Friday, 4 February 2011

shes my inspiration..

terbaca berita di akhbar online beberapa hari lepas, berita berkait seorang insan kesayangan Ahmad Syahir bin Abu Sahmah dari dulu, kini dan selamenye..=) :
SELARAS hasrat memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada warga kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) komited serta dedikasi menjalankan tanggungjawabnya.
Malah, PKU UTM boleh berbangga menjadi satu-satunya PKU lengkap dengan segala kemudahan.
Pemangku Pengarah PKU UTM, Dr Zaleha Nassir berkata, PKU bukan saja memberi perkhidmatan kepada masyarakat serta warga kampus, malah kesedaran pendidikan dan persekitaran kesihatan yang baik.
"Di kampus, mereka bukan saja perlu bersedia menghadapi tekanan dalam proses pembelajaran berbentuk akademik, malah pelbagai keperluan fizikal perlu dititikberatkan bagi memastikan kesihatan sepanjang tempoh pengajian terjaga.
"Kewujudan PKU ini untuk membantu warga kampus jika berdepan masalah kesihatan selain melestarikan proses penjanaan ilmu dengan lebih teratur.
"Berpegang pada keyakinan, tubuh dan minda sihat mampu menjana kecemerlangan, PKU UTM sentiasa membantu sesiapa saja mendapatkan rawatan bagi memastikan mereka pada tahap kesihatan terbaik untuk mencari ilmu," katanya.
PKU UTM ditubuhkan pada 1972 tetapi ketika itu hanya menjalankan proses perawatan asas. Pada 1997, ia beroperasi dengan lebih sempurna.i
Antara kemudahan yang disediakan adalah wad pemantauan dan kuarantin, pesakit luar, kecemasan, dialisis, rawatan ibu mengandung selain tiga ambulans untuk kes kecemasan dan kritikal.
"PKU UTM satu-satunya institusi di IPT yang tidak menggunakan kertas dalam proses rawatannya, sebaliknya maklumat dari awal hingga akhir dijana melalui komputer.
Dr Zaleha berkata, kewujudan perkhidmatan tanpa kertas itu bertitik tolak daripada kesedaran mewujudkan persekitaran mesra alam di kampus, selain menjadi pemangkin terhadap perkembangan dunia teknologi.

"PKU UTM bukan sekadar tempat penjagaan kesihatan, malah mendokong wawasan institusi mewujudkan persekitaran mesra alam bagi menjaga kebersihan kampus.
"Biarpun berbeza peranan, tanggungjawab dipikul tetap sama. PKU UTM turut mendukung aspirasi universiti ini menjadi sebuah institusi cemerlang dalam melahirkan graduan berjaya," katanya..(source)


I'm missing you~
truly,
Syahir Abu Sahmah
4thFeb2011-3.30pm
to love is always a gift from our God my friends..=)
alhamdulillah..
mood rindu keluarga terchenta
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua (ibu bapa) dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". (17:24)

pen off..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails