikannya..

2) Typical Malaysia muslim. Why so concern about this. The Paul octopus is just for German fan and world cup gymic strategy. They dont like you all to follow them. So pls shut-up. Dont use this Paul to get cheap publicity. Thank you.

(sebijik aku copy cam comment tu tulis..)

x terasa hak mereka yg kamu pegang?
dikala kamu tahu dan jelas apa kebenarannya tentang sesuatu sedangkan mereka tidak?
masih ingin menyembunyikan kebenaran yg dah kite ketahui sedangkan mereka tidak?
mesti la kite nak kasi tau kan mana yg betul dan mana yg salah..
Sesungguhnya orang-orang yang Menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dila’nati Allah dan dila’nati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat mela’nati.
(Al-Baqarah :159)

nauzubillahiminzalik..
mohon dijauhkan..aminn


bangun la dari tido sahabatku..


pen off..

Saturday, 10 July 2010

surat cinta..

I'm so sorry but i love you..


agak sunyi hari ni sebb x keluar mana2..
=)
tapi ya, macam2 jugak dibuatnye

dan macam biase duit keluar macam air..
ya.. itu dia..

lepas subuh, lepak2 dengn mur yg baru sampai dari perak pukul 2 pagi semalam...

follow pergi ke pasar utk beli skit2.. - lama x gi pasar perling ni.. terase agak buruk perangai ..ok abaikan..

sarapan pon beli sekali..x sangka dekat jb pon dah start jual sate pagi2.. igtkan dekat muar je..huhu..

gi bsuh kereta pula.. rm 15? x tau sama ada murah atau mahal, tapi aku tetap nak tawar ngn orang tu, so end up denagn rm 12..

dan satu lagi bende yg aku terase sgt hari ni macam mana senng duit nak ilang.. bukan pada something yg masuk perut aku, but pada perut pajero gedabak ni..-__-.. haish..
minyak oh minyak.. even rm 100 letak dlm pon, still x penoh.. see? thats y i want to drive the smaller car ma..
x terase sgt minyak nyer..adoii.. pengsan2..

fikir2 balik, waa, baru gitu, aku da terase da, den macam mana d
engan parent gue yg isi perut mak lah tu sejak 12 tahun yg lepas?
belom fikir perot 5 beradik ni sejak 20 tahun yg lepas??
ish3.. byk en.. dush satu utk perut syahir,
dush dua utk tulang belakang plak..

syukur kerana masih diberi nikmat ini,
doa diri utk ma n abah,
semoga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki,
diberi kesihatan,
ditetapkan iman,
segala kesilapan kami harap diampunkan,
dan semoga dapt 5 anak2 yg soleh dan solehah..=D
aminn..

“Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua.

Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ”

(Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)

sayangi mereka ya..=)


pen off..

Friday, 9 July 2010

tanye sama...

kenapa kau masih pandang remeh soal aurat?
T.T

program hiris hati ahmad syahir bin Abu Sahmah sedalam mungkin dgn itu ditambah garam secukup rase dan x lupa perahan air limau nipis, juga utk sape2 yg rase cuba resepi ini di rumah b4 tido mlm..

monolog dzatiyah utk fardiyah..


pen off..

Thursday, 8 July 2010

.......

umm, sya perlu kuat..
dan kene jadi kuat..
go syahir go..
dzatiyah2..
-____-..
tahu, mahu , mampu , tapi x disusuli laku.. x dapat jepp.. x dapt....
yosh..
kamon2..
kepade syahir tersyang, sile tabah2 selalu..
aminn..


pen off..

Tuesday, 6 July 2010

Aspirasi Samura 2010

Alhamdulillah,
selepas menyimpan hasrat selama 4 tahun,
dapat juga join program ni..
awal2 time terfikir yg mungkin aku x dpt join program ni for the next 6 years,
hampir nangis jadinye..
ouh..sadis2,,
alhamdulillah.. Allah aturkan segala,
syukur padaNya , sebb Dia yg lebih tau tentang hamba2Nya sedangkn kite tidak..
haa..
misi utama:-

- tenangkan student2 SPM yg mungkin tertekan, main2 dan suka2
- ingtkan kembali aim utama di Samura utk SPM
- berpijak dibumi nyata dan terus nyalakan harapan diri, ibu bapa, dan agama..

syukur juga sebb ramai fasi2 yg terlibat.. spm 2007,- fuad, palam, tedu colgate, pachy, ros n feeza misrin.. dapat juga bkenalan n bsahabat dengn senior2 samura lain, spm 1985, 1987, 1999, 2002, 2004 , 2006 dll..abg mohsin,abg nizam, herman, noh , fadli, buyak, hisyam, iqbal, hisyam, kak JR, kak zira, kak hani, kak farah, kak yana dan lain2 lagi..datang dengan satu harapan, harap dapat dikongsikan apa2 yg baik dan ingatkan agar tidak mengulangi kesilapan kami dulu..

Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang-orang mukmin"
( Al-Zariyaat :55)
cerita2 dengan adik2, berkongsi rasa, menyelami jiwa remaja masing2, sungguh, byk yg aku pelajari dari mereka.. betapa tidak semua antara kita yg bernasib baik, di beri segala sesuatu,


umm, mungkin kadang2 aku terlupa, sesuatu yg aku anggap biasa dan remeh, boleh jadi berharga pada mereka.. kene lerbih selalu ingatkan diri utk bersyukur..insyaAllah..

turut ku ingatkan juga betapa harapan ibu bapa pada diri ini, kasih sayang dn pengorbanan.. sesuatu yg hanya menjadi bukti lisan, andai tidak diresap masuk kedalam hati dan diterjemah dlm laku..
paling menarik hati ni, bagaimana salah satu LDK dlm prgram ni, dimana, setiap kumpulan harus mereka bentuk dan menghasilkan satu ciptaan projek, dari barang2 terpakai dan terbuang, dlm masa satu jam,,

sungguh keras usaha mereka aku lihat, berganding bahu bersma agar selesai dgn projek terbaik dan mampu dibanggakn2...

tapi apa yg aku buat, aku kritik dan hancurkan projek mereka itu dlm 5 minit..
aku punahkan segala harapan mereka utk lihat projek itu berjaya dengan kata2 tajam dan laku yg sgt jahat (bagi aku la)..kebetulan kak JR, teman segroup aku, fasi berpengalaman luas,,
aku x de pilihan lain selain mengharap agar budak2 ni dapat sesuatu dari perbuatan kami tadi,,

macam mana yg dirasa waktu projek 1 jam dengn barang terbuang itu musnah?
nak di bandingkan dengan projek jangka panjang 17 tahun dengan segala mampu wang, keringat dan pengorbanan ma n abah,, kalau x betul2, bukan tangan fasilitator, tapi kaki diri sendiri yg menghancurkan segala dan musnahkan impian lama ma n abah..

Sentuhlah hati mereka dengan cara kamu. Semoga hati kamu juga tersentuh.
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui mereka yang mendapat petunjuk"-125 surah al-Nahl.

waktu aku berbicara dengan mereka,
terdetik di hati ni, macam mana kalau diri sendiri x menterjemah sesuatu yg dilafaz kepada laku,, nauzubillah.. harap selalu mengingatkan diri dan di beri peringatan Illahi..aminn..

kesempatan ni juga , abg nak minta maaf pada adik2, kalau2 ada kata2 dan tingkah yg mengguris hati, terlanjur segala, ampun dan maaf dipohon,,
insyaAllah x ada niat lain selain berkongsi dan harap2 kalau x byk, sikit pon jadi agar putik2 kesedaran tercambah.. insyaAllah,

mungkin diri juga masih byk lagi kekurangn, serta mungkin belum sedar, sebb tu perlunye ada sahabat2 dan sedare2..=)
yg suka dan sudi mengingatkn diri ini.. terima kasih sgt3 sebb sincerely, i gained a lot from this experience of knowing you guys..

all the best n good luck utk SPM 2010 ok?=) insyaAllah abnag doa2kn agar dipermudahkan segala.., diberi kesihatan, ditenangkan fikiran, dilapangkan hati,dimurahkan rezeki,
lagi di tetapkan iman dan terus mengejar cita kalian.. berjaya bukan saje di dunia.. tapi diakhirat jua.. doa utk kalian dan diri sendiri juga sebb abg juga manusia..=)..
to rakan fasi.. terime kasih juga atas segala bantuan dan tunjuk ajar.. once, pernah terfikir yg mungkin diri ni boleh bangun sendiri tanpa teman di sisi, tapi rupanya, kehadiran itu ternyata satu yg perlu agar diri ini terus dlm keadaan mampu utk memberi lagi..
terime kasih sekali lg.. kalian mmg tebaik..=).. x tahu sama ada masih mampu utk join tahun depan, tapi yg penting, kalau berpeluang dan diizinkan.. insyaALlah akan join, ..aminn..
semoga bjumpe lagi dan doa2 agar diri diberi kesihatan badan lagi diteguhkan iman.. insyaAllah..

jumpe lagi..=)
all the best sume..=D

pen off..

Sunday, 4 July 2010

teaser Program Aspirasi Samura 2010


(maaf ksilapan teknikal skit, waktu recording.. =)
. ulasan lanjut pada entry seterusnya beberapa hari lagi.

sedikit preview dari aspirasi 2010..
insyaAllah bila ada masa skit,
satu entry utk program ni..=)




pen off..
Related Posts with Thumbnails