Friday, 15 October 2010

hakikat kejadian manusia..


bende yang jelas tu kadang2 terlindung dek labuhnye tirai hati yg menghijab..rasenye la kan..kalau tanye nape datang ke moscow?
-majoriti kate nak jadi doktor..

nape jadi doktor?
-nak tolong orang.. -keje dokte ni femes..
-nak dapat banyak duit..

-nak jadi manusia yang begune..

-etc


nape jadi manusie/nape aku diciptakan Allah s.w.t??

- ?

-?


haa.. cube try bace dialog ni..

satu artikel dari blog Mukjizat Saintifik yg membawakan satu perbualan antara seorang Syeikh dgn seorang tokoh ilmuan barat iaitu (seorang panel pemeriksa bagi ujian kelayakan bagi mendapatkan keahlian Persatuan Perubatan di Raja Britain).

Syeikh : Prof, adakah mata dicipta dengan hikmah?
Prof : Ya, tentu sekali.
Syeikh : Bagaimana pula dengan hidung? Adakah ia dijadikan dengan hikmah?
Prof : Ya.

Syeikh : Bagaimana dengan mulut, tangan, jantung, paru-paru, hati dan usus kecil?
Prof : Anda sedang mengatakan kepada saya tentang satu ilmu yang sempurna yang dikenali sebagai Physiology yang mana tidak mungkin seorang doktor boleh diijazahkan dari mana-mana fakulti perubatan kecuali setelah belajar ilmu ini iaitu ilmu Physiology.

Syeikh : Terima kasih. Jadi Prof, adakah anggota-anggota tadi dicipta untuk dirinya sendiri atau untuk keseluruhan tubuh?
Prof : (ketawa) Pada pendapat kamu, jika kita datangkan sistem tulang semata-mata tanpa jasad adakah ia mempunyai nilai?
Syeikh : Bukan!
Prof : Jadi, bagaimana kamu boleh berkata bahawa bahagian-bahagian ini dicipta untuk dirinya sendiri? Ia tidak diciptakan melainkan untuk keseluruhan!!!
Syeikh : Saya bertanyakan kamu Prof, dan kamu telah menjawab soalan saya dengan baik, terima kasih. Namun ada satu lagi persoalan pada saya. yang seluruh ini (jasad manusia), apakah hikmah daripadanya? Kenapa ia dijadikan?
Prof : (terperanjat) Ini adalah falsafah.
Syeikh : Kamu mengelak (dari menjawab pertanyaan saya) dan kamu cuba melarikan diri sekarang ini. Sebentar tadi ia adalah ilmu physiology, ilmu! ilmu!. Dan sekarang, apabila kita sampai kepada yang keseluruhan ini, awak lari dan mengelak. Saya tahu kamu akan lari dan mengelak kerana hikmah tersebut tidak akan diketahui melainkan dari ajaran Tuhan yang menjadikan manusia ini kerana ia adalah ilmu yang tersembunyi pada diri Pencipta Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, Yang Maha Suci. Namun begitu masih ada satu persoalan pada diri saya Prof.
Prof : Apakah ia?
Syeikh : Kasut anda milik anda! Adakah ia mempunyai hikmah?
Prof : Ya.
Syeikh : Prof, anda pasti?
Prof : Saya pasti.
Syeikh : Beritahu saya apakah hikmahnya?
Prof : Kasut dapat melindungi kaki saya daripada benda-benda tajam, cecair-cecair yang berbahaya, perubahan cuaca dan daripada benda yang mungkin menembusi tapak kaki saya berupa cacing sekira saya berkaki ayam ketika berjalan.
Syeikh : Kamu pasti?
Prof : Pasti!
Syeikh : Kamu pula, apakah hikmah dari kejadian kamu?
Prof : (terperanjat)
Syeikh : Ajaib! Demi Allah! Saya begitu takjub dengan ketamadunan kamu yang mengatakan kepada anak-anaknya: “kamu lebih hina dari kasut kamu!!!”.mengapa? Kasut mempunyai hikmah manakala si pemakainya pula tiada sebarang kebaikan daripadanya,tiada tujuan disebalik penciptaan nyer? tiada hikmah dari kewujudannya ?!!!
(idea perkongsian asal dari zulhusni abd. Halim)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kenape aku dijadikan? mesti ade tujuan kan?
ingat x jawapan buku teks form 5 dulu?? untuk BERIBADAT dan tugas KHALIFAH dimuke bumi ni..
Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mengabdikan diri(ibadah) kepada-Ku (Allah).(Al-Zariyat:56)
DAN (INGATLAH) KETIKA TUHANMU BERFIRMAN KEPADA MALAIKAT: “SESUNGGUHNYA AKU HENDAK MENJADIKAN SEORANG KHALIFAH DI BUMI.” MEREKA BERTANYA (TENTANG HIKMAT KETETAPAN TUHAN ITU DENGAN BERKATA): “ADAKAH ENGKAU (YA TUHAN KAMI) HENDAK MENJADIKAN DI BUMI ITU ORANG YANG AKAN MEMBUAT BENCANA DAN MENUMPAHKAN DARAH (BERBUNUH-BUNUHAN), PADAHAL KAMI SENTIASA BERTASBIH DENGAN MEMUJI-MU DAN MENSUCIKAN-MU?” TUHAN BERFIRMAN: “SESUNGGUHNYA AKU MENGETAHUI AKAN APA YANG KAMU TIDAK MENGETAHUINYA.
(Al-Baqarah ayat 30)
ting..!! 10 markah..=)..aku dah ke bebetul lakukan?? tahu dan buat kan lain kan?? umm..
perlu selalu ingatkan diri ni yang hidup dibekalkan harta, nikmat, dan segale2 kesenangan dan kemudahan,
and thats all?.tunggu ajal?.vseo?.. mari kite kenal Pencipta disebalik ciptaan jiwa ini,,mudah2han lebih mudah kita hayati dan selami kerja2 ubudiyah dan khilafah ni...

aminn
malu dengan diri yg selalu bersifat tuan, jauh dari hati seorang hamba..
astaghfirullah..


(bisikan hati seorang yg masih mencari)-
pen off..


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails