Saturday 10 April 2010

hikmah..


umm, bile baca latest entry saifulislam.com dari blog satu sahabat, sgt menyentuh hati pagi2 ahad yg agak senyap n hening kat bumi moscow ni...
dingin nye nyaman walau temperature turun mendadak,.. mungkin ade hikmah disebalik tu..
takde sape yg tahu kan melainkan yg Allah gerakkan mereka utk berfikir..
umm, sebut pasal hikmah..
terlalu byk lagi rasenye yg perlu belajar dari perkatan tu....

hikmah,
sesuatu yg bukan hnya pde suratan,
tapi yg ada pd siratan,
yg terkadang lepas dr mata zahir,
tapi terpaut pd mata hati..
yg x tertangkap dengan logika akal,
tapi terungkap disebalik yg terhijab..

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
al-Insyirah:5 & 6 (94: 5 & 6)


sesuatu yg kite x terfikir pon kadang2..disebalik bende yg terjadi, ade susunan yang lebih baik yg Allah tetapkan..umm, Al-Khaliq lebih mengetahui tentang hamba2Nye..

Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.
almukminun:62 (23:62)

sabar dan redha dengn aturanNya,, n doalah agar setiap yg berlaku itu lah, jalan dan ketenttuan yang terbaik buat diri ini,.. sungguh yang telah berlaku itu jauh lebih molek daripada apa-apa yang mungkin berlaku..

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(al bakarah:216) 2:216
pesann utk Ahmad Syahir bin Abu Sahmah..
dan saudara2 die yg lain sama ade yg da bersaudare ataupun yg belum..
=)

p/s: peh, rindu sey betul kat mak n abah....
wuu..


pen off..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails