Saturday 1 October 2011

rindu yang pergi..




Shawal :awak tak gembira jumpa dengan saya...?

Self : Eh, mestilah saya gembira Shawal, cuma....
Shawal :awak merindui Ramadan ?.

Self : umm.. sangat..

Shawal : Dah masa dia, akan pergi juga..~~
Self : Memang,.. saya faham tu,..hidup masih perlu diteruskan walau tanpa dia di sisi.

Shawal : banyak ke benda baik awak buat waktu dia masih ada??

Self : Saya cuba..Allah lebih tahu,, saya cuba Shawal..tapi saya risau...

Shawal : sebab ape nyer??

Self : waktu dia ada, saya rasa tabah dan kuat..dia datang dengan penuh rahmat dan pengampunan dari Dia yang Esa..tapi sekarang dia tak ada, saya terasa rapuh...susah sangat.. segalanya dah berubah shawal....
Shawal : tak ada yang kekal awak..tak juga ramadhan.. tapi Allah tu sentiasa ada... Ramadan datang untuk bagi awak semangat , dan awak perlu teruskan derapan langkah hari esok walaupun hadirnya tiada lagi..

Self :insyaAllah... ada dia tinggalkan pesan sebelum dia berlalu pergi, Shawal?

Shawal: sebenarnya ada, katenya, bila saja kau perlukan teman untuk bersamamu,untuk menguatkan pasakmu , ada yang bisa kamu sandarkan harapanmu...

Self : siapa tu shawal.. Siapa??

Shawal : Allah juga sabarnya..


" Bersabarlah (wahai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.
( An Nahl : 127 )


" Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar "
( Al Baqarah : 153 )

p/s: share dari http://lifeisnotavacation.blogspot.com/ 

mohon dikuatkan hati walaupun Ramadhan telah pergi..
harapnya diketemukan kembali dengannya ya Robbi ya Illahi.. 
sabar dan terus sabar...mudahan tersingkap hikmah..
juga tunjukkan jalan dariNya.. 
aminn


 rindu yang telah pergi, kutagih akannya kembali..
moga Allah temukan aku dan Ramadhan kembali dalam redhaNya


pen off..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails