Friday, 29 October 2010

cinta yang tertinggal..

alhamdulillah, satu lagi minggu dah pon lepas,
hampir 1 minggu x dapat update..huu..x pe la, bkorban kejap,
moga2 hadapan nnti lebih baik,
=)

dapat jugak call ke pontian lepas maghrib tadi,
sembang2 dengan family serta mereka sanak saudara di kampung,
pak udin, mak ina, pak man n mak ros akan berangkat ke tanah suci esok..
Allahu akbar.. best sgt2.. tibe sudah mase mereke, aku bile lagi?
tunggu kerja? tunggu kahwin? tunggu ape lagi tunggu..
~~ wallahualam,
dapat juga aku minta didoakan waktu mereke disane..
huhu..
sungguh aku rindu tanah itu,,
terkenang waktu di tingkatan 3, 2005,
kami sekeluarge kesana, menunaikan umrah,

perasaan memasuki masjid nabawi,peluang bersolat di raudhah,
berdiri bermuhasabah dihadapan maqam Muhammad s.a.w.. masyaAllah,
hanya Dia yang tahu betapa bahagianya waktu tu,
angin kering musim panas waktu tu,kurang sekali menghalang diri ,
utk selalu bertandang utk tiap2 kali solat fardhu ke masjid nabawi..



saat meninggalkan masjid berkubah hijau, dengan atap automatic serta dihiasi ukiran dan seni khat sepenuh masjid, terasa shahdu benar, ajaib sungguh perasaan itu,
dalam hati seorang insan yang masih belum betul mengerti apa itu islam sebenar,
sungguh diri ini merindui suasana dan saat itu.

tatkala melangkah melepasi 'babussalam',sebuah pintu dari 129 buah pintu2 masuk ke masjidil haram,dengan selipar yang aku simpan masuk kedalam beg, langkahan atas marmar sejuk satu demi satu, debaran hati makin menjadi2, berdiri dengan mainan hati yang tertanya2, betul ke bongkah hitam besar dihadapn mata ini ka'abah yang menjadi kiblat solatku tiap2 hari.. satu figura tinggi dengan suasana ramai orang sedang solat , tidak kurang juga dengan yang bertawaf,. sejujurnya aku terkedu,, masyaAllah hanya Dia yang tahu perasaan diri waktu itu..

alhamdulillah selepas hampir seminggu disana, menapak melepasi ratusan tong air zam-zam,
mula berani untuk ke masjid tanaim bersama adik untuk berniat mikat disana..alhamdulillah syukur, pengalaman berlari2 anak ketika bersa'ie, tawaf bersama keluarga, serta peluang mengucup hajarul aswad, selain berdoa di makam ibrahim dan dibawah pancur emas.. satu demi satu memori tu datang waktu ni..

tawaf wida' yg x dapat diri lupakan, waktu tu, tak tahu kenapa hati sedih yang amat untuk meninggalkan bumi tu, tapi air mata bagai terempang, x tumpah2, masa makin suntuk kerana yang lain2 sudahpun mau pergi, hanya dapat berdoa agar Allah mudahkan untuk diri mengalirkan air mata tanda perpisahan ,, besar sungguh kekuasaanNya, susah2 tadi, hanya diruntuhkan dengan sekali saja kaki tersadung sedikit kerusi roda nenek di hadapanku, x tau kenapa, tapi waktu tu la terus air mata mengalir semahu2nya..

larian ke sisi ka'abah untuk berpelukan terakhir sebelum perpisahan sementara itu,
kukucup dinding batu barokah tu sebelum berdoa agar dapat lagi aku bertandang ke negeri suci itu menziarahinya..luahan perasaan yg teraman tanpa segan pada tuhan pencipta insan, dalam dakapku kelambu ka'abah tu, dengan kedua tapak tangan serta dahi disandarkan pada dinding, terus hanyut dalam doa2 cinta Illahi.. lambaian terakhir sebelum keluar dari perkarangan masjid, cukup mmbuat hati ni sebak dan dalam diam tersimpan niat untuk kembali lagi..masyaAllah..rindu sungguh nak ke mekkah mukarramah..

=).. touching plak rasenye..hihi.. kini sampai giliran mereka ber4 untuk kesana, moga2 kalian mendapat haji mabrur harapnya.. selamat pergi , juga selamat kembali..=)

kenapa panjang2 tulis ni ye?? mungkin hanya nak berkongsi sedikit rezeki peluang berkunjung kesana..best ke x? definately im going to say sagt2 best kesana,, best tu best juga, tapi jangn lupe persiapan n persediaan utk kesane jugak.. disamping niat ibadah yg betul ..

lain perasaan berdiri depan eiffel tower dengan kaabah, ..
menare tu rase cam kurang 'kick'nye compared to kotak hitam berkelambu tenunan benang emas penuh barokah tu..

"ahh...nak kesane lagi,," bisik hati dalam diam..
wink2.. ade yang terbace n nak sponsor?? ma?? hehe..

ok sampai sini dulu la..
study2, target utk lepas microb minggu ni, n go for pharmaco control work insyaAllah..
doa2kn moge dimudahkan n pass semuanye ye..aminn..

rasenye panjang jugak post kali ni kan?? tapi x pe la..
kire compensate lepas gian lepas berape lame x update..alhamdulillah, moga2 ada yang dapat, kalau x banyak pun, sikit cuitan dari tulisan kumal disini..=)

have a good day guys..=)..


pen off...

Monday, 18 October 2010

that pakcik return..

something agak menarik rasenye jadi hari ni,
balik dari general surgery sensorang, sebb yg lain sume dah jalan dulu..
tibe lerr di stesen metro spartiv..
ingat ke last april, waktu tu, ade post sekali ,
pasal sorang pak cik yang nak try tipu n tahan diri ni kat tengah jalan?
http://blindsiteofme.blogspot.com/2010/04/pakcik-oh-pakcik-terime-kasih-sebb.html
(macam lerr ade orang len kesah en)..
but still nak cite gak..hihi..

ditakdirkan Allah,
tadi terjumpe semula ngn pak cik tu..
tgh jalan2 tibe2 ade orang tegur dari belakang..
sempat aku jeling sikit ke belakang..
terpandang lerr muke pakcik tu,
"your hostel is over there ?"sambil tunjuk kearah hostel aku..


bile teringat je kisah die pegang x lepas aku waktu april lepas tu,
terus aku paling balik muke n simply jalan kedepan..
die ulang tanye skali lg..
dah ready da klu ade lagi 'touch-touch' yg x diingini,
penumbuk ni insyaAllah la melayang kat die,
huhu..slamat lerr pakai earphone,
so x de lerr rase bersalah sgt bla n tinggalkan pakcik ,
buat dunno je,,
sebb waktu tu petang dah, matehari pon dari belakang ,
so mmg clear la kan bayang2 ke depan,
adus,
nape lerr pak cik ni nyer bayang2 still kat sebelah ..
nak lari gile nampak x macho en, haha,
cece, x x, bukan x macho, just malas..sebb ade barang kat tangan,
waktu tu, Allah je lerr yang tau risau nyer hati ni,

pakcik tu ingat ke aku ni 'mangse' die satu ketike dlu?
die dah mark aku ke dari mase tu?
die ni ikut aku sebb masih perasan muke yg x brape nsem ni ke?
die nak follow aku sampai asrama so senang lerr die nak plan bende2 lain lepas ni?
ape jadi kalau die wat bende bukan2 plak sat gi, pisau ke, culik ke,,

haha..adeh..cam budak2 la fikir,
but still tu lah yg terlintas dlm pale ni,
waktu berdepan ngn situation ni..
kene ikut dari belakang..
lepas beberape meter, baru lerr bayang2 pakcik tu makin kebelakang,
n last skali x ternampak lagi ,
terus lintas jalan, n menapak secepat mungkin ke kawasan pasar..
T.T..

alhamdulillah..syukur sebb x de ape2 yang jadi.. sejuk gak tangan kejap..
+ tachycardia yang x brape nak pulih balik..
harap2 lepas ni x de lagi la bende2 gini jadik lagi..
doa2 harap2 selamat semuanye hingge ke akhir nnti..
aminn..

sambung study skit..
this week,
2 test lagi, pato-physiology, n pharmaco..
doa2kn ahmad syahir bin abu sahmah lepas ngn jayanye ye..
aminn..
=)

pen off..

Friday, 15 October 2010

hakikat kejadian manusia..


bende yang jelas tu kadang2 terlindung dek labuhnye tirai hati yg menghijab..rasenye la kan..kalau tanye nape datang ke moscow?
-majoriti kate nak jadi doktor..

nape jadi doktor?
-nak tolong orang.. -keje dokte ni femes..
-nak dapat banyak duit..

-nak jadi manusia yang begune..

-etc


nape jadi manusie/nape aku diciptakan Allah s.w.t??

- ?

-?


haa.. cube try bace dialog ni..

satu artikel dari blog Mukjizat Saintifik yg membawakan satu perbualan antara seorang Syeikh dgn seorang tokoh ilmuan barat iaitu (seorang panel pemeriksa bagi ujian kelayakan bagi mendapatkan keahlian Persatuan Perubatan di Raja Britain).

Syeikh : Prof, adakah mata dicipta dengan hikmah?
Prof : Ya, tentu sekali.
Syeikh : Bagaimana pula dengan hidung? Adakah ia dijadikan dengan hikmah?
Prof : Ya.

Syeikh : Bagaimana dengan mulut, tangan, jantung, paru-paru, hati dan usus kecil?
Prof : Anda sedang mengatakan kepada saya tentang satu ilmu yang sempurna yang dikenali sebagai Physiology yang mana tidak mungkin seorang doktor boleh diijazahkan dari mana-mana fakulti perubatan kecuali setelah belajar ilmu ini iaitu ilmu Physiology.

Syeikh : Terima kasih. Jadi Prof, adakah anggota-anggota tadi dicipta untuk dirinya sendiri atau untuk keseluruhan tubuh?
Prof : (ketawa) Pada pendapat kamu, jika kita datangkan sistem tulang semata-mata tanpa jasad adakah ia mempunyai nilai?
Syeikh : Bukan!
Prof : Jadi, bagaimana kamu boleh berkata bahawa bahagian-bahagian ini dicipta untuk dirinya sendiri? Ia tidak diciptakan melainkan untuk keseluruhan!!!
Syeikh : Saya bertanyakan kamu Prof, dan kamu telah menjawab soalan saya dengan baik, terima kasih. Namun ada satu lagi persoalan pada saya. yang seluruh ini (jasad manusia), apakah hikmah daripadanya? Kenapa ia dijadikan?
Prof : (terperanjat) Ini adalah falsafah.
Syeikh : Kamu mengelak (dari menjawab pertanyaan saya) dan kamu cuba melarikan diri sekarang ini. Sebentar tadi ia adalah ilmu physiology, ilmu! ilmu!. Dan sekarang, apabila kita sampai kepada yang keseluruhan ini, awak lari dan mengelak. Saya tahu kamu akan lari dan mengelak kerana hikmah tersebut tidak akan diketahui melainkan dari ajaran Tuhan yang menjadikan manusia ini kerana ia adalah ilmu yang tersembunyi pada diri Pencipta Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, Yang Maha Suci. Namun begitu masih ada satu persoalan pada diri saya Prof.
Prof : Apakah ia?
Syeikh : Kasut anda milik anda! Adakah ia mempunyai hikmah?
Prof : Ya.
Syeikh : Prof, anda pasti?
Prof : Saya pasti.
Syeikh : Beritahu saya apakah hikmahnya?
Prof : Kasut dapat melindungi kaki saya daripada benda-benda tajam, cecair-cecair yang berbahaya, perubahan cuaca dan daripada benda yang mungkin menembusi tapak kaki saya berupa cacing sekira saya berkaki ayam ketika berjalan.
Syeikh : Kamu pasti?
Prof : Pasti!
Syeikh : Kamu pula, apakah hikmah dari kejadian kamu?
Prof : (terperanjat)
Syeikh : Ajaib! Demi Allah! Saya begitu takjub dengan ketamadunan kamu yang mengatakan kepada anak-anaknya: “kamu lebih hina dari kasut kamu!!!”.mengapa? Kasut mempunyai hikmah manakala si pemakainya pula tiada sebarang kebaikan daripadanya,tiada tujuan disebalik penciptaan nyer? tiada hikmah dari kewujudannya ?!!!
(idea perkongsian asal dari zulhusni abd. Halim)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kenape aku dijadikan? mesti ade tujuan kan?
ingat x jawapan buku teks form 5 dulu?? untuk BERIBADAT dan tugas KHALIFAH dimuke bumi ni..
Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mengabdikan diri(ibadah) kepada-Ku (Allah).(Al-Zariyat:56)
DAN (INGATLAH) KETIKA TUHANMU BERFIRMAN KEPADA MALAIKAT: “SESUNGGUHNYA AKU HENDAK MENJADIKAN SEORANG KHALIFAH DI BUMI.” MEREKA BERTANYA (TENTANG HIKMAT KETETAPAN TUHAN ITU DENGAN BERKATA): “ADAKAH ENGKAU (YA TUHAN KAMI) HENDAK MENJADIKAN DI BUMI ITU ORANG YANG AKAN MEMBUAT BENCANA DAN MENUMPAHKAN DARAH (BERBUNUH-BUNUHAN), PADAHAL KAMI SENTIASA BERTASBIH DENGAN MEMUJI-MU DAN MENSUCIKAN-MU?” TUHAN BERFIRMAN: “SESUNGGUHNYA AKU MENGETAHUI AKAN APA YANG KAMU TIDAK MENGETAHUINYA.
(Al-Baqarah ayat 30)
ting..!! 10 markah..=)..aku dah ke bebetul lakukan?? tahu dan buat kan lain kan?? umm..
perlu selalu ingatkan diri ni yang hidup dibekalkan harta, nikmat, dan segale2 kesenangan dan kemudahan,
and thats all?.tunggu ajal?.vseo?.. mari kite kenal Pencipta disebalik ciptaan jiwa ini,,mudah2han lebih mudah kita hayati dan selami kerja2 ubudiyah dan khilafah ni...

aminn
malu dengan diri yg selalu bersifat tuan, jauh dari hati seorang hamba..
astaghfirullah..


(bisikan hati seorang yg masih mencari)-
pen off..


Tuesday, 12 October 2010

Pendustakah aku

alhamdulillah, masih diberi peluang menghirup udara lagi hari ni,

baru 2 hari lepas berite pulangnye Tok Cik ke rahmatullah sampai pade phone aku,
siapa dan dimana aku berdiri hari ni, sebahagiannya ada saham ikhtiar darinye,
sempat aku kucup pipinya sebelum pulang ke moscow waktu ziarah terakhir ke pontian august lepas..Dlm hati, andai kata x sempat lagi untuk aku jumpa tubuh ni waktu aku pulang ke Msia tahun depan,kuharap diri redha..semoga rohnya dicucuri rahmat Allah lagi ditempatkan dlm kalangan hamba2Nya yg soleh..
aminn..

terkenang layar hidup sendiri,
rutin hari yang memeningkan kepala,
seakan2 terhilang sebentar niat sebenar jihad disini,
terlupa untuk apa aku kemari,
astaghfirullah..

langkah kecil ini
bagai hilang derapnya..
saat2 berlalu
tanpa ingatan tulus pada Pencipta,
lantas lalai dengan nikmat dan dunia..

badan yang sihat,
minda yang cerdas,
makan yg cam x penah nak abis,
wang yang bagai x luak,
keluarga yang menyayangi,
sahabat yang selalu disisi,

maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kamu dustakan
(Ar-Rahman:13)


rezeki itu didatangkanNya banyak sekali,
tapi kurang sekali syukur menyusuli.
tanpa sedar roda usia yang makin lanjut,
terus hanyut dibuai mimpi dusta,
siulan manja si syaitan gila,
lantas hilang pedoman jiwa..
astaghfirullah..

moga tiap2 denyutan nadi,
terusan tasbihnye padaMu,
moga tiap2 langkahan dibumi,
terusan dalam lindunganMu,
moga tiap2 hembus nafas ini,
terusan dlm redhaMu,
jangan dibiar aku lupa,
yang diri hanyalah berjiwa hamba,
jadikan aku hambaMu yang bersyukur,
dan bukan dari kalangan ,
kalangan pendusta nikmat2Mu..
ya Allah ya tuhan kami, peliharalah hati2 ini....
aminn..



pen off..

Thursday, 7 October 2010

perlu ke dikeluh lagi?


 
syukuri apa yang ada,


hidup adalah anugerah,
bagi hambaNya yang sabar,
dan tak kenal putus asa~

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. 
( surah Ibrahim: 7)

moga penghujung malamku disimpul dengan syukurku padaMu..


pen off..

Monday, 4 October 2010

terhenti

maaf..
lame x de post baru..
sibuk betul..isk3..
astaghfirullah..
janji lepas abis 3 perikse minggu ni,
akan ada entry baru insyaAllah..
microb, pato-anat, n pharma ..
moga2 dimudahkan..
doakn utk ko syahir..
gluck..
take care n wish you all the best..!!
haha.. ade ke org wat gini..
huhu..
dah3..
sambung study..
tc sume..

pen off..

Sunday, 26 September 2010

Cinta Rasul

Mutiara yang di litup lumut zaman,
lama ditimbus debu sejarah,
sekelam itulah cinta umat pd rasulullah ..
rindu hanya bila dibisikkan kisah2 perjuangan,
dibacakan puisi2 keagungan,
dinyanyikan bait-bait alunan,
dan terhenti pabila datang kesenangan,
membatu pabila hadirnya kealpaan..
sungguh diri umat yang leka..
ampunkan daku ya Allah..
syafaatkan daku ya rasulullah..

aminn..



Allah swt berfirman:
إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.”
(Al-Ahzab/33: 56)

moga Allah tetapkan rindu dan cinta kita ini..
lagi kerap dibasahkan lidah dgn selawat atas junjungan..
aminn..


pen off..

Thursday, 23 September 2010

does Allah exist?

wonderful life when you open up for islam..
because islam is a way of life and it is not just a name of a religion..





insyaAllah, segala ujian tu pasti Allah sertakan dengan hikmah..
moga kita sabar mencarinya dan kelihatan jua....
aminn..
juga doa moga diri ditabahkan dengan setiap ujian yg melanda..
Aminn ya Rabbalalamin..


pen off..

Friday, 17 September 2010

Cinta Sejati Hanya Untuk Kekasih Sejati

seddikit perkongsian dari mail yg di terima dari junior ikh SMS Muar,

Rasulullah s.a.w telah meriwayatkan dalam sebuah hadis kudsi bahawa Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

" Aku menurut sangkaan hambaku kepada-Ku dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-ku. Jika dia ingat kepada-Ku maka Aku mengingatinya dalam diri-ku. Jika dia mengingat kepada-Ku dalam kelompok maka Aku mengingatinya dalam kelompok orang yg lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil ." (Riwayat Al-bukhari no. 6970)

Cintailah Allah kerana Dia-lah kekasih yang tidak akan meninggalkan, mengecewakan atau membiarkan kita bersendirian.

Renungilah kata Imam Al-Ghazali r.h.m ini:

" Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahwa tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan kekasihnya terbaring seorang diri. Tidak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan dapati selain daripada amalan yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri"

ingatkan diri kite selalu bukan kerna x tahu, tapi mungkin terleka lagi alpa sebab kita adalah manusia yg sifatnya lupa..
i.A..

Thursday, 16 September 2010

sunyi itu nikmat


melihat daun yg melambai tanpa malupakan angin yg bertiup..



pen off..

Sunday, 12 September 2010

selamat hari raya..

salam,
mungkin agak lambat tapi x pe,, abaikan..=)
post kali ni khas utk semua makhluk Allah yg mengenali diri ini,
salam lebaran ingin di warkahkan dlm blog ni,
juga ampun dan maaf dipinta ,
kalau ada kesalahan dan kekurangn ,
atau ketidakpuashatian sepanjang persahabatan/perkenalan ni,
seorang manusia yg pastinye x lari dari lupa dan dosa.
kalau ada hutang2 jgn lupa dituntut waktu bernyawe ni lagi ye..=)
semoga kita bergembira dlm kemenangan,
tidak lupa juga bersedih atas kelemahan,
waktu ada saudara2 yg memerlukan,
mereka2 di Gaza, Palestin,
isu majlis mmbakar kitab suci AlQuran di florida,
juga bah besar di Pakistan..
apa yg kita lakukan?
tidak daya dengan apa2 selain suka ria..
ampun dan taubat dipohon pada Allah..
mungkin kita terlupa, tapi jgn sampai lena berpanjangan,
aku juga kurang solehnya, jauh sekali sifat sempurnanya,
cam kucai kate, ingatkan aku tika aku lupa,dan ingatkan daku untuk mengingatkanmu,
sekali lagi, ucapan selamat hari raya pade semua.. maaf zahir dan batin..=)
wish me all the best utk 3rd year study ni ye..-___-..
riso2..adeh..moge2 dimudahkan Allah..aminn..

salam idl mubarak semua..
(rindu ketupat n rendang diruma..)
T.T..-haha..ngade2..=)


pen off..=)

Monday, 6 September 2010

Cinta di langit Gaza..

Gaza...
bermandi darah, dijerkah bom gila,
Gaza...
segaris peta,ummah yang luka,
Gaza...
air mata tumpah, disengat derita,
Gaza...
tulang-temulang robek,raung tangis sendu duka...

Kita...
sibuk dan alpa pada dunia,
kita...
hanyut bawaan arus si durjana,
kita...
masih mampu mengukir senyum dan tawa,
kita...
hanya sekadar bertinta, melaram lara..

sibuk berbicara tentang raya,
bertikam lidah merebut dunia,
sedang saudara jauh sangsara,
memeluk panji, bergadai nyawa..

astaghfirullahhalazim...
ampuni daku ya Allah kerana leka..


travelog kemanusiaan yg amat mencucuk naluri..
mereka yang bernama manusia..
moga kita tidak lupa..
terima kasih Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia atas hadiah bermakna ni..
(sedekah beliau sebb sy x bawa duit yg cukup ke masjid hari tu.. terime kasih sgt3..)

pen off..

Tuesday, 31 August 2010

31 Ogos di Moscow


31 august tahun ni..
slamat nyambut hari kmerdekaan pade sume rakyat Malaysia..
kali ke brape?? ke 53 ye adik3..
dan slamat hari lahir jugak pade kak bello, yg ke 21 ..=)
dan selamat jugak menyambut datang 10 malam terakhir bulan Ramadhan kali ni..
(doakn diri ni makin kerap cari amal ya-aminn..)


hari ke3 buka berbuka di Moscow..
masih lagi dengan mode makan besar..
ramai2 masak dan makan sama2..
so semalam ade la dlm 6 jenis lauk ayam dikongsi sesame..
pengat pisang kak radhi yg best..
dan yg paling x dapat dilupa sampai bawak masuk mimpi,
brownies yana yg sedap sgt10000x..masyaAllah..
terigt kek cekelat macam tu aku makan waktu raye beberape tahun lepas dekat kampung di Muar.. fuh.. so mmg saye suggestkan pade yana utk masak brownies itu lagi..
n saye pon x kesah kalau kek cekelat tu menjadi kek birthday saye..wink2*..
yana, surely u got my msg here..haha..

alhamdulillah diberi kelapangan beberape hari ni,
so dapat la settlekan semua nyer..
esok class mula.. harap2 dieri kekuatan utk hadapi 3rd year ni..
diterangkan hati, dilapangkan fikiran, lagi di tunjukkan jalan..
aminn..
doa2kn utk kami ya..=)



pen off..

Monday, 30 August 2010

warkah buat keluarga..

alhamdulillah visa settle..
kesabaran teruji..
benda paling dibenci remaja2 Malaysia di Moscow..
settlekan duit hostel and propus,
and i will be ready for 3rd year..
xcited....(pulak..)
insyaAllah doa2kn kami tabah selalu disini..=)
salam ramadhan..

bersahur kurma, honey star and air kosong...
sedih kan sedih kan??
haha.. x pe.. syukur dari x dpat makan langsung mcm saudara2 di Gaza..

walaupun rasenye entry ni punye tahjuk macam pom semacam,
but still i wanna that ma, abah , ad, urul, ali n mur,
i'm living a good life here insyaAllah..
so dont worry ya..
keh3=)

pen off...



Tuesday, 24 August 2010

balik?? durh..

this might be the last post from Malaysia ini taon..
after almost 2 and a half months dok umah,
ke hulu ke hilir, sampai arr gak time pulang ke Moscow semula,
rase macam baru semalam duduk dekat kerusi empuk business class Qatar Airways tu..
haha.. x pe la.. syukur2 dengan apa yg diberi dan yg telah dilalui,,
moga2 Allah tenangkan hati ni, n berikan semangat yg lebih lagi utk tempuhi 3rd year ni..
mmg bile tanya senior, x de kate yg senang tahun 3 ni,
insyaAllah, moga2 diterangkan hati,
lagi dimudahkan segala utk lalui tahun ni,,
mohon pada Allah juga, moga hati ni terus dipelihara,
akhlak lagi dijagaNya,..
aminn..

sekadar buat2 xcited nak balik moscow..haha..


(kebetulan ade gambar2 lepas buat presentation,saje tunjuk..hehe)

doa2kn saye dan rakan2 baik2 aja disana ya..
=)


pen off...

Saturday, 21 August 2010

harapan Ramadhan

wah,, 5 hari lagi je dah nak berangkat pulang ke Moscow..
Photobucket
terlalu cepat rasenye masa berlalu..
atau diri yg dilalaikan lantas hanyut dlm arus hari ,
moga2 hati ditetapkan, diterangkan , lagi di dekatkan denganNya yg maha Mulia..
harap juga Ramadhan kali ini, x berlalu begitu saja,
moga2 ada hikmah dan pengajaran yg dapat aku peroleh dari hari-hari ini,
menghargai setiap tarbiyah2 direct dari Allah ta'ala..
dan terus cekal dalam membentuk diri muslim malah mukmin soleh lagi musleh..
aminn..

p/s: buka puasa di kampung hari ni..jumpe nenek dan sedara-mara..
kire gathering raye lerr ye..=P
Photobucket(menarik juga kucing2 putih ni..hihi)

pen off..

Thursday, 19 August 2010

nama saya syahir

(credit to hitler for the wonderful pic)
sepetang bersama mereka ,
sembang2 tentang hidup,
tentang pahit manis kini,
zaman2 muda mudi di sekolah..
x terasa pon 2 jam tu berlalu..
tau2 dah sampai waktu buka puasa..
kalau pandir,perd,wuron, poosat, pu3, kacat,kacang, zac, sacin dapat datang,
mesti lebih menarik..tapi semua ada hal2 yg x dpt dielakkan, jadilah kami ber 10 je petang tu..
terime kasih juge pade abby sponsor bersame buke puase kecil2an aspura24 kl 2010 ni,
semoga ukhuwah yg terjalin ni, terus dlm limpah rahmat dan redhaNya..
aminn..

good luck puasa semua..=)
(nama2 yg pelik tu sekadar pemudah ingat drpd sr tika diSamura dulu..kalau sekarang dpt panggil nama sebenar mesti lebih best dn bermakna kn?=)
haa.. rindu mereka semua..lebih preit lagi skit, rabu ni dah nak balik..
hoo..moga2 bertambah kualiti saat2 akhir dirumah ni..
insyaAllah..
T.T



pen off..

Monday, 16 August 2010

puasa2..

Ramadhan itu rahmat,
jom kite sama2 berkejar-kejar mencarinya..
mudah-mudahan Allah beri redha dan terima amalan kite,,
x de lah berpuasa,
tapi hanya sekadar dapat lapar dan dahaga..

semoga semuanya tabah..=)

p/s: esok ke KL untuk preparation program predeparture student ke Russia di PWTC..
still x jumpe mane songkok , and butang baju melayu.. huu.
semoga dimudahkan semuanya..
aminn..

all the best semua dlm bulan Ramadhan ni..
to syahir n n yg mmbaca mahupun tidak terperasan entry ni..
waa..mood happy semacam..
=)


Pen off..

Wednesday, 11 August 2010

kembali...


waa..lame betul x update ..semenjak balik dari endau-rompin rasenyerr..=)

b4 gi endau-rompin, dapat singgah kesamura kejap, tuptaptuptap x sangke hari tu sukan tahunan.. lepak lerr ngn cg2 sume sambil tgk budak2 muda semangat memenangkan rumah masing2..haa..rindu waktu itu..=)

trip ke endau-rompin..seronok2..namun mungkin terlalu gembira dan x beringat, Allah hantar peringatan sikit waktu pulang tu, ditakdirkan kereta yg aku dan adik naik, xcident, trbalik 360',
patah clavicle adik aku, fuad.. alhamdulillah syukur Allah masih panjangkan nyawa kami.. beringat2 yg ajal maut, tak langsung kite tahu bile..harap2 pergi dlm husnul khotimah..
aminn..=)

 



minggu berikutnye, diberi peluang utk join russian summer camp di Batang Kali , Selangor.. huuu..bukan pengisian rohani je, jasmani pon menggiles orh..@.@..



night walk yg bermula pukul 12 pg dan end pade 4 pagi.. masuk hutan, gelongsor turun bukit, redah cerun bahaye, susur anak sungai tanpe satu lampu pon.. masyaAllah serious mencabar..difficulty 7/10 arr.. tapi disebabkan sayang nak pakai kasut adidasmasuk hutan, aku pon gune je croc oren ayie, difficulty terus jadi 9.999/10..(T.T).. licin masyaAllah..sikit lagi aku nak jatuh gaung..huu.. alhamdulillah tamat dengan jayenye..mcm2 lagi ada, flying fox, dapat jumpe senior2, junior2, kawan2 dari uni berbeza, even dari thailand, sgt lerr bermakne.. duduk sebentar, beriman sejenak? alhamdulillah.. x aku sangkal, lalai betul waktu stay di malaysia ni.. mohon ampun dari Allah..astaghfirullah hal'azim..terime kasih atas ingatan..=D

 


byk juga bersama teman2..alhamdulillah..yg x rapat, kini jadi intim, yg x kenal, jadi kenal, dan macam22 lagi.. semoga ukhuwah ni terus terpelihara dlm redhaNya..=)





tuptaptuptap lagi, sedar2 sekarang, ramadhan pon dah bertandang.. tekad dlm diri, semoga ramadhan kali ni, byk baiki diri.. bykkan berbicara pada hati tentang hati.. harap Allah buka dan terangkan ia..aminn..

doa2kn diri ni sejahtera terus ya..
terlalu byk konflik2 diri yg perlu diselesaikan..
harap2 tenang2 dan baik2 aja dlm rahmatNya..aminn..

jom kite mule berlumba buat baik??
mmg la bulan2 lain pon patut buat baik,
apa salah kalau ramadhan ni , kite try buat lagi baik??
khas buat syahir abu sahmah dan mereka2 yg sudi membaca..=)





(si comel yg sedang dirindui..hehe)


pen off..

Friday, 30 July 2010

jalan lagi..

trip berjalan2 mengenal tuhan sekali lagi...
doa2kn selamat pergi dan selamat kembali..
haa..batang kali..
sekarang giliran kamu..
=)

pen off..
Related Posts with Thumbnails