بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
tahukah KITA kemana arah ingin dituju. dan tahukah kita apa yg sepatutnya KITA buat???
sudah pasti masing2 akan ada jawapan masing2. xkurang juga jawapan skema yg KITA rasa org yg tanya tu nak dengar kan.
tapi KITA tahu x? sedar x? perjalanan ini jauh. sangat jauh. dan sangat payah. jadi apa ya yang perlu KITA perbuat?
merasa kecewa dan putus asa? atau cuba dan terus mencuba. walaupun pelbagai rintangan dan halangan yang kan melanda. kerana DAKWAH dan TARBIYYAH itu NADIKU. takkan mungkin aku mampu hidup tanpanya. aik??? dimana Allah?? mana letaknya Allah dalam hidupku??
habis tu takkan lah aku buat semua ni sebab suka2 jer. rugi dan bodohlah aku kalau macam tu.
kalau sebab aku xnak ketinggalan mahupun kehilangan kawan, boleh x?
jadi sudah pasti aku lakukannya kerana aku tahu itulah tujuan utama ku.
agar aku terus dan hanya melakukan perkara yg diredhai tuhanku. habis tu macam mana?
pastinya sekiranya aku mentarbiyyah diriku ini dan kemudian aku menyeru manusia kepada pentarbiyyahan diri dan aku sama2 membimbing dan membantu mentarbiyyah mereka. agar mereka akan terus mentarbiyyah diri sendiri dan mentarbiyyah org lain.
kerana yang KITA inginkan hanyalah orang yang boleh melahirkan
orang yang boleh melahirkan orang yang boleh melahirkan
orang yang boleh melahirkan orang yang boleh melahirkan
orang yang boleh melahirkan orang dan hingga akhirnya
semua manusia tunduk hanya pada-Nya.
nampak macam mustahil kan? dengan keadaan umat yang serba serbi teruk ini. namun aku yakin, bukanlah end product yang Allah akan lihat namun how the process go yang akan menentukan aku mampu lulus mahupun kecundang. yang penting apa yang KITA buat?
apa yang KITA nak buat dan apa yang KITA dah buat. inilah MIMPIKU. inilah OBSESIKU. inilah IMPIANKU. INILAH TUMUUHATKU.
dan juga inshaallah TUMUHATUUNA......
agar dengan mengingatinya KITA akan sentiasa berada dalam HIMMAH yang tinggi. yang tiada apa pun yang mampu meruntuhkannya.
kerana KITA LAKUKAN INI SEMUA KERANA ALLAH.................
(dikongsi dari )
p/s :
biarkan cita-cita mu terbang tinggi ke bintang, kalau2 ia jatuh, mudahan hinggapnya di bulan..=).. tapi jangan pula keliru antara cita-cita dan angan-angan..cita-cita disusuli dengan amal tapi angan-angan bilamana hanya mengharap sesuatu itu datang jatuh ke genggaman tangan.. cita-cita akan buatkan kita berfikir untuk merancang masa depan, tapi angan-angan hanya buatkan hatimu khuatir memikirkan mungkinkah ia datang menghampir..
jadilah seorang yang hidup dengan apa yang ada pada dirinya hari ini kerana 1 ringgit yang ada dalam alam rialiti lebih jauh besar maknanya dari 1 juta yang ada di alam fantasi dan mimpi... =)
acewah berfalsafah filosopi pulak memalam ni kan.. wallahualam.. cuma terbaca sedikit di situ dan sini.. dan rasa macam best untuk di kongsi.. =) k dah leh sambung study neuro.. 3 cases cigu bagi mau buat siap esok juga.. tadi skype dengan ma 2 jam..woo puas hati.. siap sempat bincang pasal case neuro tadi tu lagi u.. macam h.o present pd specialist die pulak..hehe.. anyway, again, this not so little guy is about to talk about him being so homesick and rindu rumah .. ok stop.. cukup..
biar cinta terbang, asal cinta itu kerna DIa dan untuk dia yang berhak menerima juga kerana DIa..=)
pen off..
No comments:
Post a Comment