Saturday, 26 February 2011

pesan Imam Ghazali


  • Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita
  • Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita
  • Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita
  • Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.
  • Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya
  • Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujuraat : 11)


p/s : tertarik dengan kata2 Imam Al-Ghazali tentang fitrah sebenar pandangan manusia..
diri sendiri juga terus memandang dlm pandangn jahiliyah..
teringat abg afiq pernah cakap,

'perubahan itu bukan pilihan, perubahan itu adalah kemestian.' bertambah molek, bertambah baik dari hari ke hari..


stop labelling people and keep on pointing on their weakness and negative side..
i.A pasti ada sesuatu yg dapat kite ambil ibrah dari pandangn ini..
mudah2an mampu juga mengubah diri ini..
21 tahun dah bang.. tah berape lame lerr lagi baki yg ada, x nak sedo2 lagi encik syahir oii??
astaghfirullah hal azim..



pen off

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails