Thursday, 1 March 2012

cuma bertoleh diri memandang mereka..


sorry pd diri sendiri...pada asalnya niat dihati utk mematri kan (cewah) sesuatu pd 29 feb since die dtg 1 kali je dlm 4 tahun, tp well.. 29 feb ni dipenuhi dengan pelbagai ujian Allah beri.. ke-plastik-kan dunia dan isi isi nya.. bagaimana peribahasa secangkir susu disorong, sebekas tuba di pulangkannye.. ujian kesabaran tahap tinggi yg Allah tarbiyahkan buat hamba lesu ini..

dibaca dari bawah ke atas mungkin..

wallahualam.. jika dipikirkan,, kebosanan pada paradikma dunia yang suka benar akan stereotipis nya.. sentiasa berbuat benda baik semata bukan jadi tiket utk satu benda buruk yg dilaku di hempuk sekeras2nya.. apapun yg kite buat, pasti akan ada silap dan salahnya.. tiada label maksum lagi buat manusia selepas wafatnya baginda S.A.W.. jadi, tak kire lah anda PM ke president ke, anda ustaz ke ustazah ke, ikhwah ke akhowat ke, akh ukhti bla bla bla...hatta pakcik jual tempe pon, semuanya kan manusia yang takkan lepas dari sekumit dosa pada perlakuannya..


Anas Bin Malik radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

كُلُّ  ابْنِ آدَمَ  خَطَّا ء  وَخَي رُ  الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ . رواه ابن ماجه   

Artinya: “Setiap anak Adam sering melakukan dosa dan sebaik-baiknya orang yang melakukan dosa adalah orang-orang yang bertaubat”. HR. Ibnu Majah, no. 4251, dan dihasankan oleh Al-Albani.


  jadi diri terasa kurang pantas jika semua makhluk2 atas muka bumi ni asyik di hukum dengan kesilapan lampaunya.. dalam hadith 40, hadith yg ke 4.. betapa suratan takdir tu solely letak nya pada Allah.. siapa lah kita manusia untuk menghukum itu dan ini..

 peringatan untuk diri yang selalu leka jugak lalai ni.. diri ni langsung x baik, tp jauh di sudut hati, terpahat satu prasasti kumal keinginan untuk menjadi yang soleh.. untuk menjadi anak yg soleh, suami yang soleh , bapa yang soleh, sahabat yg soleh dan mampu meluaskan bulatan orang yang di sayang, agar soleh jua org disekelilingnya.. cinta perlukan menifestasi.. jika iman di bukti dengan amal, jika cinta pd rasulullah, amalkan sunah juga selawat keatas baginda..jika cintakan diri sendiri, buktikan dengan perlakuanmu hari ini.. mudahan Allah mudahkan urusan hariku, Allah ikhlaskan hati untuk mengikhlaskan hati dalam tiap plakuan diriku.. juga Allah pelihara lemah ini menyusuri jalanan sepi ini.. astaghfirullah. 3x.. 

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)




 pen off..^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails