alhamdulillah, selesai semua yang hendak di selesaikan minggu ni.. well, actually belum lagi but it seems like the week is about to end in another 2 days.. hari ni, 23th of feb Men's Day, and again, cuti lagi utk Russia, ak pun x tau sama ada moscow aje yg sambut atau seantero dunia turut raikan.. tapi yg kompem di malaysia negara ku tercinta memang x ade la..
this coming Sunday, alhamdulillah AZAM Russia akan anjurkan sambutan maulidurrasul di sini.. teringat zaman skolah2 dulu, berebut2 nak barisan paling depan utk berarak pusing2 kawasan perumahan skeliling skolah sambil berselawat ramai2.. it was really a beautiful memory at least for me.. apa salah nya kalau kita buat sesuatu event tu, yg dapat mengajak lebih ramai orang beribadah dan dekat dengan Pencipta dan kekasihnya.. kalau semua nak di bid'ah kan, wallahualam,.. sebab diri sendiri pun budak orang yang arif dalam benda2 ni, tapi ahamdulillah dengan adanya sambutan maulidurrasul ni, secare x langsung bertambah2 naik dan membara lagi kecintaan kite pada Nabi Muhammad S.A.W.. mungkin ada yang kate, alah, selawat tu tiap2 hari, bukan waktu maulid aje.. -___-.. ade ak kate waktu tu je ke boleh selawat? x kan?? sikit pun x di sangkal..
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai
orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya.
(Surah al-Ahzaab, 33: 56)
ape yang lebih dari tu, nak membangkitkan dan menhidupkan semula kerinduan kite pd rasulullah yg mungkin sepanjang tahun lepas barangkali makin surut dek di sibukkan dengan urusan2 dunia yang lain.. mungkin bukan pada awak, tapi itu yang sy rasa..^^
kebetulan, waktu pulang 3 minggu ke Malaysia bulan lepas, bertindan dengan 12 Rabiul Awal tahun hijrah, maka dapat la merasa semula.. pada mulanye agak janggal,mungkin sebab dah lama x meraikan di malaysia,.. rancangan2 TV nya, cukup menyentuh hati2 kontang ni..ceramah2 di corong2 radio dan lain2 lagi.. teringat pagi tu, abah bukak saluran tv9, tentang tokoh maulidurrasul kebangsaan tahun ni.. salah seorang darinya hanye lah seorang pelajar tingkatan 4.. kalau nak ikutkan,, mmg pe bende lerr budak form 4 dpt.. mcm Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary tu lain la.. budak x abis skolah lagi ko bagi bwat ape kan..
kisah benar yang boleh dijadikan iktibar dan dorongan kepada semua.
Wee Soo Yen, seorang remaja Hokkien kelahiran Bachok, Kelantan amat
meminati Bahasa Arab (Kalam Syurga/Bahasa Syurga). Minatnya berputik
setelah dia melihat rakan-rakan beragama Islam mempelajari tulisan Jawi
ketika di sekolah rendah. Seawal 7 tahun, Soon Yen mengambil keputusan
mengikuti Kelas Fardhu Ain walaupun dia bukan seorang Muslim. Setelah
menanam minat mempelajari subjek penulisan Jawi, Al Quran, Bahasa Arab
dan Agama Islam selama 2 tahun, akhirnya ibu dan bapa Soon Yen telah
melarang dia mengikuti Kelas Fardhu Ain di sekolahnya kerana mereka
bukan beragama Islam.
Minatnya terus dipendam sehinggalah Soon Yen memasuki tingkatan satu
dan memilih Bahasa Arab Komunikasi sebagai subjek pilihan. Malangnya dia
sekali lagi berdepan halangan kedua orang tua yang bimbang dia akan
gagal dalam subjek itu. Namun kali ini Soon Yen tidak berpaling ke
belakang, dia nekad meneruskan minatnya. Kerisauan ibu bapanya berakhir
apabila remaja itu memperoleh keputusan 9A dalam PMR 2010.
Malah anak
sulung daripada dua orang adik beradik itu ialah calon tunggal bukan
Islam berjaya mendapat gred A dalam subjek Bahasa Arab. Lebih
memeranjatkan mereka sekeluarga apabila Soon Yen telah dinobatkan
sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan bagi tahun
2011. Kriteria pemilihan Wee Soon Yen untuk menerima anugerah itu,
berdasarkan pencapaian dan minatnya terhadap Bahasa Arab.
cukup menarik la kalau dpat di tonton interview dengan adik soo yen dan familynyer,,, mmg tangkap leleh dibuatnya..cerite ibu dan ayah nye .. nak nangis pun ade.. budak tu leh buat, ak ni , sikit2 susah, sikit2 payah..-____-.. btw try jugak utk cari kut2 la ada rakaman program tv tu di upload di internet but so far x jumpe, x de rezeki la mungkin... program Kalam Syurga di TV9.. kalau ade rezeki, sila lah tnton i.A x rugi la.. =)...
alhamdulillah, suhu di moscow pun makin panas, last week, dah -6.. cukup bersyukur lepas melalui minggu2 dengan -28 dan kluar pukul 7.20 dimane subuh masuk 7.15..sebab kelas start 8.30 .. jauh skit dari asrama, 1 jam jugak la travel.. insyaAllah final Obstetric 10 march.. doak2n dimudahkan ye.. actually rasa terlalu banyak yg nak di tuliskan, tapi masamungkin agak mencemburui kite,, cewah..
btw mesti tertanye2 kan nape lerr byk sgt bunga2 dalam post kali ni..bunga yang banyak2 ni di hadiahkan buat ibu ku terchenta.. beliau adelah seorang pencinta bunga-bungi ni..kalau pergi nursery bunga n Landskap Taman, hehe.. untung laaa~~ lately abah pun makin rajin berkebun kebun kat rumah..hari tu mesin rumput sorong tu, macam ade motor bot kat laman.. sorry arr jiran2 ye..=P boring sgt sebab dah x de org lain kut, tinggal diorg ber2 aje..mesti sunyi sepi.. fuad da balik aussie minggu lepas.. i say.. x pe.. lgi 3 bulan i'll be back..aceh,, da mcam terminator la plak kan.. huhu.. well, ade lah collection serba sedikit sepanjang cuti hari tu... di kampung ku nan permai , parit sakai, muo.. haa.. sy lahir di muo, tapi membesar di "jay bay" bak kate puad...-____-
bagaimana mekarnya bunga2 ni, kuharap cintaku padamu ya Rasulullah juga turut subur kembang disirami Iman...
kita memang tak sempurna, tapi kita boleh mencontohi yang sempurna..^^
pen off..