alhamdulillah, selesai semua yang hendak di selesaikan minggu ni.. well, actually belum lagi but it seems like the week is about to end in another 2 days.. hari ni, 23th of feb Men's Day, and again, cuti lagi utk Russia, ak pun x tau sama ada moscow aje yg sambut atau seantero dunia turut raikan.. tapi yg kompem di malaysia negara ku tercinta memang x ade la..


Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai
orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya.
(Surah al-Ahzaab, 33: 56)
ape yang lebih dari tu, nak membangkitkan dan menhidupkan semula kerinduan kite pd rasulullah yg mungkin sepanjang tahun lepas barangkali makin surut dek di sibukkan dengan urusan2 dunia yang lain.. mungkin bukan pada awak, tapi itu yang sy rasa..^^
kebetulan, waktu pulang 3 minggu ke Malaysia bulan lepas, bertindan dengan 12 Rabiul Awal tahun hijrah, maka dapat la merasa semula.. pada mulanye agak janggal,mungkin sebab dah lama x meraikan di malaysia,.. rancangan2 TV nya, cukup menyentuh hati2 kontang ni..ceramah2 di corong2 radio dan lain2 lagi.. teringat pagi tu, abah bukak saluran tv9, tentang tokoh maulidurrasul kebangsaan tahun ni.. salah seorang darinya hanye lah seorang pelajar tingkatan 4.. kalau nak ikutkan,, mmg pe bende lerr budak form 4 dpt.. mcm Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary tu lain la.. budak x abis skolah lagi ko bagi bwat ape kan..
kisah benar yang boleh dijadikan iktibar dan dorongan kepada semua.
Wee Soo Yen, seorang remaja Hokkien kelahiran Bachok, Kelantan amat
meminati Bahasa Arab (Kalam Syurga/Bahasa Syurga). Minatnya berputik
setelah dia melihat rakan-rakan beragama Islam mempelajari tulisan Jawi
ketika di sekolah rendah. Seawal 7 tahun, Soon Yen mengambil keputusan
mengikuti Kelas Fardhu Ain walaupun dia bukan seorang Muslim. Setelah
menanam minat mempelajari subjek penulisan Jawi, Al Quran, Bahasa Arab
dan Agama Islam selama 2 tahun, akhirnya ibu dan bapa Soon Yen telah
melarang dia mengikuti Kelas Fardhu Ain di sekolahnya kerana mereka
bukan beragama Islam.
Minatnya terus dipendam sehinggalah Soon Yen memasuki tingkatan satu
dan memilih Bahasa Arab Komunikasi sebagai subjek pilihan. Malangnya dia
sekali lagi berdepan halangan kedua orang tua yang bimbang dia akan
gagal dalam subjek itu. Namun kali ini Soon Yen tidak berpaling ke
belakang, dia nekad meneruskan minatnya. Kerisauan ibu bapanya berakhir
apabila remaja itu memperoleh keputusan 9A dalam PMR 2010.
Malah anak
sulung daripada dua orang adik beradik itu ialah calon tunggal bukan
Islam berjaya mendapat gred A dalam subjek Bahasa Arab. Lebih
memeranjatkan mereka sekeluarga apabila Soon Yen telah dinobatkan
sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan bagi tahun
2011. Kriteria pemilihan Wee Soon Yen untuk menerima anugerah itu,
berdasarkan pencapaian dan minatnya terhadap Bahasa Arab.

alhamdulillah, suhu di moscow pun makin panas, last week, dah -6.. cukup bersyukur lepas melalui minggu2 dengan -28 dan kluar pukul 7.20 dimane subuh masuk 7.15..sebab kelas start 8.30 .. jauh skit dari asrama, 1 jam jugak la travel.. insyaAllah final Obstetric 10 march.. doak2n dimudahkan ye.. actually rasa terlalu banyak yg nak di tuliskan, tapi masamungkin agak mencemburui kite,, cewah..
btw mesti tertanye2 kan nape lerr byk sgt bunga2 dalam post kali ni..bunga yang banyak2 ni di hadiahkan buat ibu ku terchenta.. beliau adelah seorang pencinta bunga-bungi ni..kalau pergi nursery bunga n Landskap Taman, hehe.. untung laaa~~ lately abah pun makin rajin berkebun kebun kat rumah..hari tu mesin rumput sorong tu, macam ade motor bot kat laman.. sorry arr jiran2 ye..=P boring sgt sebab dah x de org lain kut, tinggal diorg ber2 aje..mesti sunyi sepi.. fuad da balik aussie minggu lepas.. i say.. x pe.. lgi 3 bulan i'll be back..aceh,, da mcam terminator la plak kan.. huhu.. well, ade lah collection serba sedikit sepanjang cuti hari tu... di kampung ku nan permai , parit sakai, muo.. haa.. sy lahir di muo, tapi membesar di "jay bay" bak kate puad...-____-

kita memang tak sempurna, tapi kita boleh mencontohi yang sempurna..^^
pen off..
Kur...aku dah fall in love. dengan blog ko. *bukan ko k. hahahah
ReplyDeletehehe fi..^^..terharu nye ade org jatuh chenta dengan blog ni.. player real madrid kaka pulak tu..yg baik jadikan tauladan..yg x elok jadikan sempadan..hehe
ReplyDelete