Friday, 17 June 2011

rahmat dan hikmah disebalik ujian..

Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.

Di hujung ujian ada Rahmat yang disediakan buat orang-orang yang berjaya, dan penyesalan buat orang-orang yang gagal. Jika kita tak pernah memahami atau cuba untuk mengerti hakikat ini, maka kita akan terus terkandas dalam ujian. Ujian demi ujian, keluhan demi keluhan, hidup terus berjalan dengan tertekan, tak pernah merasakan kenikmatan di sebalik ujian. Maka kita sangat perlu memahaminya, bahawa Rahmat Allah menanti di sebalik sesebuah ujian. Ujian itu takkan pernah hilang daripada papan cerita kehidupan ini.

Ujian membawa kita semakin dekat dengan pemberi ujian, mungkin juga sebaliknya. Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta. Itu tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tak pernah meninggalkan kita sendirian, kita bagaimana?


Ujian dan Iman

Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2, ertinya:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”Ayat ini menggambarkan kepada kita betapa iman itu berkait rapat dengan ujian. Kenikmatan iman itu dikecapi setelah kita berjaya melalui beberapa siri ujian yang telah ditetapkan oleh Allah. Semakin hebat ujian, semakin manis iman yang bakal kita rasai di penghujungnya, bagi orang-orang yang berjaya melaluinya. Jika kita gagal menempuhinya dengan baik, kita akan terus diberi peluang dan didatangkan lagi dengan ujian-ujian yang lain. Kita akan semakin tersasar jika kita terus menerus gagal dan tak belajar menjadi lebih baik. Allah itu begitu Maha Pengasih dan masih memberi ruang kepada kita belajar daripada ujian.

Firman Allah lagi dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-3, ertinya:

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Iman itu memerlukan pembuktian. Seberat-berat ujian yang pernah kita alami, tak mungkin seberat Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya. Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.

Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi.

Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya:

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)””

Ujian Pelbagai Bentuk

Tahap ujian yang ditimpakan oleh Allah kepada manusia itu berbeza-beza, berdasarkan kepada keimanannya. Bentuk ujian itu juga pelbagai. Ada orang diuji dengan wanita, yang lainnya dengan harta, anak-anak, kesusahan, kawan-kawan dan sebagainya. Bagi para pelajar, peperiksaan itu juga satu bentuk ujian. Hakikatnya, kehidupan ini sendiri keseluruhannya adalah medan ujian, akhirat nanti medan ganjaran.

Biar apa juga bentuk ujian yang kita alami, Rahmat Allah tetap akan mengiringi jika kita menghadapinya dengan penuh sabar dan pengharapan kepada Allah. Allah sangat-sangat suka jika hamba-Nya mengadu kepada-Nya, menitiskan air mata di balik tirai malam dan mengakui kelemahannya. Tidak dapat tidak, ujian itu harus dilalui dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah, kebergantungan yang sepenuhnya kepada pemilik diri kita. Jika tidak, kita akan buntu mencari jalan, kerana hanya Dia penunjuk jalan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 153, ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan Solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Ayat ini begitu dalam maknanya bagi orang-orang yang ingin memahami, dan begitu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. Sabar dan Solat itu kunci dalam memohon pertolongan Allah. Sampai bila kita harus bersabar? Sampai Allah memberikan pertolongan. Selagi kita diuji, selagi itulah kita bersabar.

Rasulullah adalah orang yang paling hebat kesabarannya bahkan paling besar ujiannya. Dan baginda jugalah yang paling mulia di sisi Allah di kalangan seluruh Umat manusia. Maka ujian itu sememangnya menuntut kesabaran, dan kesabaran akan mengangkat darjat seorang manusia.

“Dari Abu Hurairah R.A., ada seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W., “Berilah aku wasiat.” Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jangan marah!” Beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan, “Jangan marah!” (HR Bukhari)

Kesimpulannya, ujian itu pasti. Pergantungan kepada Allahlah yang akan membuatkan kita tenang menghadapinya. Mungkin kita sudah puas membaca, sekarang mari kita sama-sama merasa. Wallahua’lam...


p/s: sibuk dengan bulan exam, maaf x dpt update dengan lebih kerap, ini sedikit perkongsian yg dapat di kongsi bersama dari pembacaan minggu ni..huhu.. walau copy-paste, mudah2an jadi rantaian amal yg berpanjangan..insyaAllah..=)..

selami jiwa,, selami akal,, selami...lautan dalam bak kate Joharan raje lawak.. huhu.. bukan tu yg nak di up kan..ape la syahir ni, menyelam2 plak pagi2 ni..huhu.. tapi lebih dari itu, selami hati ,dan kenali diri kita sebagai hamba yang punyai Sang Pencipta..^^..
Cinta Tuhan tu sangat lah hampir, tapi kenapa acap kali diriku yang kerap meminggir..ya Allah, ampuni dan bahagiakan lah diri ni dalam limpah iman dan rahmatMu di dunia juga akhirat..... aminn..

pen off..

Tuesday, 31 May 2011

kehangatan Russian SC kembali..^^

salam,,
macam gempak je kan tulis SC kat atas tu,,
saje short form utk summer camp..
last year punye summer camp kembali dengan nama baru..
cewahh..cam eklan kat kain langsir la plak en..=P

Russian Student Summer Retreat (RSSR)..

insyaAllah akan join bulan 8 ni..just macam tahun lepas2,
base on last year punye pengalaman, dekat Lembah Genting,, mmg best dan mantopppp la..
^^bergamba ngn abg afiq rushdi kali terakhir..
waktu on the way ke kem,, mmg la KTM malaysia x macam metro kat moscow,, ape yg kite buat waktu stranded kat stesen ape ke name tu,,

pai dengan lagak aksi ngeri
(kanak2 bawah umur x digalakkan meniru aksi diatas)
waktu flying fox..manusie yg x brape nak hensem tengah gegel lutut waktu abseiling..=D
sempat bermandi mandan mandon kat sungai dengn kawan2 hari last tu..
cam kenal yg mendepa tangan tu.. (abaikan part2 yg x brape enak mata memandang,, ^^)
banyak pengisian2 yg best2 juga.. tu yg lagi seronok tu..^^
but yg menariknye, unlike last year, this year punye summer camp waktu bulan pose,, mesti best nyer dpt bukak pose n terawih sesame..huhu..harap2 dimudahkan utk join..waa...belom apa2 da xcited en..huhu..

official video promo kali ni,,




p/s: well, sedikit di kongsi video promo from KITA production.. aku mmg suke Kita production ni.. bukan sebb producer n direktor nye kawan2 aku,, but lebih dari tu, video2 dan short story diorg byk nasihat n pengajaran2 nye..

haaa...da berminat en.. sebb dah berminat , kite bagi up satu lagi video promo RSSR..=)



haha..mmg klaka n menarik la,, rupe2nye housemate ku yg sorang ni bukan hanya berbakat berceloteh waktu kitorg makan dinner tiap2 harije, ghupe2nye hebat gak dilayar perak..ceewah.. fight2 ngn rosyam nor lah fizu..=D..

jumpe di sane insyaAllah ye....^^



pen off...

Monday, 30 May 2011

periksa dan periksa..


salam,
this post is dedicated to my beloved family, ma n abah, fuad abu sahmah,
nurul atiqah abu sahmah,
fadzli abu sahmah,
jugak murtadha abu sahmah..
doa2kan kesejahteraan ku utk menjawab ngn tenang dan lepas semua dengan jayanye x de masalah..
aminn...mudah2han..

2 more days and abah ma akan ke umrah, bersama keluarga yg lain, insyaAllah doa2kn selamat pergi dan selamat pulang ke Malaysia semula..
moga2 Allah terime ibadah mereka..dipermudahkan urusan disana nnti.. aminn..

p/s : balik ke Msia on the 10th of july.Emirates woo.. walau agak lewat, tapi syukur sebb still dpt balik....alhamdulillah.. k nak sambung oovoo ngn family dan mintak doa..^^...
peace..=)


pen off..

Tuesday, 24 May 2011

siapa nak RM 650 000 dlm 3 minit??

salam..
hope tajuk cukup catchy utk kawan2 tertanye2..hehe..
lately ramai sabahat2 yg bercerite tntang dinar.. emas lah, perak lah..macam2..
waktu orang dok sibuk cerite nak kumpulkan dinar emas ni..
tengok2 la dekat website..woahh..
bukan murah dinar emas ni.. 1 dinar RM 657.oo.. sebb aku sendiri pun kurang ilmu tentang simpanan emas dan perak ni,, so diri pon x nak celoteh panjang sgt la pasal ni..serahkan pade yg lebih berilmu..

cumenye,, nak berkongsi skit..nampak nilai tu sgt besar kan?? mmg besar pon sebenarnye.. kua kua kua..kalau free2 bagi 1000 dinar nak x? sape yg x nak en,, rm650 000 sejibik.. BMW 7 series sepam pon lepas..teringat pesan abah,, katenye waktu2 lapang, try2 la amalkan ayat 1000 dinar.. waktu tu mmg x terlintas langsung la pon kat pale nak ngapalnye...kecik2 tau ape..just tau bende tu baik je, tapi nak aplikasikan tu mmg kurang beno lerr..

tapi tu la,, mudah2an adahikmahnye kite amalkan...setidak2nye pahala bacaan alquran kan?? 1 huruf dibalas 10 ganjaran? banyk x? mcam solat jugak,, berseorangn 1, berjamaah 27? RM 1juta dengan RM 27juta?? mane yg kite nak pilih?? haha.. macam skim cepat kaye la plak kan,, Allah tu maha kaya.. sgt3..kan3??



30 saat dengar,, 3 minit hafal,, seumur hidup amalkan.. mudah2an Allah limpah kan ganjaran dan redha nya BERPANJANGAN baik di dunia juga akhirat..^^
terjemahan ayat 2-3 dari surah t-talaaq ni / 1000 dinar

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(at-talaaq 2-3)


p/s: bukan lah bermaksud utk membandingkan ganjaran Allah itu dengan wang ringgit.. cuma mungkin lebih pada nak membuka pemikiran kita lantas membuahkan amal.. analogi tu kan baik utk kesihatan minda ..hehe.. apa2pun post ni x lain x bukan utk diri dan hati yg paling dekat dengan jari jemari yg dok layan je menari atas keyboard laptop tua ni.. juga utk sedara2 saudari seislam juga..^^



pen off..

Wednesday, 18 May 2011

ujianMu,seri buat hidupku..

huu..
pejam celik pejam celik, dah tengah bulan 5 dah..cepat beno mase berlalu..walau pernah diucap di laman fb,
tetap tak nak ketinggalan mengucap SELAMAT HARI GURU di behlog ni.. pade cikgu2 kelas kafa,cg2 skolah agame, cg tadika nuri tempat nyanyi2,, cg2 SKTP,ustaz ngaji yg garang gile kene sebat sampai nangis n lock pintu bilik, cg SMKSP, SAMURA, lecturer uni teknologi petronas walau belajar 1 sem, ~ 6 bulan je, lecturer di INTEC, jugak lec2 di MSMU ni..tanpa kalian sy x pegi mana2, (of koz dengan izin Allah).. syukur kerana Allah adakan mereka2 ini hadir dalam hidupku sebagai medium Dia limpahkan ar-Rahman dan ar-RahimNya.. syukran ya Allah..

lagi satu pon bulan may ni ada hari pekerja.. 1May mmg kusambut dengan riang dan gembire..-___-(..macam hari raye la plak bunyiknyer,,) terime kasih pd pekerja2 yg bekerja di malaysia, n bayar cukai n dapat lerr sy sambung pelajaran ke moscow russia ni..terime kasih yg tak terhingga.. x tahu nape tapi 1May ni aku tunggu tiap2 tahun..haha..ade tarikh signifiken mungkin?? haha..x pe..abaikan.. yg betul mmg hari pekerja dan bcoz of that cuti free n sy happy..^^

jadual xm baru je keluar,, well,, less thn a month,, dah nak final exam..tahun ni kertas final paling byk dlm sejarah hidup di moscow ni.. 5 finals utk sem ni.. 8/6 start kertas 1st- pathophysiology.. walau aku suke gile subjek ni, but utk perikse die mmg sgt menkutkan sebb risau2 tersalah diagnose penyakit n kebabom lerr result jadik.T.T.. moga2 Allah mudahkan,,

difollow dengan pathoanatomy(11/6), general surgery(16/6), PHARMACOLOGY (23/6)--subjek yg menjadik kekasih gelapku utk 3rd year ni.moga2 Allah mudahkan.unlike biochem last year, tahun ni pharma yg menambat hati sebagai makhluk paling menyiksekan.kene kuat2 study pharma coz final kompem2 susah sebb mdm bondarchuk n yenikeva yg akan tanye.. insyaALlah buat yg trmampu daya..n berserah pdNya..Ma selalu cakap,usaha dulu,br tawakkal..boleh2 insyaAllah..=)


n last sekali Internal Disease(27/6)..antara subjek yg paling dicintai utk 3rd year 2nd sem ni..mungkin sebb cikgu nyer yg best n belajar byk n alhamdulillah best,(tah berape kali ulang best daa) walau x semantap dak2 vaselenka, as a rosalima's student, cukup membanggakan ape yg aku dpt sepanjang belajar ngn DR. Rameev utk 2nd sem ni.. Dr yg penah bertugas kat negara 'tan-tan' waktu perang n some other part of our beautiful world, dengan english nyer yg mantap, fuh..syukur alhamdulillah.. although english aku pon seberape, tapi kalau ade org russia yg cakap english lagi mantap dari aku, cukup buat aku respect n terkedu, coz honestly I ran into a lot of russians who didn't speak English at all here.. so to be able ber-english kangkung dengan aku sudah satu bende yg boleh buat aku recall tu sebagai "keajaiban hari ini" yg akan aku recall b4 tido that night.. believe me,, macam jumpe orang yg boleh cakap jawa dekat tengah2 bando kolumpo..peh kagum..

insyaAllah mudah2han Allah mudahkan segala usaha n pekerjaan yg akan dilaksanakan ni..
after all, aku hanya merancang, Allah jugak merancang,, and perlulah aku, engkau ,kalian hang lu kome etc. ingat yang sesungguhnya Allahlah sebaik2 perancang..tadbir tu jelas2 dari kita,, and lepas mentadbir, baru berserah pade takdir,, dah kalau tadbir pon malas, mmg harapan lah nak bergantung harap takdir je terbaik ..(kalau ade yg blur2 leh panjangkan bacaan ke "serasikan tadbir dan takdir")

"Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.
".

(ali-Imran:54)



all the best Syahir.. n mudah2an setiap hembus nafas degup nadi terus dalam redhaNya..
doa2kn kejayaan kita bersama ya.. walau apa dugaan yg menimpa, mudahan sabar juga tabah mengiringi setiap derapan kaki dari hari ke hari... sang pokok yang makin kuat di goncang taufan, bertambah kuat akar mencengkam tanah, berlian yg dikambus bumi, makin bertambah nilai diri, juga mutiara di dasar laut sepi, terlalu indah lagi berharga tatkala dimiliki.. moga2 tiap2 ujian Allah tu bakal menjadi seri utk hidup tatkala terunkai hikmah disebalik setiap mehnah ..
^^

p/s: bulan may jugak adenye peristiwa "Naqbah".. nak tahu bendalah ape tu?? try ketuk pintu encik gugel, n tanye die..moga Dia pelihara saudara kita di bumi sebelah sana..
aminn..


pen off..

Saturday, 7 May 2011

sayang Dia pada kita...^^


salam..!!
lama x menulis kat sini.. rindu pulak..^^relax sikit mungkin mlm ni,,sebb esok hari ahad cuti,,
n isnin pon cuti..dah 2 kali isnin cuti,, berturut2...kali ni sebb Russia sambut Victory Day..mengenang pahlawan2 negara yg berkorban jiwa dan raga mempertahankan tanah air yg terchenta di samping membaham negara2 lain satu ketika dulu..Cg cerite hampir 25 juta tentera yg terkorban.. tanak macam the whole malaysia punye rakyat la plak en..
mmg ramai lah pakcik n makcik2 kat bandar cam ni 9 Mei nanti..perarakan ala2 hari merdeka..lebih kurang gitu la..

tapi...antara seronok n tak jugak sebenarnye ..
seronok of coz la sebb dapat cuti..im a typical budak kampung kat jb, yg akan melompat kegirangn time cuti2 datang..

but yang x seronok nyer, hari isnin tu lah, kelas topography anatomy, and internal disease ade.. tophan subjek yg 100 dlm bahasa russia ni mmg x brape mendapat tempat di hatiku..hehe.tapi x tau nape, this year, seems like kecintaan pd subjek internal disease ni cam abit membuak2 skit.. mungkin sebb belajar pasal disease kot.. baru terase macam nak jadik doktor skit.. dr dulu aku dok fikir,, cam ne lahh muke aku ni jd doktor, ilmu pon secoet tet, nak tolong diagnose penyakit org lain,, insyaALlah, akan usaha lebih keras lagi..doa2kn ye..^^

bile fikir2 balik, cam ne belajar pon, mesti ade panduan n rujukan en,,


teringat dulu waktu awal2 beli ipod (je.. berangan nak iphone tapi x brape nak mampu,almaklom lerr,, poket koyak waktu on the way gi kedai..=P.. but still syukur ah dengan kedatgn ahli baru dlm keluarge ahmad syahir ni.. kegunaan yg baik, ape tah lagi waktu ke kelas as rujukan, or even baca buku "Ketika Cinta Bertasbih" atas train on the way ke destinasi memane..=P

but for sure masih byk yg leh digunekan lagi ipod ni.. cume aku yg a bit malas nak belajar..
yg paling pandai gune mesti lah orang yg buat bende ni en,, tukang paip ngn tukang kasut same ke keje?? x same.. paling2 kalau nak sama pon, si pak seman tukang paip tu kene lerr blaja dari pak jakpo tukang kasut bukan dari Kak Senah tukang jahit....

macam tu jugak lerr ngn hidup ni..in order untuk kita daptkan pedoman yang terbaik dlm jalan hidup, syahir kene lerr back pada si Pencipta yg paling pro.. alang tukang kasut pon kene spend 2-3 hari repair kasut,, yang maha hebat ni cuma "kun fayakun" je,, x abis hebat ke tu?? tu lah kedahsyatan Allah bile Dia berkehendak..


[Al Baqarah:117]

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."


[An Nahl:40]

Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".


[Yaasiin:82]

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".


[Al An'aam:73]

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui


[Al Mu'min:68]

Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".


[Maryam:35]

Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".


[Ali 'Imran:47]

Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.


[Ali 'Imran:59]

Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya:"Jadilah", maka jadilah dia.


banyakkan diulangNya?? Archimides principle dlm buku physics pon ulang x sampai 3 kali kan kak peah nyerr la hai..x pecaye lagi?? Dia diberi lagi rujukan ni yg terbaik sepanjang zaman,, Al-Quran..

ade satu kesah dimane Saidina Umar Al-Khatab r.u terjumpe sedikit potongn dari kitab taurat, dan dikhabarkan pada Rasulullah untuk dibaca dan didalami,
tapi ape yg nabi jawab?? jika Nabi Musa masih hidup, nescaya baginda juga menggunakan Al-Quran sebagai pedoman panduan hidup..^^

insyaAllah, mudah2an, interaksi dengan Al-Quran kite bertambah2 baik hari ke hari.. abah penah pesan, klu baca Quran, usha2 lah terjemahan nyer.. insyaAllah pasti terlihat juga pedoman2 dari sedikit tadabbur tu..i.A buahkan pada amal..
kompem2 peringatan ni x lain x bukan utk hati yg paling dekat ngn jari yg menaip setiap baris dan perenggan ni.. juga utk yg lain juga..^^



p/s: well, 2nd week of may guys.. its Mother's Day..khas buat insan yang terawal mendidik aku dgn al quran, ma n abah..thankz 4 always be there for me n adik2 yg lain.. moga Allah bawa cinta kite semua sampai Syurga...aminn ya Robb..^^



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun,
berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap
bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
[46:15]

Selamat Hari Ibu ma..!!
rindu giles2 seyy...fiwit2..
klu x dpt raye Msia jugak tahun ni mmg alamat nangis x ebrlagu lerr gue..
but so far,, klu x de perubahan,, flight balik semula to Moscow 5 september..
(ok nak fiwit2 sekali lagi..) insyaALlah x de aral melintang..sembahyang raye sof depan lerr aku kat masjid kampung tu nnti.. siap takbir pagi2 dengn mic masjid.. hoho..tinggi harapan aidilfitri Ahmad Syahir Abu Sahmah..apa2 pon,, lot of loves ma...~~
seyesly entry ni abang yg tulis..hehehe..
syahir=)



pen off..

Wednesday, 4 May 2011

fuuhhh....~~

fuhhh...
tiup habuk sikit...
kesian dah lama x update..
Allahu Robbi..
even malam kene try n hafal n telan mcq byk..
byk yg nak dikongsikan sebenarnye..
tapi insyaAllah bile berkesempatan akan segra update..
guys out there..
Mother's Day dah nak dekat ni..
ingat2 selalu n buat lah apa2 yang patut ye..^^
owh,, rindu rumah, n rindu orang rumah..=P..
orang2 dirumah kat jalan belibis 1/3 saya maksudkan..
marap maklum..
doakn yg terbaik utk diri ni ye..
salam..


pen off
^^

Wednesday, 20 April 2011

kepada mutarobbi..



Kupohon maaf,

Wahai mutarobbi
Kerana kau mendapat aku sebagai murobbi

Malunya aku wahai mutarobbi
Menggelar diriku sebagai murobbimu
Dan menggelarkan kau sebagai mutarobbiku

Aku gagal memenuhi dirimu dengan himmah..
Aku gagal mengajarmu erti tajarud..
Aku gagal menyinarimu dengan ruh rabbaniyyah..
Tidak cukup dariku fikrah dan ukhwah..
Dan kau kering ketandusan kasih sayang..

Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kurangnya prihatinku terhadapmu
Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kasarnya nada kata-kataku terhadapmu
Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Tajamnya pandangan mataku terhadapmu
Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kurangnya senyumanku terhadapmu

Maafkan aku wahai mutarobbi..
Kerana kau mendapat aku sebagai murobbi..
Layakkah aku digelar murobbi..
Sedangkan kau tidak diperlaku seperti mutarobbi..

Ya Rabb, ampuni aku
Aku gagal memenuhi amanah besarMu
Ya Rabb, ampunidia
Jadikan dia lebih baik dariku
Ya Rabb, berikan aku taufiq dan hidayah
Aku tidak mahu lagi berlaku zalim terhadap mutarobbi
Ya Rabb, berikan dia taufiq dan hidayah
Jumpakan dia dengan murobbi

Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku menanam cita-cita untuk menjadikan kau rijal
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku berazam untuk menarikmu bersama ke dalam soffku
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku cuba untuk menanam benih cinta da'wah dan tarbiah di hatimu
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku ingin kau menjadi seorang murobbi

Dan ketahuilah wahai mutarobbi..
Aku juga seorang mutarobbi..
Yang masih mengharapkan murobbi..
(syntahstylo)

p/s:hanya kepada ya Allah aku berharap juga memohon, dan kepadaMu jualah tempat aku kembali..
luruskanlah hati mutarobbiMu ini..
aminn..
jzkk azli atas ingatan..


pen off..

Wednesday, 13 April 2011

susah ke nak redha?

its always hard if the people around leave u with no choice..
bak kate si Anggela waktu sesi penganugerahn registered name di dorm Pujangga 3, 4 tahun lepas,
redha tak redha, redha.. (dapat x intonasi die?? huhu..)
nak terime or x nak terime,, kene terime jugak,,
but kalau redha dan ikhlas, mesti tu yg terbaik kan??
dapat pahala free..
memang, diri akui,,
menjadi seorang yg redha tidak semudah bicara..
kerana seketul daging lembut dalam diri tu,
bukan pak turut yg setiasa mengikut..
kadang2 cik hati degil skit.
datang musim emo juga bengang..
nama pon manusia..
so kene pujuk belai2 dulu..
insyaALlah menjadi manusia yg byk berserah....
oh tuhan, jadikan aku hambamu yg redha..

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – (ali Imran :139)
hati..
Jikalau kau berasa kau bersendirian,
ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati,
kerana DIA sentiasa bersamamu….


tenang2 saja syahir..senyum..
seems like the pretty smile faded quite often lately..
hoho..senyum2..^^


p/s: btw wanna say thank you sooooooo much to my bestfren Zac atas hadiah birthday..
gonna be the most expensive shirt i ever had in my wardrobe..huhu.. terime kasih Zac.. happy bithday to you too..moga Allah panjangkan umur kamu..lagi dilimpahkan rahmat dan kemuliaan hidup di dunia juga akhirat..hadiah birthday aku dan akmal (coz Akmal pon dapat satu juga dari zac as hadiah bufday) ni akan kami ingati dan sgt dihargai..
=)


pen off..

Tuesday, 5 April 2011

Syura


Kadang2 dalam membuat keputusan, kite terlepas pandang, mungkin bukan semua yg bersetuju dengan keputusan kita, jugak mungkin ada resolusi yg lebih baik untuk permasalahan yg timbul tu..kenapa harus itu perlu diwajibkan kalau kite mampu menolak dan ada lain yg lebih berpengalaman? Sedar x sedar keikhlasan di hati bagai telur dihujung tanduk, ditolak si bayu, jatuh pecah, diuji sedikir msalah, hilang pedoman arah..
Terigt satu kisah, seusai perang Badr, rasul saw telah bersyura dengan Abu Bakr dan Umar ra berkenaan tawanan perang. Dipendekkan cerita rasul saw telah cenderung dengan pendapat Abu Bakr yang mana tawanan perang tidak dibunuh. Pada keesokan harinya Allah swt telah menegur keputusan rasul saw yang mana membenarkan pendapat Umar. Namun keputusan tidak berubah. Kerana ianya adalah syura. Namun teguran Allah adalah nasihat kepada nabi saw..


Ikhlas, umpama semut hitam,
yang merayap di atas batu hitam..
di malam yang gelap gelita..

tidak kelihatan...dan perlukan mujahadah.
ia perlu ada untuk sebuah kebahagiaan..

Kebahagiaan ketika memberi..
Kegembiraan ketika membantu..
Kemanisan ketika beribadah..
Kesenangan ketika berdakwah..


Moga2 Allah ikhlaskan hati kita bersama..
Aminn

Pen off..

Monday, 4 April 2011

Palestin, kami peduli..


Sahabat,yakinlah apa yg kita buat pasti ada hasilnya.Walaupon ia nya nmpak seperti satu usaha yg sangat kecil tapi pada pandangan Allah mungkin itu satu usaha yang sangat besar..Teringat kisah seorang pelacur yg masuk syurga kerana hanya ia memberi minum pada anjing yg sangat kehausan..Pelacur dan anjing?Ya dua benda yg secara zahirnya kita pandang jijik..tp asbab satu amal yg kecik dilakukan oleh pelacur itu berjaya membawanya ke syurga.Bagaimana pula jika kita membantu saudara2 kita di palestin.Tidak kah itu lebih besar amalanya?
Sahabat,apa yang ingin ditekankan disini adalah tentang isu boikot sebnarnye.Mungkin kita nmpak ianya hanya isu sepele (kecik) sahaja.Tapi sebenarnya kita dah berjaya buat Israel takut dengan isu boikot ni,cuma nya kita sedar atau tak je..cuba rujuk ni [http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/02/kesan-boikot-produk-amerika-israel.html & http://hasbiemuda.wordpress.com/2011/01/22/faq-boikot-zionis-israel/]...dan sebenarnya banyak lagi web2 yang menjelaskan tentang impak boikot ni dan kita bole cuba mencarinya hanya dengan menggunakan uncle google je (^_^)
Cuba kita fikir sejenak,mengapa agaknya banyak syarikat2 Isreal ni buat bermacam2 promosi jualan murah produk mereka?jawapannye mudah.Sbb mereka sudah merasakan impak boikot ni dan mereka nak tarik balik customer2 mereka yang dah lari tu..Ingat tak dulu masa kita kecik-kecik kita nak apa pon mak ayah kita bagi.."mak nak gula2..mak nak aiskrim..mak nak makan ayam..mak nak itu..mak nak ini " tapi sedar tak kita, ramai kanak2 di palestin sana yg zaman kanak2 mereka dihabiskan dengan mendengar bunyi tembakan dan letupan. Nak makan sesuap nasi pon sangat lah susah.
So akhir kata,marilah sama2 kita merenung & muhasabah balik diri ini..Sejauh mana iman dan sensitiviti kita terhadap isu saudara kita di palestin sekarang ni..teringat satu hadis nabi saw..hadis sahih "Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." Wallahualam~~(ahmad nor mupangat)

Monday, 28 March 2011

hard time

first ever time i feel like crying when talking to abah n ma bout studying medicine..
jiwa kacau betul la ni..
durh..
manusia sempurna tu tiada kecuali 1..
really need a booster a.s.a.p..
adehai.. boleh2..i.A..
mudah2an Allah mudahkan...
aminn..


pen off..

Friday, 25 March 2011

"aku sudah bosan dengan usrah, tak dapat apa2pon..."


SHUHHHHHH!!!!!

watch out your mouth! Somebody might get hurt with your statement!
But how can we deny our feelingkan?

Nak tahu satu cerita?
betul nak tahu?
Dah ready nak tahu?


betul ke nak tahu ini?

hehehe… dah lama tak main acah-acah ini:)
Hakikatnya, kita semua sayangkan usrah. Kerana kita tahu inilah jalan rasulullah. Inilah sunnah terbesarnya yang dihidupkan semula oleh Hasan Al bana kerana fungsi usrah sebenar tidak berjalan dengan baik dalam masyarakat Islam.
Dalam usrah pembentukan berlaku. Dalam usrah perkongsian berlaku. Dalam usrah tarbiyah dapat dibenturkan pada sebuah kehidupan.
Kita amat faham fungsi usrah. Ianya nukleus pada jemaah. Tanpa usrah, kita akan terburai dari talian jemaah. Kita akan terikat dengan syaitan dan bisikannya. Kita mula berada dalam lingkungan jahiliyah.
Trust me. Walaupun sebelumnya ini kamu amat kuat membenci jahiliyah dan sangat semangat menyampaikan sayonara Jahiliyah.
But oince, kita putus asa dengan usrah kita, rasa fed up, dan memutuskan untuk tidak bersama usrah, maka percayalah, kita sedang terikat dengan jemaah jahiliyah tanpa kita sedari.
Kerana usrah itulah tali hayat kita kepada jemaah dakwah ini. Usrah inilah yang mencantumkan hati kita, merantai hati kita dengan ikatan iman dan islam, ikatan ukhuwah dan kekeluargaan.
Kerana usrah is more than pengisian. Di dalamnya ada rasa kekeluargaan. Di dalamnya ada hubungan jundiy dan amirnya. Di dalamnya ada penyusunan-penyusunan.
Di dalamnya Allah nak uji kefahaman dan keikhlasan kita; kita datang usrah ini untuk rasa meningkat ke atau kerana nak dapatkan redha Allah???
Laa.. bukan ke rasa nak meningkat tu buat kerana Allah juga?
No, maknanya kita mmg solely harap pada Allah, dan tidak berharap pada naqib yang memberi taujih pada kita.
Ikhwah dan akhawat sekalian.
Kita hidup dalam jemaah yang didirikan manusia. kita berinteraksi dengan manusia.
Tak semua orang best memberikan usrah. Tak semua orang tahu menjadi murabbi. tak semua orang kenal mutarabbi dia dan tahu apa yang mutarabbi perlukan.
Dan antum tahu tak? Tak semua naqibah/naqib kita ada usrah yang konsisten pun.
Kerana individu-individu dalam jemaah kita ini mempunyai banyak sangat kekangan.
Ada yang dah berkeluarga. Ada yang sibuk dengan pelajaran, pekerjaan dan sebagainya.
Memang nampak itu semua seakan-akan alasan. Namun inilah hakikat yang perlu kita sedari.
Kita perlu menyantuni mereka kerana kita tak diuji seperti mana mereka lagi. Mungkin kita tahu, idealnya, usrah perlu ada everyweek. Jika tidak dua minggu sekali. jika tidak sebulan sekali.
Namun memang ramai sahaja afrad dalam jemaah kita ini tidak berusrah selama berbulan-bulan.
Maka apakah produk manusia yang dia dapat hasilkan jika usrahnya sendiri tidak diberikan sebaiknya?
Ini tidak bermakna kita memusuhi dan menyalahkan jemaah kita. Inilah dia jemaah kita. Kitalah yang membaikinya dari dalam. Bukan keluar mencari penyelesaian, kerana mana-mana jemaah yang kita temui, pasti ada banyak kelemahan dan cacat celanya.
Di sinilah kita perlu menerima kelemahan peribadi mereka yang menjadi murabbi kita.
Hakikatnya mereka telah menyediakan 2 jam untuk mendidik kita selama seminggu itu cukup besar pengorbanannya. Jika ada anak, dengan kerja lagi, dengan tanggungjawap pada masyarakat lagi, namun dia sanggup mengambil kita sebagai anak usrah dia.
Dan itulah pengorbanan yang amat besar. Terlalu ramai manusia di dunia ini yang mahukan usrah, dan akhirnya kamu yang beruntung mendapat seorang naqib yang mahu mendidik kamu walaupun dia tahu dia bukanlah yang terbaik untuk mendidik kamu.
Jika dia mampu, dia mahu lepaskan kamu untuk dididik manusia lain. Namun kerana cintanya pada kamu, dia relakan korbankan dirinya untuk mendidik kamu.
‘ Tapi saya tak dapat langsung apa-apa dari usrah saya. better tak payah pergikan? better belajar sendirikan?’
Ini bukanlah ucapan mereka yang baru setahun dua dalam tarbiyah. Ini yang dah bertahun-tahun dalam tarbiyah.
Bukankah keberkatan itu letak pada jemaah?
Terletak pada majlis zikir? terletak pada majlis mengingati Allah.
“Tidaklah duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah ‘Azza wa Jalla melainkan dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri r.a.)
Astaghfirullah. Kamu tidak kenal lagi pengorbanan seorang ukhti, yang terpaksa menaiki tren berjam-jam untuk menghadiri sebuah usrah. dan usrahnya sempat dengar tazkirah yang tidak diprepare dengan baik pun.
Dan ukhti itu telah lama dalam tarbiyah. Kalau ikut hatinya, amat meronta-ronta untuk mendapat tarbiyah yang lebih. Lebih mengisi jiwa. Lebih mengisi keperluannya.
Namun dia tahu, jika perjalanannya selama berjam2 itu adalah untuk mendengar seuatu yang baru dan dapat sesuatu untuk jadi bekalan, tentu dia akan kecewa. tentu dia akan menyesal travel jauh-jauh .
namun hakikatnya, di sini Allah mahu uji keikhlasan kita.
Dengan ikhlas PASTI kita akan DAPAT sesuatu. PASTI. walaupun biasa sahaja pengisian yang kita dapat.
Mahu uji sejauh mana kita faham konsep usrah, serta maknawi di dalam usrah.
mahu melihat, adakah kamu tetap bersama karavan dakwah ini kerana emosi ataupun kefahaman.
Terlalu ramai orang yang kecewa dengan tarbiyah jemaah ini satu ketika dahulu. Dan kita melihat kesan ramainya rakan2 seperjuangan kita keluar dari jemaah ini .
kerana apa mereka keluar?
Kerana tidak berpuas hati dengan tarbiyah kita, dan jalan kerja dakwah kita.
Kerana mereka rasa boleh membaikinya dari luar.
Namun jemaah ini jemaah manusia.
yang realitnya sangat banyak kekangan.
Dan kitalah perlu menyantuni mereka.
kitalah yang perlu mencari apa kita perlukan. Kitalah yang perlu mencari tambahan\. kita tahu apa yang kita mahu dan perlukan.
Maka carilah perkara itu. tiada siapa yang nak menghalang.
namun hendak berhenti dari pergi usrah, erhenti dari bersama majlis zikrullah adalah a big No No.
kerana di situ syaitan akan mengikat kamu dan membawa kamu bersama usrahnya
trust me. I have been through that phase.
Saya minta keluar dari usrah sebab saya rasa perbincnagan usrah saya tak relevan dengan kehidupan saya. Sedangkan naqib saya adalah naqib terbaik di KL di saat itu. binaannya beratus-ratus orang.
Setelah keluar dari usrah itu, akhirnya saya bersama jahiliyah dan syaitan.
Dan saya merasai kegelapan dan kepahitannya.
Dan tentu saya pernah rasa kecewa dengan isi usrah saya. terkadang saya terpaksa istighfar berulang kali kerana saya merasai tertekan dengan usrah yang tak membina saya.
kita tak boleh tipukan perasaan kita? kita tak boleh paksa diri kita suka kalau betul kita rasa tak best pun.
cuma di situ, ada perbezaan mereka yang pessimis dan optimis.
orang pessimis akan lari dan cuba terus mencari kesalahan.
orang yang optimis akan mengubah. dan sentiasa melakukan pembaikan.
Di situ nasihat dan cadangan diberikan kepada naqib/ah. setelah itu, jika keadaan tak berubah, kitalah yang perlu berubah.
kita perlu ikhlaskan hati kita. perlu sangat-sangat merasai bahawa, komitmen kita pada usrah bukan sekadar pada isi dan bahan tarbiyah, tapi komitmen kita pada Allah dan dakwahNya.
kita akan kecewa. ya, tapi di situ Allah nak ajar kita satu perkara:
BERUSAHALAH UNTUK MENINGKATKAN DIRI SENDIRI SEPERTI MANA ORANG TERDAHULUMU!
ramai yang takut nak menjadi naqibah kita kerana expectation kita yang tinggi pada mereka.
maka berpadalah dengan yang ada. bersyukurlah. Dan tingkatkan dirimu sendiri. Jalan pasti ada.
Saya katakan: JALAN PASTI ADA INSYAALLAH.
dan jadilah naqibah yang terbaik. Kerana untuk menjadi naqibah yang terbaik, bukanlah senang.
Jika kamu expect sesuatu dari naqib kamu, mutarabbi kamu tentu expect sesuatu dari kamu juga.
Dan jika awak bosan, dan tak dapat apa2 dari usrah, adakah awak rasa anak2 usrah awak akan terlepas dari perasaan itu?
Jika awak sendiri tak mahu komited dengan usrah, satu hari nanti, anak usrah awak sendiri akan lari dari usrah.
Dan inilah sunnatulah kehidupan. Ianya dari pengalaman. Ianya dari sebuah penceritaan.
Kerana usrah adalah tali hubung kita pada dakwah ILa Allah.
Jangan sekali-kali biarkan ia terputus kerana emosi kita!
Moga kita sentiasa berada dalam jemaah dakwah ini.
Paling penting, istiqamah, dari awal permulaan tarbiyah, hinggalah ke penghujungnya insyaallah!
AisyahZ
London..
muharikah.wordpress.com..

p/s: moga ditabahkan hati sentiasa.. perbaiki diri hari ke hari berikutnya.

Saturday, 19 March 2011

...

even im not sure myself how am i going to face this coming week..
usaha, tawakkal dan doa ma n abah buat penguat diri..
ya Allah permudahkan lah segalanya..
aminn..

pen off

Monday, 14 March 2011

minggu cobaan

alhamdulillah,
sehari lagi Allah beri peluang bernafas tatkala celik mata bgn tido td..
redha dengan ujian tuhan, moga2 dihapuskan dosa2 yg lalu,
moscow sekarang tgh peralihan musim,,
seems like the spring is already in the air i guess.. hoho..
kalau dengar2 spring ni, 1st thing yg fikir mesti taman yg hijau cantik, bunga2 lawa2 kembang besa2 n burung2 berkicau diangkasa raya,,
but the reality is sekrang ni lerr jalan2 dipenuhi lumpur salji cair,
droplet lumpur yg melayang2 tinggi lepas kete lalu sebelah,
n paling 'best' musim2 flu2, batuk2 n demam datang..
2 minggu flu dan batuk2,,
n even masih terasa 'sputum' yg ade kalau berdehem mmbetulkan suara..
hopefully jd better minggu ni..
nxt week ada 3 kolloq(test)..
tophan on monday,,
pharmaco and pathophysiology on friday..
pretty much to cover i guess.. x pe boleh2 i.A..
u can do it syahir..
moga2 pengorbanan ini tak sia2..


ya Tuhanku, andai x terlihat hikmah disebalik segala ini, aku memohon padaMu,antara pilihan yang dibuat ini, mudah2an ia adalah yang terbaik utk diri ..
permudahkan hati ini utk redha dengan ketentuanMu,,
aminn..
pen off

Monday, 7 March 2011

tentang dia..

(sajak buat rasulullah)
bait2 puitis tentang si penghulu nabi dan rasul...
selamat menyuntuh hatimu sahabat...


andai kata dia ada di samping kita hari ini, bagaimana dengan derap langkah hidupmu seterusnya?


pen off..

Thursday, 3 March 2011

love ya..


peace(^^)Y


im missing home..
somehow i feel bad for not calling for quite some time..
maaf ma n abah.. since mur out to mc n fadzli pulak samura,
rumah dah sgt kosong..
fuad flew to aussie weeks ago..
n nurul bz preparing to go back to Egypt since the famous 'Youth revolution'..
terfikir berape sepi abah n ma tinggal kat perling tu..
ber2 utk tahun pertama after so many years dalam 'keheningan' 5 beradik ni..
ampun dan maaf ma na abah..T.T
sepetang bersama mereka yg tersayang,,,
me'recharge' kan energy yg hilang waktu kelas general surgery yg sgt 'menarik'..
durh..-____-
sayang mereke selagi ada waktu utk menyayangi..
walau di bumi penjajah,
pesan abah, kalau mati ni, syahid bang..
somehow it really makes me happy to hear that..^^
hoho..
n ma asked me to take thing at a time..
slowly but continuously(istiqamah)..
kuat2..
go syahir go go..!!
moga Allah permudahkan jalan di bumi cinta ini..
aminn..

sayangi keluarga anda..kerane diri mereka begitu berharga..^^
pesanan khidmat masyarakat ini dibawa khas utk sedare2 yg di luar sana juga..

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Baqarah: 218)


pen off..

Tuesday, 1 March 2011

sediakah kita??

Bersediakan kita menghadapi sunnatullah yg diatur?? satu persoalan yang cukup untuk memadamkan gelak tawa kami petang tadi.. pula disambut dengan diam yang panjang dengan fikiran melayang terus pada setiap kisah hitam yg terlekat pd bekas-bekas telapak kaki selama berpijak di bumi tuhan ini..

jangan dibiar kesilapan semalam dalam hidupmu wahai adikku menghalang untuk kamu berubah pada yg lebih baik kala ini dan esok hari..

agak basah meresap masuk liqa' minggu ini meresap dlm hati..
kalau2 dijemput Allah esok,, bagaimana agaknya nasib diri..
sunnatullah yg pasti berjalan, tapi mungkin jarang di renung diri insan..
tazkiatun nafs yg menjurus pd 'Allah membenci siapa yang benci untuk kembali kepadaNya'.

barang siapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan dialah yang maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(14 : 34)


pen off..

Saturday, 26 February 2011

pesan Imam Ghazali


  • Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita
  • Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita
  • Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita
  • Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.
  • Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya
  • Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujuraat : 11)


p/s : tertarik dengan kata2 Imam Al-Ghazali tentang fitrah sebenar pandangan manusia..
diri sendiri juga terus memandang dlm pandangn jahiliyah..
teringat abg afiq pernah cakap,

'perubahan itu bukan pilihan, perubahan itu adalah kemestian.' bertambah molek, bertambah baik dari hari ke hari..


stop labelling people and keep on pointing on their weakness and negative side..
i.A pasti ada sesuatu yg dapat kite ambil ibrah dari pandangn ini..
mudah2an mampu juga mengubah diri ini..
21 tahun dah bang.. tah berape lame lerr lagi baki yg ada, x nak sedo2 lagi encik syahir oii??
astaghfirullah hal azim..



pen off

Thursday, 24 February 2011

jiwang hamba dengan Pencipta



dakapku dekat denganMu ya Tuhanku..
ampunkan diri,
tabahkan pemilik hati ini,
mencari cintaMu..
tiap2 derap langkahku selalu takut,
longlai tanpa semangat,
maka kuatkan diri ini..
tsabat dlm mencari redhaMu..
aminn..

(Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(2:112)

pen off..
Related Posts with Thumbnails