Mahkamah putuskan perkataan 'Allah' boleh digunakan Herald Catholic Weekly bharian online
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.
Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.
Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.
Pakiam, antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan 'Allah' dalam He-rald Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan 'Allah' bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam saja.sumber
sangat marah bile terbaca berite nih di bharian online hari ni, 1 january 2010.. mengapa mesti macam ni jadiknya?? x faham.. seriously x faham..haish.. betul ke ia di adili oleh orang yg haknya.. saya pon x tau.. bile fikir2 balik.. jadik berkecamuk rasa.. marah, geram, sumenye jadi satu..Sungguh pengetahuanNya lebih luas mengenai segala sesuatu ciptaanNya,, Dia yg maha mengetahui dan segala sesuatu..dan dia jugak la yg mengaturkan segala sesuatu.. semoga ternampaklah hikmahnya kelak..
amin..
hati yg menangis..
pen off..