Thursday, 17 February 2011

salah siapa labu-labi

agak kencang juga berita2 dan kisah2 tentang ketidak-up-t0-standard-an graduan2 Russia di Malaysia,banyak yg menyakitkan dari yang menyembuhkan??
nauzubillah..
sejujurnya, selembut mana hati dipujuk, sedikit guris tetap dirasa,
teringat seorang sahabat bercerita pada diri,
pernah terfikir x ada yg nak berbelanja wang biasiswa pon masih teragak2 kerana fikirkan ianya wang rakyat dan saudara2 lain,
yg berbelanja dan infak wang biasiswa dengan niat moga2 saham pahalanya dibahagikan dengan semua rakyat yg sama membantu 'meminjamkan' ia.,
untuk meneruskan sederap jejak dibumi cinta ini,
terlalu byk yg harus redahnya
moga2 hikmahnya akan tersingkap jua,
insyaAllah,redha atas aturan Allah ini,
teringt doa waktu awal mula membuat keputusan dahulu,

"Ya Allah, sesungguhnya jadikanlah keputusan yg bakal dibuat ini, adalah yg terbaik untukku dariMu.."


Salah Siapa Labu-Labi

Teringat aku sebelum aku datang ke sini
Tawaran 'keemasan' aku terima dengan besar hati,
Membawa azam yg tinggi yang selama ini terbuku di hati
harapan ibu ayah dan seisi keluarga
utk melihat aku menjadi doktor
tidak aku salahkan sesiapa kerana ini adalah pilihan diri

kehidupan disini byk cabarannya,
tidak pernah tergambar utk aku tempuhi,
tapi itu lah takdir namanya,
tiada siapa yg perlu disalahi,
semuanya telah tercatat di atas sana

3 jam masa aku ambil untuk pergi dan pulang dari kelas,
belajar pula dalam bahasa yg tidak difahami
berhmpit2 di dalam bas dan kereta api,
muka dan kaki ku kebas oleh sejuk salji,
tidak salah semua ini, semuanya cabaran yg Allah beri,
untuk masa depan satu hari nanti

keselamatan di sini pada Allah sahaja aku serahkan,
tidak cukup dipukul diterajang,
org asing ditikam dibunuh mati,
dalam kereta api letupan pengebom berani mati,
esok pula meletup lapangan terbang yg selalu kami lalui
mereka juga tidak salah, salahnya sistem yg sedia ada ini

bukan aku ingin meminta simpati,
apabila ada yg mengata itu dan ini,
kerana seorang semua dituding jari,
aku disini ikhlas utk menimba ilmu yg diberi,
tidak salah niat di hati, utk membantu suatu hari nanti

Fahamilah masalah kami disini,
sebelum menghukum membuta tuli,
aku budak baru belajar
kalau salah tolonglah ajar,
tolong selesaikan masalah kami,
bukankah itu lebih baik dari mengaibi
Tolong jangan salahkan kami
Hanya tuhan yg lebih mengetahui, daripadanya kita datang dan kepadanya kita kembali.


p/s: tulisan saudara hazwan zharif, cukup mengambarkan isi hati kami yg masih disini..moga2 Dia titipkan kekuatan dan tabahkan hati2 hamba2 dibumi cinta mencari redha ini..bersihkan niat lagi tuluskan hati menimba ilmu lillah hi ta'ala..

“Dan di antara mereka ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya.”
(Al-Baqarah: 207)


moga Allah redhai perjuangn ini..
aminn ya Robb..

pen off..

2 comments:

  1. assalamualaikum doktor...
    teruskan berjuang agar tak terbuang...

    buat yg mengaibkan anda & rakan seperjuangan, katakan pada mereka, "ade aku kesah??" Thehehe...

    senyum2 slalu doktor... :)

    ReplyDelete
  2. apa maksud berita tu syahir??
    ada pihak yang mempertikaikan kredibiliti graduan malaysia dari russia kaa??
    aiyoo. apa ni?? tak sudah tak sudah. setahu aku graduan malaysia sendiri tak menentu, sibuk pulak pasal bebudak malaysia kat luar sana. banyak je bebudak jpa kat sini habiskan duit dengan membeli benda yang tak patut :|

    melayu melayu, kuman seberang laut boleh nampak, gajah depan mata tak nampak.

    takpelaa syahir, aku tahu kau seorang yang tabah dan penyabar. kau boleh. aku doakan kau berjaya. buktikan pada mereka KAU BOLEH!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails