Saturday, 7 May 2011

sayang Dia pada kita...^^


salam..!!
lama x menulis kat sini.. rindu pulak..^^relax sikit mungkin mlm ni,,sebb esok hari ahad cuti,,
n isnin pon cuti..dah 2 kali isnin cuti,, berturut2...kali ni sebb Russia sambut Victory Day..mengenang pahlawan2 negara yg berkorban jiwa dan raga mempertahankan tanah air yg terchenta di samping membaham negara2 lain satu ketika dulu..Cg cerite hampir 25 juta tentera yg terkorban.. tanak macam the whole malaysia punye rakyat la plak en..
mmg ramai lah pakcik n makcik2 kat bandar cam ni 9 Mei nanti..perarakan ala2 hari merdeka..lebih kurang gitu la..

tapi...antara seronok n tak jugak sebenarnye ..
seronok of coz la sebb dapat cuti..im a typical budak kampung kat jb, yg akan melompat kegirangn time cuti2 datang..

but yang x seronok nyer, hari isnin tu lah, kelas topography anatomy, and internal disease ade.. tophan subjek yg 100 dlm bahasa russia ni mmg x brape mendapat tempat di hatiku..hehe.tapi x tau nape, this year, seems like kecintaan pd subjek internal disease ni cam abit membuak2 skit.. mungkin sebb belajar pasal disease kot.. baru terase macam nak jadik doktor skit.. dr dulu aku dok fikir,, cam ne lahh muke aku ni jd doktor, ilmu pon secoet tet, nak tolong diagnose penyakit org lain,, insyaALlah, akan usaha lebih keras lagi..doa2kn ye..^^

bile fikir2 balik, cam ne belajar pon, mesti ade panduan n rujukan en,,


teringat dulu waktu awal2 beli ipod (je.. berangan nak iphone tapi x brape nak mampu,almaklom lerr,, poket koyak waktu on the way gi kedai..=P.. but still syukur ah dengan kedatgn ahli baru dlm keluarge ahmad syahir ni.. kegunaan yg baik, ape tah lagi waktu ke kelas as rujukan, or even baca buku "Ketika Cinta Bertasbih" atas train on the way ke destinasi memane..=P

but for sure masih byk yg leh digunekan lagi ipod ni.. cume aku yg a bit malas nak belajar..
yg paling pandai gune mesti lah orang yg buat bende ni en,, tukang paip ngn tukang kasut same ke keje?? x same.. paling2 kalau nak sama pon, si pak seman tukang paip tu kene lerr blaja dari pak jakpo tukang kasut bukan dari Kak Senah tukang jahit....

macam tu jugak lerr ngn hidup ni..in order untuk kita daptkan pedoman yang terbaik dlm jalan hidup, syahir kene lerr back pada si Pencipta yg paling pro.. alang tukang kasut pon kene spend 2-3 hari repair kasut,, yang maha hebat ni cuma "kun fayakun" je,, x abis hebat ke tu?? tu lah kedahsyatan Allah bile Dia berkehendak..


[Al Baqarah:117]

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."


[An Nahl:40]

Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".


[Yaasiin:82]

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".


[Al An'aam:73]

Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui


[Al Mu'min:68]

Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".


[Maryam:35]

Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".


[Ali 'Imran:47]

Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.


[Ali 'Imran:59]

Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya:"Jadilah", maka jadilah dia.


banyakkan diulangNya?? Archimides principle dlm buku physics pon ulang x sampai 3 kali kan kak peah nyerr la hai..x pecaye lagi?? Dia diberi lagi rujukan ni yg terbaik sepanjang zaman,, Al-Quran..

ade satu kesah dimane Saidina Umar Al-Khatab r.u terjumpe sedikit potongn dari kitab taurat, dan dikhabarkan pada Rasulullah untuk dibaca dan didalami,
tapi ape yg nabi jawab?? jika Nabi Musa masih hidup, nescaya baginda juga menggunakan Al-Quran sebagai pedoman panduan hidup..^^

insyaAllah, mudah2an, interaksi dengan Al-Quran kite bertambah2 baik hari ke hari.. abah penah pesan, klu baca Quran, usha2 lah terjemahan nyer.. insyaAllah pasti terlihat juga pedoman2 dari sedikit tadabbur tu..i.A buahkan pada amal..
kompem2 peringatan ni x lain x bukan utk hati yg paling dekat ngn jari yg menaip setiap baris dan perenggan ni.. juga utk yg lain juga..^^



p/s: well, 2nd week of may guys.. its Mother's Day..khas buat insan yang terawal mendidik aku dgn al quran, ma n abah..thankz 4 always be there for me n adik2 yg lain.. moga Allah bawa cinta kite semua sampai Syurga...aminn ya Robb..^^



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun,
berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap
bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
[46:15]

Selamat Hari Ibu ma..!!
rindu giles2 seyy...fiwit2..
klu x dpt raye Msia jugak tahun ni mmg alamat nangis x ebrlagu lerr gue..
but so far,, klu x de perubahan,, flight balik semula to Moscow 5 september..
(ok nak fiwit2 sekali lagi..) insyaALlah x de aral melintang..sembahyang raye sof depan lerr aku kat masjid kampung tu nnti.. siap takbir pagi2 dengn mic masjid.. hoho..tinggi harapan aidilfitri Ahmad Syahir Abu Sahmah..apa2 pon,, lot of loves ma...~~
seyesly entry ni abang yg tulis..hehehe..
syahir=)



pen off..

Wednesday, 4 May 2011

fuuhhh....~~

fuhhh...
tiup habuk sikit...
kesian dah lama x update..
Allahu Robbi..
even malam kene try n hafal n telan mcq byk..
byk yg nak dikongsikan sebenarnye..
tapi insyaAllah bile berkesempatan akan segra update..
guys out there..
Mother's Day dah nak dekat ni..
ingat2 selalu n buat lah apa2 yang patut ye..^^
owh,, rindu rumah, n rindu orang rumah..=P..
orang2 dirumah kat jalan belibis 1/3 saya maksudkan..
marap maklum..
doakn yg terbaik utk diri ni ye..
salam..


pen off
^^

Wednesday, 20 April 2011

kepada mutarobbi..



Kupohon maaf,

Wahai mutarobbi
Kerana kau mendapat aku sebagai murobbi

Malunya aku wahai mutarobbi
Menggelar diriku sebagai murobbimu
Dan menggelarkan kau sebagai mutarobbiku

Aku gagal memenuhi dirimu dengan himmah..
Aku gagal mengajarmu erti tajarud..
Aku gagal menyinarimu dengan ruh rabbaniyyah..
Tidak cukup dariku fikrah dan ukhwah..
Dan kau kering ketandusan kasih sayang..

Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kurangnya prihatinku terhadapmu
Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kasarnya nada kata-kataku terhadapmu
Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Tajamnya pandangan mataku terhadapmu
Kerasnya hatiku wahai mutarobbi..
Kurangnya senyumanku terhadapmu

Maafkan aku wahai mutarobbi..
Kerana kau mendapat aku sebagai murobbi..
Layakkah aku digelar murobbi..
Sedangkan kau tidak diperlaku seperti mutarobbi..

Ya Rabb, ampuni aku
Aku gagal memenuhi amanah besarMu
Ya Rabb, ampunidia
Jadikan dia lebih baik dariku
Ya Rabb, berikan aku taufiq dan hidayah
Aku tidak mahu lagi berlaku zalim terhadap mutarobbi
Ya Rabb, berikan dia taufiq dan hidayah
Jumpakan dia dengan murobbi

Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku menanam cita-cita untuk menjadikan kau rijal
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku berazam untuk menarikmu bersama ke dalam soffku
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku cuba untuk menanam benih cinta da'wah dan tarbiah di hatimu
Ketahuilah wahai mutarobbi
Di sebalik kelemahanku, aku ingin kau menjadi seorang murobbi

Dan ketahuilah wahai mutarobbi..
Aku juga seorang mutarobbi..
Yang masih mengharapkan murobbi..
(syntahstylo)

p/s:hanya kepada ya Allah aku berharap juga memohon, dan kepadaMu jualah tempat aku kembali..
luruskanlah hati mutarobbiMu ini..
aminn..
jzkk azli atas ingatan..


pen off..

Wednesday, 13 April 2011

susah ke nak redha?

its always hard if the people around leave u with no choice..
bak kate si Anggela waktu sesi penganugerahn registered name di dorm Pujangga 3, 4 tahun lepas,
redha tak redha, redha.. (dapat x intonasi die?? huhu..)
nak terime or x nak terime,, kene terime jugak,,
but kalau redha dan ikhlas, mesti tu yg terbaik kan??
dapat pahala free..
memang, diri akui,,
menjadi seorang yg redha tidak semudah bicara..
kerana seketul daging lembut dalam diri tu,
bukan pak turut yg setiasa mengikut..
kadang2 cik hati degil skit.
datang musim emo juga bengang..
nama pon manusia..
so kene pujuk belai2 dulu..
insyaALlah menjadi manusia yg byk berserah....
oh tuhan, jadikan aku hambamu yg redha..

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – (ali Imran :139)
hati..
Jikalau kau berasa kau bersendirian,
ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati,
kerana DIA sentiasa bersamamu….


tenang2 saja syahir..senyum..
seems like the pretty smile faded quite often lately..
hoho..senyum2..^^


p/s: btw wanna say thank you sooooooo much to my bestfren Zac atas hadiah birthday..
gonna be the most expensive shirt i ever had in my wardrobe..huhu.. terime kasih Zac.. happy bithday to you too..moga Allah panjangkan umur kamu..lagi dilimpahkan rahmat dan kemuliaan hidup di dunia juga akhirat..hadiah birthday aku dan akmal (coz Akmal pon dapat satu juga dari zac as hadiah bufday) ni akan kami ingati dan sgt dihargai..
=)


pen off..

Tuesday, 5 April 2011

Syura


Kadang2 dalam membuat keputusan, kite terlepas pandang, mungkin bukan semua yg bersetuju dengan keputusan kita, jugak mungkin ada resolusi yg lebih baik untuk permasalahan yg timbul tu..kenapa harus itu perlu diwajibkan kalau kite mampu menolak dan ada lain yg lebih berpengalaman? Sedar x sedar keikhlasan di hati bagai telur dihujung tanduk, ditolak si bayu, jatuh pecah, diuji sedikir msalah, hilang pedoman arah..
Terigt satu kisah, seusai perang Badr, rasul saw telah bersyura dengan Abu Bakr dan Umar ra berkenaan tawanan perang. Dipendekkan cerita rasul saw telah cenderung dengan pendapat Abu Bakr yang mana tawanan perang tidak dibunuh. Pada keesokan harinya Allah swt telah menegur keputusan rasul saw yang mana membenarkan pendapat Umar. Namun keputusan tidak berubah. Kerana ianya adalah syura. Namun teguran Allah adalah nasihat kepada nabi saw..


Ikhlas, umpama semut hitam,
yang merayap di atas batu hitam..
di malam yang gelap gelita..

tidak kelihatan...dan perlukan mujahadah.
ia perlu ada untuk sebuah kebahagiaan..

Kebahagiaan ketika memberi..
Kegembiraan ketika membantu..
Kemanisan ketika beribadah..
Kesenangan ketika berdakwah..


Moga2 Allah ikhlaskan hati kita bersama..
Aminn

Pen off..

Monday, 4 April 2011

Palestin, kami peduli..


Sahabat,yakinlah apa yg kita buat pasti ada hasilnya.Walaupon ia nya nmpak seperti satu usaha yg sangat kecil tapi pada pandangan Allah mungkin itu satu usaha yang sangat besar..Teringat kisah seorang pelacur yg masuk syurga kerana hanya ia memberi minum pada anjing yg sangat kehausan..Pelacur dan anjing?Ya dua benda yg secara zahirnya kita pandang jijik..tp asbab satu amal yg kecik dilakukan oleh pelacur itu berjaya membawanya ke syurga.Bagaimana pula jika kita membantu saudara2 kita di palestin.Tidak kah itu lebih besar amalanya?
Sahabat,apa yang ingin ditekankan disini adalah tentang isu boikot sebnarnye.Mungkin kita nmpak ianya hanya isu sepele (kecik) sahaja.Tapi sebenarnya kita dah berjaya buat Israel takut dengan isu boikot ni,cuma nya kita sedar atau tak je..cuba rujuk ni [http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/02/kesan-boikot-produk-amerika-israel.html & http://hasbiemuda.wordpress.com/2011/01/22/faq-boikot-zionis-israel/]...dan sebenarnya banyak lagi web2 yang menjelaskan tentang impak boikot ni dan kita bole cuba mencarinya hanya dengan menggunakan uncle google je (^_^)
Cuba kita fikir sejenak,mengapa agaknya banyak syarikat2 Isreal ni buat bermacam2 promosi jualan murah produk mereka?jawapannye mudah.Sbb mereka sudah merasakan impak boikot ni dan mereka nak tarik balik customer2 mereka yang dah lari tu..Ingat tak dulu masa kita kecik-kecik kita nak apa pon mak ayah kita bagi.."mak nak gula2..mak nak aiskrim..mak nak makan ayam..mak nak itu..mak nak ini " tapi sedar tak kita, ramai kanak2 di palestin sana yg zaman kanak2 mereka dihabiskan dengan mendengar bunyi tembakan dan letupan. Nak makan sesuap nasi pon sangat lah susah.
So akhir kata,marilah sama2 kita merenung & muhasabah balik diri ini..Sejauh mana iman dan sensitiviti kita terhadap isu saudara kita di palestin sekarang ni..teringat satu hadis nabi saw..hadis sahih "Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." Wallahualam~~(ahmad nor mupangat)

Monday, 28 March 2011

hard time

first ever time i feel like crying when talking to abah n ma bout studying medicine..
jiwa kacau betul la ni..
durh..
manusia sempurna tu tiada kecuali 1..
really need a booster a.s.a.p..
adehai.. boleh2..i.A..
mudah2an Allah mudahkan...
aminn..


pen off..

Friday, 25 March 2011

"aku sudah bosan dengan usrah, tak dapat apa2pon..."


SHUHHHHHH!!!!!

watch out your mouth! Somebody might get hurt with your statement!
But how can we deny our feelingkan?

Nak tahu satu cerita?
betul nak tahu?
Dah ready nak tahu?


betul ke nak tahu ini?

hehehe… dah lama tak main acah-acah ini:)
Hakikatnya, kita semua sayangkan usrah. Kerana kita tahu inilah jalan rasulullah. Inilah sunnah terbesarnya yang dihidupkan semula oleh Hasan Al bana kerana fungsi usrah sebenar tidak berjalan dengan baik dalam masyarakat Islam.
Dalam usrah pembentukan berlaku. Dalam usrah perkongsian berlaku. Dalam usrah tarbiyah dapat dibenturkan pada sebuah kehidupan.
Kita amat faham fungsi usrah. Ianya nukleus pada jemaah. Tanpa usrah, kita akan terburai dari talian jemaah. Kita akan terikat dengan syaitan dan bisikannya. Kita mula berada dalam lingkungan jahiliyah.
Trust me. Walaupun sebelumnya ini kamu amat kuat membenci jahiliyah dan sangat semangat menyampaikan sayonara Jahiliyah.
But oince, kita putus asa dengan usrah kita, rasa fed up, dan memutuskan untuk tidak bersama usrah, maka percayalah, kita sedang terikat dengan jemaah jahiliyah tanpa kita sedari.
Kerana usrah itulah tali hayat kita kepada jemaah dakwah ini. Usrah inilah yang mencantumkan hati kita, merantai hati kita dengan ikatan iman dan islam, ikatan ukhuwah dan kekeluargaan.
Kerana usrah is more than pengisian. Di dalamnya ada rasa kekeluargaan. Di dalamnya ada hubungan jundiy dan amirnya. Di dalamnya ada penyusunan-penyusunan.
Di dalamnya Allah nak uji kefahaman dan keikhlasan kita; kita datang usrah ini untuk rasa meningkat ke atau kerana nak dapatkan redha Allah???
Laa.. bukan ke rasa nak meningkat tu buat kerana Allah juga?
No, maknanya kita mmg solely harap pada Allah, dan tidak berharap pada naqib yang memberi taujih pada kita.
Ikhwah dan akhawat sekalian.
Kita hidup dalam jemaah yang didirikan manusia. kita berinteraksi dengan manusia.
Tak semua orang best memberikan usrah. Tak semua orang tahu menjadi murabbi. tak semua orang kenal mutarabbi dia dan tahu apa yang mutarabbi perlukan.
Dan antum tahu tak? Tak semua naqibah/naqib kita ada usrah yang konsisten pun.
Kerana individu-individu dalam jemaah kita ini mempunyai banyak sangat kekangan.
Ada yang dah berkeluarga. Ada yang sibuk dengan pelajaran, pekerjaan dan sebagainya.
Memang nampak itu semua seakan-akan alasan. Namun inilah hakikat yang perlu kita sedari.
Kita perlu menyantuni mereka kerana kita tak diuji seperti mana mereka lagi. Mungkin kita tahu, idealnya, usrah perlu ada everyweek. Jika tidak dua minggu sekali. jika tidak sebulan sekali.
Namun memang ramai sahaja afrad dalam jemaah kita ini tidak berusrah selama berbulan-bulan.
Maka apakah produk manusia yang dia dapat hasilkan jika usrahnya sendiri tidak diberikan sebaiknya?
Ini tidak bermakna kita memusuhi dan menyalahkan jemaah kita. Inilah dia jemaah kita. Kitalah yang membaikinya dari dalam. Bukan keluar mencari penyelesaian, kerana mana-mana jemaah yang kita temui, pasti ada banyak kelemahan dan cacat celanya.
Di sinilah kita perlu menerima kelemahan peribadi mereka yang menjadi murabbi kita.
Hakikatnya mereka telah menyediakan 2 jam untuk mendidik kita selama seminggu itu cukup besar pengorbanannya. Jika ada anak, dengan kerja lagi, dengan tanggungjawap pada masyarakat lagi, namun dia sanggup mengambil kita sebagai anak usrah dia.
Dan itulah pengorbanan yang amat besar. Terlalu ramai manusia di dunia ini yang mahukan usrah, dan akhirnya kamu yang beruntung mendapat seorang naqib yang mahu mendidik kamu walaupun dia tahu dia bukanlah yang terbaik untuk mendidik kamu.
Jika dia mampu, dia mahu lepaskan kamu untuk dididik manusia lain. Namun kerana cintanya pada kamu, dia relakan korbankan dirinya untuk mendidik kamu.
‘ Tapi saya tak dapat langsung apa-apa dari usrah saya. better tak payah pergikan? better belajar sendirikan?’
Ini bukanlah ucapan mereka yang baru setahun dua dalam tarbiyah. Ini yang dah bertahun-tahun dalam tarbiyah.
Bukankah keberkatan itu letak pada jemaah?
Terletak pada majlis zikir? terletak pada majlis mengingati Allah.
“Tidaklah duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah ‘Azza wa Jalla melainkan dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri r.a.)
Astaghfirullah. Kamu tidak kenal lagi pengorbanan seorang ukhti, yang terpaksa menaiki tren berjam-jam untuk menghadiri sebuah usrah. dan usrahnya sempat dengar tazkirah yang tidak diprepare dengan baik pun.
Dan ukhti itu telah lama dalam tarbiyah. Kalau ikut hatinya, amat meronta-ronta untuk mendapat tarbiyah yang lebih. Lebih mengisi jiwa. Lebih mengisi keperluannya.
Namun dia tahu, jika perjalanannya selama berjam2 itu adalah untuk mendengar seuatu yang baru dan dapat sesuatu untuk jadi bekalan, tentu dia akan kecewa. tentu dia akan menyesal travel jauh-jauh .
namun hakikatnya, di sini Allah mahu uji keikhlasan kita.
Dengan ikhlas PASTI kita akan DAPAT sesuatu. PASTI. walaupun biasa sahaja pengisian yang kita dapat.
Mahu uji sejauh mana kita faham konsep usrah, serta maknawi di dalam usrah.
mahu melihat, adakah kamu tetap bersama karavan dakwah ini kerana emosi ataupun kefahaman.
Terlalu ramai orang yang kecewa dengan tarbiyah jemaah ini satu ketika dahulu. Dan kita melihat kesan ramainya rakan2 seperjuangan kita keluar dari jemaah ini .
kerana apa mereka keluar?
Kerana tidak berpuas hati dengan tarbiyah kita, dan jalan kerja dakwah kita.
Kerana mereka rasa boleh membaikinya dari luar.
Namun jemaah ini jemaah manusia.
yang realitnya sangat banyak kekangan.
Dan kitalah perlu menyantuni mereka.
kitalah yang perlu mencari apa kita perlukan. Kitalah yang perlu mencari tambahan\. kita tahu apa yang kita mahu dan perlukan.
Maka carilah perkara itu. tiada siapa yang nak menghalang.
namun hendak berhenti dari pergi usrah, erhenti dari bersama majlis zikrullah adalah a big No No.
kerana di situ syaitan akan mengikat kamu dan membawa kamu bersama usrahnya
trust me. I have been through that phase.
Saya minta keluar dari usrah sebab saya rasa perbincnagan usrah saya tak relevan dengan kehidupan saya. Sedangkan naqib saya adalah naqib terbaik di KL di saat itu. binaannya beratus-ratus orang.
Setelah keluar dari usrah itu, akhirnya saya bersama jahiliyah dan syaitan.
Dan saya merasai kegelapan dan kepahitannya.
Dan tentu saya pernah rasa kecewa dengan isi usrah saya. terkadang saya terpaksa istighfar berulang kali kerana saya merasai tertekan dengan usrah yang tak membina saya.
kita tak boleh tipukan perasaan kita? kita tak boleh paksa diri kita suka kalau betul kita rasa tak best pun.
cuma di situ, ada perbezaan mereka yang pessimis dan optimis.
orang pessimis akan lari dan cuba terus mencari kesalahan.
orang yang optimis akan mengubah. dan sentiasa melakukan pembaikan.
Di situ nasihat dan cadangan diberikan kepada naqib/ah. setelah itu, jika keadaan tak berubah, kitalah yang perlu berubah.
kita perlu ikhlaskan hati kita. perlu sangat-sangat merasai bahawa, komitmen kita pada usrah bukan sekadar pada isi dan bahan tarbiyah, tapi komitmen kita pada Allah dan dakwahNya.
kita akan kecewa. ya, tapi di situ Allah nak ajar kita satu perkara:
BERUSAHALAH UNTUK MENINGKATKAN DIRI SENDIRI SEPERTI MANA ORANG TERDAHULUMU!
ramai yang takut nak menjadi naqibah kita kerana expectation kita yang tinggi pada mereka.
maka berpadalah dengan yang ada. bersyukurlah. Dan tingkatkan dirimu sendiri. Jalan pasti ada.
Saya katakan: JALAN PASTI ADA INSYAALLAH.
dan jadilah naqibah yang terbaik. Kerana untuk menjadi naqibah yang terbaik, bukanlah senang.
Jika kamu expect sesuatu dari naqib kamu, mutarabbi kamu tentu expect sesuatu dari kamu juga.
Dan jika awak bosan, dan tak dapat apa2 dari usrah, adakah awak rasa anak2 usrah awak akan terlepas dari perasaan itu?
Jika awak sendiri tak mahu komited dengan usrah, satu hari nanti, anak usrah awak sendiri akan lari dari usrah.
Dan inilah sunnatulah kehidupan. Ianya dari pengalaman. Ianya dari sebuah penceritaan.
Kerana usrah adalah tali hubung kita pada dakwah ILa Allah.
Jangan sekali-kali biarkan ia terputus kerana emosi kita!
Moga kita sentiasa berada dalam jemaah dakwah ini.
Paling penting, istiqamah, dari awal permulaan tarbiyah, hinggalah ke penghujungnya insyaallah!
AisyahZ
London..
muharikah.wordpress.com..

p/s: moga ditabahkan hati sentiasa.. perbaiki diri hari ke hari berikutnya.

Saturday, 19 March 2011

...

even im not sure myself how am i going to face this coming week..
usaha, tawakkal dan doa ma n abah buat penguat diri..
ya Allah permudahkan lah segalanya..
aminn..

pen off

Monday, 14 March 2011

minggu cobaan

alhamdulillah,
sehari lagi Allah beri peluang bernafas tatkala celik mata bgn tido td..
redha dengan ujian tuhan, moga2 dihapuskan dosa2 yg lalu,
moscow sekarang tgh peralihan musim,,
seems like the spring is already in the air i guess.. hoho..
kalau dengar2 spring ni, 1st thing yg fikir mesti taman yg hijau cantik, bunga2 lawa2 kembang besa2 n burung2 berkicau diangkasa raya,,
but the reality is sekrang ni lerr jalan2 dipenuhi lumpur salji cair,
droplet lumpur yg melayang2 tinggi lepas kete lalu sebelah,
n paling 'best' musim2 flu2, batuk2 n demam datang..
2 minggu flu dan batuk2,,
n even masih terasa 'sputum' yg ade kalau berdehem mmbetulkan suara..
hopefully jd better minggu ni..
nxt week ada 3 kolloq(test)..
tophan on monday,,
pharmaco and pathophysiology on friday..
pretty much to cover i guess.. x pe boleh2 i.A..
u can do it syahir..
moga2 pengorbanan ini tak sia2..


ya Tuhanku, andai x terlihat hikmah disebalik segala ini, aku memohon padaMu,antara pilihan yang dibuat ini, mudah2an ia adalah yang terbaik utk diri ..
permudahkan hati ini utk redha dengan ketentuanMu,,
aminn..
pen off

Monday, 7 March 2011

tentang dia..

(sajak buat rasulullah)
bait2 puitis tentang si penghulu nabi dan rasul...
selamat menyuntuh hatimu sahabat...


andai kata dia ada di samping kita hari ini, bagaimana dengan derap langkah hidupmu seterusnya?


pen off..

Thursday, 3 March 2011

love ya..


peace(^^)Y


im missing home..
somehow i feel bad for not calling for quite some time..
maaf ma n abah.. since mur out to mc n fadzli pulak samura,
rumah dah sgt kosong..
fuad flew to aussie weeks ago..
n nurul bz preparing to go back to Egypt since the famous 'Youth revolution'..
terfikir berape sepi abah n ma tinggal kat perling tu..
ber2 utk tahun pertama after so many years dalam 'keheningan' 5 beradik ni..
ampun dan maaf ma na abah..T.T
sepetang bersama mereka yg tersayang,,,
me'recharge' kan energy yg hilang waktu kelas general surgery yg sgt 'menarik'..
durh..-____-
sayang mereke selagi ada waktu utk menyayangi..
walau di bumi penjajah,
pesan abah, kalau mati ni, syahid bang..
somehow it really makes me happy to hear that..^^
hoho..
n ma asked me to take thing at a time..
slowly but continuously(istiqamah)..
kuat2..
go syahir go go..!!
moga Allah permudahkan jalan di bumi cinta ini..
aminn..

sayangi keluarga anda..kerane diri mereka begitu berharga..^^
pesanan khidmat masyarakat ini dibawa khas utk sedare2 yg di luar sana juga..

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (al-Baqarah: 218)


pen off..

Tuesday, 1 March 2011

sediakah kita??

Bersediakan kita menghadapi sunnatullah yg diatur?? satu persoalan yang cukup untuk memadamkan gelak tawa kami petang tadi.. pula disambut dengan diam yang panjang dengan fikiran melayang terus pada setiap kisah hitam yg terlekat pd bekas-bekas telapak kaki selama berpijak di bumi tuhan ini..

jangan dibiar kesilapan semalam dalam hidupmu wahai adikku menghalang untuk kamu berubah pada yg lebih baik kala ini dan esok hari..

agak basah meresap masuk liqa' minggu ini meresap dlm hati..
kalau2 dijemput Allah esok,, bagaimana agaknya nasib diri..
sunnatullah yg pasti berjalan, tapi mungkin jarang di renung diri insan..
tazkiatun nafs yg menjurus pd 'Allah membenci siapa yang benci untuk kembali kepadaNya'.

barang siapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan dialah yang maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
(14 : 34)


pen off..

Saturday, 26 February 2011

pesan Imam Ghazali


  • Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita
  • Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita
  • Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita
  • Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.
  • Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya
  • Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujuraat : 11)


p/s : tertarik dengan kata2 Imam Al-Ghazali tentang fitrah sebenar pandangan manusia..
diri sendiri juga terus memandang dlm pandangn jahiliyah..
teringat abg afiq pernah cakap,

'perubahan itu bukan pilihan, perubahan itu adalah kemestian.' bertambah molek, bertambah baik dari hari ke hari..


stop labelling people and keep on pointing on their weakness and negative side..
i.A pasti ada sesuatu yg dapat kite ambil ibrah dari pandangn ini..
mudah2an mampu juga mengubah diri ini..
21 tahun dah bang.. tah berape lame lerr lagi baki yg ada, x nak sedo2 lagi encik syahir oii??
astaghfirullah hal azim..



pen off

Thursday, 24 February 2011

jiwang hamba dengan Pencipta



dakapku dekat denganMu ya Tuhanku..
ampunkan diri,
tabahkan pemilik hati ini,
mencari cintaMu..
tiap2 derap langkahku selalu takut,
longlai tanpa semangat,
maka kuatkan diri ini..
tsabat dlm mencari redhaMu..
aminn..

(Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
(2:112)

pen off..

Thursday, 17 February 2011

salah siapa labu-labi

agak kencang juga berita2 dan kisah2 tentang ketidak-up-t0-standard-an graduan2 Russia di Malaysia,banyak yg menyakitkan dari yang menyembuhkan??
nauzubillah..
sejujurnya, selembut mana hati dipujuk, sedikit guris tetap dirasa,
teringat seorang sahabat bercerita pada diri,
pernah terfikir x ada yg nak berbelanja wang biasiswa pon masih teragak2 kerana fikirkan ianya wang rakyat dan saudara2 lain,
yg berbelanja dan infak wang biasiswa dengan niat moga2 saham pahalanya dibahagikan dengan semua rakyat yg sama membantu 'meminjamkan' ia.,
untuk meneruskan sederap jejak dibumi cinta ini,
terlalu byk yg harus redahnya
moga2 hikmahnya akan tersingkap jua,
insyaAllah,redha atas aturan Allah ini,
teringt doa waktu awal mula membuat keputusan dahulu,

"Ya Allah, sesungguhnya jadikanlah keputusan yg bakal dibuat ini, adalah yg terbaik untukku dariMu.."


Salah Siapa Labu-Labi

Teringat aku sebelum aku datang ke sini
Tawaran 'keemasan' aku terima dengan besar hati,
Membawa azam yg tinggi yang selama ini terbuku di hati
harapan ibu ayah dan seisi keluarga
utk melihat aku menjadi doktor
tidak aku salahkan sesiapa kerana ini adalah pilihan diri

kehidupan disini byk cabarannya,
tidak pernah tergambar utk aku tempuhi,
tapi itu lah takdir namanya,
tiada siapa yg perlu disalahi,
semuanya telah tercatat di atas sana

3 jam masa aku ambil untuk pergi dan pulang dari kelas,
belajar pula dalam bahasa yg tidak difahami
berhmpit2 di dalam bas dan kereta api,
muka dan kaki ku kebas oleh sejuk salji,
tidak salah semua ini, semuanya cabaran yg Allah beri,
untuk masa depan satu hari nanti

keselamatan di sini pada Allah sahaja aku serahkan,
tidak cukup dipukul diterajang,
org asing ditikam dibunuh mati,
dalam kereta api letupan pengebom berani mati,
esok pula meletup lapangan terbang yg selalu kami lalui
mereka juga tidak salah, salahnya sistem yg sedia ada ini

bukan aku ingin meminta simpati,
apabila ada yg mengata itu dan ini,
kerana seorang semua dituding jari,
aku disini ikhlas utk menimba ilmu yg diberi,
tidak salah niat di hati, utk membantu suatu hari nanti

Fahamilah masalah kami disini,
sebelum menghukum membuta tuli,
aku budak baru belajar
kalau salah tolonglah ajar,
tolong selesaikan masalah kami,
bukankah itu lebih baik dari mengaibi
Tolong jangan salahkan kami
Hanya tuhan yg lebih mengetahui, daripadanya kita datang dan kepadanya kita kembali.


p/s: tulisan saudara hazwan zharif, cukup mengambarkan isi hati kami yg masih disini..moga2 Dia titipkan kekuatan dan tabahkan hati2 hamba2 dibumi cinta mencari redha ini..bersihkan niat lagi tuluskan hati menimba ilmu lillah hi ta'ala..

“Dan di antara mereka ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.”
(Al-Baqarah: 207)


moga Allah redhai perjuangn ini..
aminn ya Robb..

pen off..

Monday, 14 February 2011

.dari ingatan, moga2 timbul kecintaan,..^^


Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu'min. (At-Taubah:128)
Itulah di antara kalamullah yang menyatakan sifat Rasulullah yang teramat menyayangi umatnya tidak kira pada zamannya, mahupun pada hari ini. Tahukah kita betapa rindunya Rasulullah untuk bertemu dengan umatnya yang hidup selepasnya. "Ummati, ummati, ummati", perkataan yg disebut sebelum berakhirnya hidup seorang manusia yang paling mulia, kekasih Allah, Khatimul Anbia', Muhammad S.A.W .
Betapa cintanya Rasulullah kepada umatnya. Tetapi, bagaimana pula cinta kita kepada Rasulullah? Ingatkah kita kepada baginda sepertimana baginda ingat kepada umatnya? Bagaimana kita menunjukkan kasih sayang kita kepada baginda?
Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi . Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(Al-Ahzab : 56)
Selawat dan salam keatas Nabi S.A.W bukanlah suatu yang sukar, malah banyak kelebihannya. Cuma kita manusia mudah lalai dengan perkara2 duniawi yang lain. Sedangkan Allah, tuhan sekalian makhuk, pun berselawat kepada kekasihnya, begitu juga dengan malaikat. Apatah lagi kita, yang hanya bergelar manusia. Banyak keistimewaan yang diberikan kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad, alhamdulillah. Tapi tidakkah kita berasa malu mengaku sebagai umat Rasulullah, jika tidak selalu mengingatinya?
Marilah kita sama2 perbanyakkan selawat keatas junjungan besar kita Rasulullah S.A.W . Jadikalah Maulidur Rasul pada tahun ini sebagai titik permulaan kita untuk menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W yang lebih baik. Mudah-mudahan kita dapat menimbulkan perasaan kasih sayang kepada baginda, dan tergolong di antara orang yang disayangi Allah dan Rasul, insyaAllah.
Sebagai renungan
Sabda Rasulullah S.A.W: "Berselawatlah untukku 1 kali, maka Allah akan berselawat untuknya 10 kali". (Hadis riwayat Muslim)
Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku". (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)
Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w : " Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat".


dari ingatan, moga2 timbul kecintaan,..^^
Allah humma solli ala Muhammad, adadama fi'ilmillah, solatan daima tambidawami mulkillah..=)


pen off

Wednesday, 9 February 2011

note to myself..

 

perubahan itu mulanya dari kamu..
lantang dihambur, cermin disorong..
mintakan si anak jalannya lurus,
pak ketam pula pamerkan herot..

ya Allah,, jauhkan diri dari kata2 yang tidak aku perbuat..
ampuni diri lemah ini..
kuatkan nurani rapuh ini..
pimpinkan hati kerdil ini kejalan redhaMu..
aminn ya robb..



pen off..

Friday, 4 February 2011

shes my inspiration..

terbaca berita di akhbar online beberapa hari lepas, berita berkait seorang insan kesayangan Ahmad Syahir bin Abu Sahmah dari dulu, kini dan selamenye..=) :
SELARAS hasrat memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada warga kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) komited serta dedikasi menjalankan tanggungjawabnya.
Malah, PKU UTM boleh berbangga menjadi satu-satunya PKU lengkap dengan segala kemudahan.
Pemangku Pengarah PKU UTM, Dr Zaleha Nassir berkata, PKU bukan saja memberi perkhidmatan kepada masyarakat serta warga kampus, malah kesedaran pendidikan dan persekitaran kesihatan yang baik.
"Di kampus, mereka bukan saja perlu bersedia menghadapi tekanan dalam proses pembelajaran berbentuk akademik, malah pelbagai keperluan fizikal perlu dititikberatkan bagi memastikan kesihatan sepanjang tempoh pengajian terjaga.
"Kewujudan PKU ini untuk membantu warga kampus jika berdepan masalah kesihatan selain melestarikan proses penjanaan ilmu dengan lebih teratur.
"Berpegang pada keyakinan, tubuh dan minda sihat mampu menjana kecemerlangan, PKU UTM sentiasa membantu sesiapa saja mendapatkan rawatan bagi memastikan mereka pada tahap kesihatan terbaik untuk mencari ilmu," katanya.
PKU UTM ditubuhkan pada 1972 tetapi ketika itu hanya menjalankan proses perawatan asas. Pada 1997, ia beroperasi dengan lebih sempurna.i
Antara kemudahan yang disediakan adalah wad pemantauan dan kuarantin, pesakit luar, kecemasan, dialisis, rawatan ibu mengandung selain tiga ambulans untuk kes kecemasan dan kritikal.
"PKU UTM satu-satunya institusi di IPT yang tidak menggunakan kertas dalam proses rawatannya, sebaliknya maklumat dari awal hingga akhir dijana melalui komputer.
Dr Zaleha berkata, kewujudan perkhidmatan tanpa kertas itu bertitik tolak daripada kesedaran mewujudkan persekitaran mesra alam di kampus, selain menjadi pemangkin terhadap perkembangan dunia teknologi.

"PKU UTM bukan sekadar tempat penjagaan kesihatan, malah mendokong wawasan institusi mewujudkan persekitaran mesra alam bagi menjaga kebersihan kampus.
"Biarpun berbeza peranan, tanggungjawab dipikul tetap sama. PKU UTM turut mendukung aspirasi universiti ini menjadi sebuah institusi cemerlang dalam melahirkan graduan berjaya," katanya..(source)


I'm missing you~
truly,
Syahir Abu Sahmah
4thFeb2011-3.30pm
to love is always a gift from our God my friends..=)
alhamdulillah..
mood rindu keluarga terchenta
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua (ibu bapa) dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". (17:24)

pen off..

Thursday, 3 February 2011

insyaAllah.


lelaki lebanon yg menyentuh byk hati2 di bumi cinta ini..

InsyaALlah..
mahu kubaiki diri hina ini,
jadi hamba pilihan Illahi,
IbadurRahman ,
moga2 tidak menyepi harapan ini,
tak malap dek kelam malam,
tak padam dek angin dingin..

ya Allah ya tuhanku,
permudahkan lah diri ini mengejar redhaMu..
jgn kau cabut hidayahMu dari kalbu ini..
Astaghfirullah halazim,,
terima taubatku,
sungguh kuhamba leka,
yang masih tak mengerti,
anugerah cinta dari tuhannya..

Ar-Rahman kabulkan doa hambaMu ini..
aminn ya Robb..


pen off..

Wednesday, 26 January 2011

kelas hati

Nasihat Imam Al- Ghazali 1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. 2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. 3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui. 4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.. 5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya..
kata seorang sahabat "Always careful not to confuse excellence with perfection. Excellence, I can reach for; perfection is God's business.


perlu lebih byk menundukkan hati
merendah diri,
dunia yang terlalu hina utk ditangisi,
kenapa masih tidak di mengerti,
wahai diri yang terasa sunyi..
rindu pada mereka yang disana,
moga2 terubat tatkala berbicara kasih denganNya..

(rindukan orang dirumah serta isi2nya..-___-)


pen off..

Tuesday, 18 January 2011

senyumurung =)(



andai ini yang terbaik,
akan cuba kuredha dengn aturanNya..
Dikau gagahi hati ini menerimanya..
bukan niat utk meronta,
hanya desak hati yg terus merona,
mahukan satu susur lalu,
cukup sekadar yg sederhana,
kerna aku hanya manusia biasa,
hamba yang masih di jalanan ,
mencari cinta tuhannya..



pen off..

Sunday, 16 January 2011

sanah helwah Syahir..


16 Januari 2011. (15 January 2011 untuk saya ) 22 tahun. (21 tahun untuk saya) Akhirnya hari ini sampai.
Saya sudah semakin tua.
Semakin hendak mati.
Hanya sebuah artikel, khas buat diri sendiri.
Usia yang Allah kira.
Wish untuk birthday saya, saya harap Allah mengira umur-umur saya yang telah berlalu, dan memberikan saya lebih banyak peluang dalam berbakti kepadaNya sekaligus membaiki salah silap saya yang lalu.
Pada saya, tiada makna sekiranya umur saya Allah tidak kira sebagai umur yang baik, saham kepada akhirat. Maka saya berharap Allah kasihan dengan saya, dan mengira umur-umur saya.
Dan saya juga suka mengingatkan diri saya, bahawa selain mengharapkan Allah mengira umur saya, saya juga perlu berusaha membuatkan Allah mengira umur saya. Saya perlu membangunkan kehidupan saya, benar-benar atas keimanan, dan tidak mencampurinya dengan apa-apa yang bernama keingkaran.
Ibarat pesanan Dr Tolafahah, “Kita mengambil asbab, untuk bertawakkal kepada Rabbul Asbab.” Pesanan Dr Ala’ Hilat juga kemas dalam ingatan saya: “Doa tanpa usaha, tidak akan bermakna apa-apa.”
Harapan masa hadapan.
Saya hanya hendak bahagia.
Bahagia yang Allah iktiraf sebagai bahagia.
Harapnya, dengan usia saya yang Allah izinkan bertambah ini, saya lebih keras mengejar bahagia itu. Buat diri saya, juga orang di sekeliling saya.
Memadamkan lebih banyak keaiban.
Saya juga berazam, bertambahnya umur ini, saya hendak memadamkan lebih banyak keaiban diri.
Saya hendak lebih keras pada diri ini. Saya ingin mampu menjadi contoh yang baik.
Rehat yang belum tiba
Saya juga senang mengingatkan diri saya, bahawa waktu rehat belum tiba.
Belum tiba. Bahkan banyak lagi cabaran dan halangan yang belum saya temui, akan datang menyapa saya dalam perjalanan hidup saya nanti.
Hati yang menggerimis
Saya juga memujuk lubuk hati saya yang terdalam, untuk menghentikan gerimis yang sentiasa menyiraminya. Ikutilah sikap wajah, yang sentiasa berusaha mengukir senyuman walaupun duka.
Masa kita hanya belum tiba.
Ataupun takdir tertulis bahawa masa kita hanya di sana.
Maka apa guna gerimis yang tidak menumbuhkan makna?
Hentikan. Nyahkan awan mendung yang menutup mentari di langitmu wahai hati.
Si 22 tahun,(sekali lagi Si 21 tahun utk diri saya) dan Si 23 tahun.
Muhammad Al-Fateh menawan Konstantinopel dan menjadikannya kota yang tunduk kepada Allah SWT pada usianya 23 tahun.
Wahai diri yang sudah berumur 22 tahun(21 tahun untuk diri), apakah tidak boleh paling kurang, dikau menawan dirimu, dan menjadikannya tunduk kepada Allah SWT?
Penutup: Apakah belum tiba masanya?
16 Januari 2011. 22 tahun.(21 tahun untuk diri)
22 tahun(21 tahun untuk diri). Telah 22(21 tahun untuk diri) tahun berlalu, dalam keadaan kita tidak tahu berapakah tahun yang ada pada masa hadapan buat kita. Bahkan, tahun ini pun belum tentu mampu kita habiskan sempurna. Panjang nyawa itu rahsiaNya sahaja.
Maka apakah belum tiba masanya wahai diriku, untuk kita menjadi lebih serius?
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.” Surah Al-Hadid ayat 16.
22 tahun. Kita sudah terlalu tua untuk bermain-main.
Mari. Kita ada langit untuk digegarkan dengan nama kita, dan bumi untuk kita tawan dengan agamaNya.
Ya Allah, panjangkanlah umurku dalam keimanan.
Angkatlah segala masalahku.
Permudahkan segala urusanku.
Bukalah seluas-luasnya pintu rezekiku.
Berikan kepada aku istiqomah.
Golongkan aku dalam kumpulan hambaMu yang beroleh Jannah.
Amiiiin.

(kongsi dari langit Ilahi)
p/s: walau sekadar artikel kongsi, namun, setiap bait2 yg terakam dan terkalam itu cukup byk similaritinya dengan doa dan pohonan diri ini..moga2 terus hidupku dalam redhaNya..aminn..

pen off

Thursday, 13 January 2011

bangsa dan agamaku disana..

 
diri yang pulang dari tanah hitam,
disangka berjumpa si putih di halaman sendiri,
rupanya debuan kelabu yang mengabur...
harap baik2 hati yang disini..
lagi ditambah-baikkan mereka yang di sana..
mudah2an diluruskan yang terbengkok..
ditegakkan mana yang tercondong..
aminn..



“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Al-Anbiya’: 35)



pen off

Tuesday, 11 January 2011

if you 'syukur' and you know it you....................

say alhamdulillah,,

selesai juga urusan yg satu ni..
yesterday it was quite a good final,
even the questions asked was like durrhh.. ngucap byk2 la bang uii..
after all puas hati dan syukur pade Dia..=)
later kalau free2 nnti leh kongsi pengalaman final ngn Mr. Pashkov..
rasekan nyer syahir..
best, kelakar, seram, macam2 lagi...
kui3..

afterall,juga atas rezeki yg diberiNye,
terime kasih pade semua yang mendoakan..
byk dipermudah..alhamdulillah =)
(hish..baru xm dunia dah cam ni, xm sane nnti x nak pulak cuak2 dari sekarang..
astaghfirullah halazim..)

officially bermula la cuti winterku..
as for this winter holiday,
x mcm tahun lepas, went to newcastle, london n paris,

so dlm masa ni ape nak buat ye??
tahun ni dok jage umah aje..
x gi jalan2 kompem2 la lagi byk masa terluang en?
ade yg kate,

"masa lapang seorang pemuda itu membunuhnya"


mungkin end of jan nnti ade plan kot..
dlm russia juga mungkin,
but still this is 1 of the awaited moment,
from my '5 most awaited moment 2011' this blissful new year..i.A=)
looking forward to it..
even my birthday is not counted in the top 5..
punye lerr..peh3..
hehe.

moga2 x 'terbunuh' la cuti kali ni..
i.A.=)

p/s: 1 of my brestfren wish me my birthday on the same wrong date for 2 consecutive years..
hahaha..adeh.. papepon, still glad to have you as my bestfren,
terime kasih atas ingatan dan doa..
deeply appreciated.=)..

still dalam 'panda' mode..utk hilangkan, kene lah tido..
haa..mimpi indah semula..
x nak mimpi microb lagi cam last 4 nights..
^^



pen off..

Saturday, 8 January 2011

oh microbiology si makhluk halus...

currently 5 am in the morning..
thank to microbiology.@.@..
tuesday gonna be the final xm,,
n seems like there are still a lot more to cover..
may Allah help me to face this few days..
afterall,
those microb are tiny little wonderful creatures of Allah..
shouldnt i be grateful??
been given the chance to know them..
huhu..

waa.. mari cari dan menang..

wah.. ada diplococci di situ..mungkin kah si nisseria dan anak2 sekutunya??

wuu ade yg lophotrichous, ada yg monotrichous flagella la, yg attach pada pakcik rods tu,
clostridia botulinum kah? C.tetani kah? or even C.perfingers? the later tu x mungkin la sebb die mane ade flagella..hoho..leh kene botulism, kancing gigi or even gas gangrene ni..
but wait tapi mane pergi endospore diorg kat badan rods tu??

waa..yg cam cacing kerawit beralun2 tu, macam trepanoma pallidum, tapi boleh jadi borellia reccurentis dan leptospira juga...
causetive agent utk syphilis, atau mungkin relapsing fever dan leptospirosis..
woo wooo woooo..

ok dah cukup..
sekadar penyedap rasa sebelum pejam mata..
Madam Naina yg akan dirindui..macam student kan?? awet muda mungkin,
hidup sihat tanpa microb..
taken during our last class.. cg yg byk mengajar dan susah juga nak lepas..T-T
waktu oral xm, anda menerangkan dengan panjang lebar,
dibalas dengan cukup pendek..

"and what?"

peh.. tersentap jantung nak ngluo kan point baru yg lain..apa2pon, terima kasih madam kerna byk bantu kami...

insyaAllah im gonna do my very best to get 5.. tapi kalau dah x de rezeki,, mudah2an dimudahkan utk redha dan sabar..
amin.

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Sesungguhnya berbahagialah orang yang masuk Islam, rezekinya sederhana dan berpuas hati (qana'ah) menerima pemberian Allah".
(Riwayat Muslim)

wish me all the best n doakan agar cemerlang lepas semuanye ye..=)..
aminn...

jom mimpi indah..
haaa....


pen off..

Thursday, 6 January 2011

dimana Dia dihatiku...

salam..

Allah itu sangat hampir,
tetapi kenapa aku masih meminggir,
akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir..
cukup mengiurkan x utk diteruskan??
sedang menunggu buku ni jatuh dari langit utk dihadam..
hehe..
asked my sister to search for it, x jumpe..i say.
balik msia cuti summer lepas abis 6 kedai diterjah serata JB,
tapi satu pon x jumpe, sampai akk kedai tu dah kenal dah sebb asyik tanyekan aje..
mungkin kedai ke7 ade kot, but sebb x sempat,
terpakse lerr burn balik moscow dgn hati yg lara,
tapi x pe, hidup perlu diteruskan..
terime kasih cik ternet, mudahkan sy beli buku on9..=)
minta abg gazrul gazwan bawakkan dari msia winter break ni..
x sabar2 pulak..huhu..
kisah ni mesti pernah didengar oleh kebanyakan kalian kan??

“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanya Umar kepada budak kembala kambing.
“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.
“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.
(sebahagian petikan bab terakhir buku ini)
jatuh cinta dengan buku pertama beliau yg dihadiahkan abg afiq rushdi tahun lepas sini,
diteruskan pada buku kedua, Nota Fikir untuk Zikir last summer break,
and mudah2an menyusul karya yang ketiga ..
dimana sebenarnye Dia dihati ini..



pen off..

jauh..

jauh sungguh terasa,
kenapa begini ya,,
diri menjauhkan hati dari tuhan mungkin,
walau hakikatnya Dia jauh lebih dekat,
dari apa yg diri mampu fikirkan..
ampunkan diri ya Allah kerna selalu melupakanMu,
jauhkan diri dari titik hitam tumbuh dihati,
jadikan sayonara jahiliyahku,
sayonara yg berterusan,,
wahai tuhan yg menguasai diriku,
Engkau maha mengetahui bagaimana hambamu ini,
jadikanlah diri pemuda yg baik,
jauh sekali pada lensa kacamata hamba..
cukup sekadar atas neraca agamamu ya azzawajalla..
aminn..

sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman
dengan Tuhan mereka;
dan Kami tambahkan petunjuk untuk mereka
Surah Al-Kahfi:13

pen off..
Related Posts with Thumbnails