Friday, 30 July 2010

jalan lagi..

trip berjalan2 mengenal tuhan sekali lagi...
doa2kn selamat pergi dan selamat kembali..
haa..batang kali..
sekarang giliran kamu..
=)

pen off..

Tuesday, 27 July 2010

insyaAllah....aku telah bertunang..


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... .....
............ .

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)
aku? kamu? tanya diri, ketok pale bia sedo..
@.@
..
insyaAllah..

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~



pen off..

Sunday, 18 July 2010

antara nikmat dan ujian..

alhamdulillah..
baru balik dari kampung..
kenduri kak jiha,
sempena tamatnye study ..
waa.. da bergelar Dr.. nikmat2...
agak bahagie rupa beliau dan family..
insyaAllah 4 tahun lagi, lepas juga diri ni..
amin2..

dapat juga beberapa hari lepak2 di pusat kesihatan UTM,
tgk2 n tolong2 kerja2 belakang dgn nurse2 yg sporting..=)
lihat realiti sebenar kejadian tuhan..
macam2 ragam manusia,
ada yg mengeluh,
ada yg demand lebih,
ade yg cepat melenting,
ada yg ingat tuhan,
ade yg redha dgn ketentuan..
macam2..
darah muda, cepat jugak aku nak melenting nye..
perlu didik diri ,
lebih banyak sabar, lagi merendah diri..
kecil juga ujian2 ini,
kalau nak dibanding kan dgn sahabat2 lain,
byk yg berkongsi rasa, lagi kuat diduga..
ujian Allah tu datang, untuk hamba2 yg mampu..
insyaAllah baik2 aja..

Sabda Nabi Muhammad (S.A.W) : "Sesungguhnya kami, para Nabi, adalah orang yang paling banyak diuji. Oleh kerana itu, Allah terus menguji pemimpin-peminpin mulia ini, agar mereka senantiasa berada di sisi-Nya dan tak lengah sedikit pun. Dia, Allah SWT mencintai mereka, dan mereka adalah orang-orang yang penuh cinta dan dicintai oleh Allah, dan pencinta takkan pernah ingin menjauhkan diri dari yang dicintainya.

baginda pon diuji,, lagikan kita..


sempat juga hadir ke satu majlis perkahwinan dihujung kampung,
nak melihat suasana kahwin ni kampung,
macam mana gaye nye lame bebeno x pergi..
yg baik2 tu ada juga..
yg terlihat mamat berbaju ronaldo, dengan jeans,
si macho berbaju hitam dengan rantai besi dileher macam antena penangkap petir,
pekerja jamuan dengan gelang besi di pergelangn yg x de nilai2 perubatan,
lagi si jambul coklat kekuning kuningan..
baru yg si kaum adam,
yg si hawa agak malas untuk aku describe kan..
oh bangsaku..
oh masyarakatku,,
oh umat seagamaku..
mengapa harus sampai begini,
-__-..
(luahan hati budak yg masih jahil dan x de la bagus mana,
yg sedih melihat saudaraku jatuh dibumi sendiri..)

diri yang baru keluar dari kawasan hitam,
dengan harapan berjumpa putih di halaman sendiri,
rupanya kelabu2 asap yg terpampang..
(mcm kate hazreen waktu lepak2 di angsana 1 hari b4 pulang ke kampung..)

haa..minggu ni sambung sikit lagi dengn pusat kesihatan UTM,
b4 balik ke Samura terchenta hari khamis,
jumaat ke Endau-Rompin trip dgn sedikit batch 24,
sebelom bertolak ke Labuan dan sekitarnye hari Isnin pagi utk 1 minggu..
schedule lepas tu x yah di post dulu la..
haha..cewah..
insyaAllah hrap baik2 aja semua..

x sabar2 nak start fasa ke2 jalan2 Malaysia ni..
huhu..

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Al-Anbiya’: 35)


semoga terus dlm redha Allah dimana jugak kaki ini berpijak..
amin..
insyaAllah



pen off..

Sunday, 11 July 2010

sunnat

perkara2 sunnat itu..bukan maknanya..kalau x buat xda papa..sila ubah persepsi diri..kalau x buat..RUGI!!..itu bonus Tuhan kasi jgn sombong diri..seakan-akan suma y fardhu complete cukup tanpa cacat..

kucai yg ingatakan.. bende yg selalu aku fikir begitu dan ternyate rase2nye lepas ni kene ubah..=)
jom ubah yok..


pen off..

awak ni klaka la wak..

bila mufti keluarkan bicara tentang haramnya percaya pada tilikan manusia,
apatah lagi haiwan,

ada comment yg menjawab, -
1) Biarkan saja orang macam ni, tak perlu cakap dosa ke tak.. Itu hak individu, tak perlu mempertikaikannya..

2) Typical Malaysia muslim. Why so concern about this. The Paul octopus is just for German fan and world cup gymic strategy. They dont like you all to follow them. So pls shut-up. Dont use this Paul to get cheap publicity. Thank you.

(sebijik aku copy cam comment tu tulis..)

x terasa hak mereka yg kamu pegang?
dikala kamu tahu dan jelas apa kebenarannya tentang sesuatu sedangkan mereka tidak?
masih ingin menyembunyikan kebenaran yg dah kite ketahui sedangkan mereka tidak?
mesti la kite nak kasi tau kan mana yg betul dan mana yg salah..
Sesungguhnya orang-orang yang Menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dila’nati Allah dan dila’nati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat mela’nati.
(Al-Baqarah :159)

nauzubillahiminzalik..
mohon dijauhkan..aminn


bangun la dari tido sahabatku..


pen off..

Saturday, 10 July 2010

surat cinta..

I'm so sorry but i love you..


agak sunyi hari ni sebb x keluar mana2..
=)
tapi ya, macam2 jugak dibuatnye

dan macam biase duit keluar macam air..
ya.. itu dia..

lepas subuh, lepak2 dengn mur yg baru sampai dari perak pukul 2 pagi semalam...

follow pergi ke pasar utk beli skit2.. - lama x gi pasar perling ni.. terase agak buruk perangai ..ok abaikan..

sarapan pon beli sekali..x sangka dekat jb pon dah start jual sate pagi2.. igtkan dekat muar je..huhu..

gi bsuh kereta pula.. rm 15? x tau sama ada murah atau mahal, tapi aku tetap nak tawar ngn orang tu, so end up denagn rm 12..

dan satu lagi bende yg aku terase sgt hari ni macam mana senng duit nak ilang.. bukan pada something yg masuk perut aku, but pada perut pajero gedabak ni..-__-.. haish..
minyak oh minyak.. even rm 100 letak dlm pon, still x penoh.. see? thats y i want to drive the smaller car ma..
x terase sgt minyak nyer..adoii.. pengsan2..

fikir2 balik, waa, baru gitu, aku da terase da, den macam mana d
engan parent gue yg isi perut mak lah tu sejak 12 tahun yg lepas?
belom fikir perot 5 beradik ni sejak 20 tahun yg lepas??
ish3.. byk en.. dush satu utk perut syahir,
dush dua utk tulang belakang plak..

syukur kerana masih diberi nikmat ini,
doa diri utk ma n abah,
semoga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki,
diberi kesihatan,
ditetapkan iman,
segala kesilapan kami harap diampunkan,
dan semoga dapt 5 anak2 yg soleh dan solehah..=D
aminn..

“Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu jangan menyembah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada kedua orang tua.

Dan jika salah satu daripada keduanya atau kedua-duanya berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu menyatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak keduanya. Dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan mulia dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, sayangilah mereka keduanya, sebagaimana keduanya menyayangi aku waktu kecil.” ”

(Surah Al Israa’: Ayat 23 dan 24)

sayangi mereka ya..=)


pen off..

Friday, 9 July 2010

tanye sama...

kenapa kau masih pandang remeh soal aurat?
T.T

program hiris hati ahmad syahir bin Abu Sahmah sedalam mungkin dgn itu ditambah garam secukup rase dan x lupa perahan air limau nipis, juga utk sape2 yg rase cuba resepi ini di rumah b4 tido mlm..

monolog dzatiyah utk fardiyah..


pen off..

Thursday, 8 July 2010

.......

umm, sya perlu kuat..
dan kene jadi kuat..
go syahir go..
dzatiyah2..
-____-..
tahu, mahu , mampu , tapi x disusuli laku.. x dapat jepp.. x dapt....
yosh..
kamon2..
kepade syahir tersyang, sile tabah2 selalu..
aminn..


pen off..

Tuesday, 6 July 2010

Aspirasi Samura 2010

Alhamdulillah,
selepas menyimpan hasrat selama 4 tahun,
dapat juga join program ni..
awal2 time terfikir yg mungkin aku x dpt join program ni for the next 6 years,
hampir nangis jadinye..
ouh..sadis2,,
alhamdulillah.. Allah aturkan segala,
syukur padaNya , sebb Dia yg lebih tau tentang hamba2Nya sedangkn kite tidak..
haa..
misi utama:-

- tenangkan student2 SPM yg mungkin tertekan, main2 dan suka2
- ingtkan kembali aim utama di Samura utk SPM
- berpijak dibumi nyata dan terus nyalakan harapan diri, ibu bapa, dan agama..

syukur juga sebb ramai fasi2 yg terlibat.. spm 2007,- fuad, palam, tedu colgate, pachy, ros n feeza misrin.. dapat juga bkenalan n bsahabat dengn senior2 samura lain, spm 1985, 1987, 1999, 2002, 2004 , 2006 dll..abg mohsin,abg nizam, herman, noh , fadli, buyak, hisyam, iqbal, hisyam, kak JR, kak zira, kak hani, kak farah, kak yana dan lain2 lagi..datang dengan satu harapan, harap dapat dikongsikan apa2 yg baik dan ingatkan agar tidak mengulangi kesilapan kami dulu..

Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang-orang mukmin"
( Al-Zariyaat :55)
cerita2 dengan adik2, berkongsi rasa, menyelami jiwa remaja masing2, sungguh, byk yg aku pelajari dari mereka.. betapa tidak semua antara kita yg bernasib baik, di beri segala sesuatu,


umm, mungkin kadang2 aku terlupa, sesuatu yg aku anggap biasa dan remeh, boleh jadi berharga pada mereka.. kene lerbih selalu ingatkan diri utk bersyukur..insyaAllah..

turut ku ingatkan juga betapa harapan ibu bapa pada diri ini, kasih sayang dn pengorbanan.. sesuatu yg hanya menjadi bukti lisan, andai tidak diresap masuk kedalam hati dan diterjemah dlm laku..
paling menarik hati ni, bagaimana salah satu LDK dlm prgram ni, dimana, setiap kumpulan harus mereka bentuk dan menghasilkan satu ciptaan projek, dari barang2 terpakai dan terbuang, dlm masa satu jam,,

sungguh keras usaha mereka aku lihat, berganding bahu bersma agar selesai dgn projek terbaik dan mampu dibanggakn2...

tapi apa yg aku buat, aku kritik dan hancurkan projek mereka itu dlm 5 minit..
aku punahkan segala harapan mereka utk lihat projek itu berjaya dengan kata2 tajam dan laku yg sgt jahat (bagi aku la)..kebetulan kak JR, teman segroup aku, fasi berpengalaman luas,,
aku x de pilihan lain selain mengharap agar budak2 ni dapat sesuatu dari perbuatan kami tadi,,

macam mana yg dirasa waktu projek 1 jam dengn barang terbuang itu musnah?
nak di bandingkan dengan projek jangka panjang 17 tahun dengan segala mampu wang, keringat dan pengorbanan ma n abah,, kalau x betul2, bukan tangan fasilitator, tapi kaki diri sendiri yg menghancurkan segala dan musnahkan impian lama ma n abah..

Sentuhlah hati mereka dengan cara kamu. Semoga hati kamu juga tersentuh.
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui mereka yang mendapat petunjuk"-125 surah al-Nahl.

waktu aku berbicara dengan mereka,
terdetik di hati ni, macam mana kalau diri sendiri x menterjemah sesuatu yg dilafaz kepada laku,, nauzubillah.. harap selalu mengingatkan diri dan di beri peringatan Illahi..aminn..

kesempatan ni juga , abg nak minta maaf pada adik2, kalau2 ada kata2 dan tingkah yg mengguris hati, terlanjur segala, ampun dan maaf dipohon,,
insyaAllah x ada niat lain selain berkongsi dan harap2 kalau x byk, sikit pon jadi agar putik2 kesedaran tercambah.. insyaAllah,

mungkin diri juga masih byk lagi kekurangn, serta mungkin belum sedar, sebb tu perlunye ada sahabat2 dan sedare2..=)
yg suka dan sudi mengingatkn diri ini.. terima kasih sgt3 sebb sincerely, i gained a lot from this experience of knowing you guys..

all the best n good luck utk SPM 2010 ok?=) insyaAllah abnag doa2kn agar dipermudahkan segala.., diberi kesihatan, ditenangkan fikiran, dilapangkan hati,dimurahkan rezeki,
lagi di tetapkan iman dan terus mengejar cita kalian.. berjaya bukan saje di dunia.. tapi diakhirat jua.. doa utk kalian dan diri sendiri juga sebb abg juga manusia..=)..
to rakan fasi.. terime kasih juga atas segala bantuan dan tunjuk ajar.. once, pernah terfikir yg mungkin diri ni boleh bangun sendiri tanpa teman di sisi, tapi rupanya, kehadiran itu ternyata satu yg perlu agar diri ini terus dlm keadaan mampu utk memberi lagi..
terime kasih sekali lg.. kalian mmg tebaik..=).. x tahu sama ada masih mampu utk join tahun depan, tapi yg penting, kalau berpeluang dan diizinkan.. insyaALlah akan join, ..aminn..
semoga bjumpe lagi dan doa2 agar diri diberi kesihatan badan lagi diteguhkan iman.. insyaAllah..

jumpe lagi..=)
all the best sume..=D

pen off..

Sunday, 4 July 2010

teaser Program Aspirasi Samura 2010


(maaf ksilapan teknikal skit, waktu recording.. =)
. ulasan lanjut pada entry seterusnya beberapa hari lagi.

sedikit preview dari aspirasi 2010..
insyaAllah bila ada masa skit,
satu entry utk program ni..=)




pen off..

Tuesday, 29 June 2010

bercuti2..=)

hoo, sesak betul summer break tahun ni..
yesterday night tgh tgk2 bola,
tok lah call...
rindu barangkli..=)
hampir 20 minit juga cerita2 n sembang2..
cam mane life x de bibik,
makan apa,sapa masak,
idola yg unggul tu siapa,
jgn tgk bola je,
tgk juga discovary n documentary..
sampai cerite2 ke london n aussiepon tok lah story skali..=)
maju2 nenek ku..=)
aku senyum lagi, dan last sekali,
tok lah ajak ke labuan..
ke rumah uncle,..
berdua.. sebb aku sorang je yg x jejak lagi kesane,
1 minggu..
rase cam dah packed sgt jadual,
sampai x tak tau nak selit mana yg seminggu tu..
huu..
dilemma betul la..
-___-

next activity- program Aspirasi Samura 2010..
hujung minggu ni.. dah daftar as fasi dah yesterday..
punye la xcited..huu..
mimpi jadik reality..=)..
impian yg disimpan dari dulu kala zaman form 4,
satu ahri nnti nak jd fasi macam abg fasi yg in charge aku dulu...
igtkan x dpat join smpai abis study sebb selalunye clash ngn study di russia..
mane tau dapat rezeki ni..
alhamdulillah..syukur sgt2..
akmal (abby) msg ,sedih katenye x dpt join,..
katenye , sambil2 menyelam tu minum air skali..=)..
bermotivasi2 tu, cangkuk2 yg satu tu jugak..hihi..
insyaAllah boleh2..kene buat preparation gini..
adik2 tunggu na,, abg on the way ni..hahaha
all the best utk SPM samura 2010 insyaAllah..
=)

dlm2 sibuk bersuka suki cuti2 ni..
hope mutabaah amal x di lupe dn ditinggal ye syahir..
harap2 terus kuat waktu cuti ni,
sebb tarikan2 bersuka suki lagi lerr kuat..
kalau dzatiyah yg mampu, itu la yg kutuju dulu..
boleh2..insyaAllah..
x cuti dlm waktu cuti..
'berpuasa' yg x buka2..
x nak gitu..aminn..


p/s: huu.. aku sudah rindu.. adeh... T.T




pen off..

Monday, 28 June 2010

sahabat..


 
credit to pu3 for the photo

alhamdulillah, hujung minggu yg best,
trip ke trengganu,
menziarahi sahabat,
yg telahpun melangsungkan perkahwinan,
bagai terkelu lidah seketika,
membayangkan, kesanggupan menerima tanggungjawab sebegitu,
pada usia yg sebegini,
semoga kau tabah selalu,


Mendirikan rumah tangga itu mudah,
yg susahnya melentur ia menjadi baitul muslim,
seiring dengan guideline2 jelas
dari Dia dan 'kekasihNya',

x byk yg mampu aku ungkapkan pada kau,

selain titipan doa juga harapan ,
agar menjadi suami yang soleh lagi musleh,
utk isteri dan keluarga yg dipimpinmu,
kau mendidik diri menjadi soleh,
dan membaiki keluargamu ,

utk turut menjadi soleh dan solehah..
manusia itu lemah,

mesti ada naik dan turunnya,

tapi harap2 kau jaga ketika naiknya,
disamping
sedar tatkala turunnya menjelang,
insyaALlah baik2 saja kesucian diri,
bersama keluargamu terchenta,



sahabat..



hidup insan kerna hatinya,
nikmat hati kerna imannya,
bukan pada jasad yg fana,
tapi pada iman pembangkit lena..


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).”

(HR Al Baihaqi)
dari sini


aku juga kurang pasti sekerap mana aku selalu gilap hati ini,
semoga terus kuat dikau ketika dibawah,
dan terus kan gah waktu diatas..
semoga diri terus beringat, diingatkan lagi mengingatkan..



pen off..

Monday, 21 June 2010

Story: Allah's Mercy

Coppied from facebook..


Imam Raazi rahmatullahi alayhi has written a story narrated by a pious person. The person narrated, “One evening I was walking along the riverbank, suddenly my eyes fell upon a scorpion walking in front of me. A thought occurred to me that this is also the Creation of Allah Ta’ala and Allah Ta’ala has created it o...ut of some wisdom and reason. I did not know where it was coming from and where it was going to, or where its home was.

I thought in my heart that I have got time; I have come out for a walk, so I will follow this scorpion. Therefore, I followed it. The scorpion stopped at one point on the riverbank and I stood near it. After a short while I saw a tortoise swimming towards the scorpion. To my surprise, the scorpion jumped on to the back of the tortoise and mounted itself on it. As this was an extraordinary occurrence, I was determined to see where the scorpion would go. I also tagged along to see what happens.

The scorpion jumped off the tortoise's back at the other side of the riverbank and hurried along in a certain direction. Further on I saw a man sleeping under a tree. I thought to myself that the scorpion might bite the man; therefore, I should quickly awaken him. Just as I reached him, I saw a poisonous snake with its mouth wide-open standing by the head of the man. Suddenly the scorpion confronted the snake and stung it so decisively, that the snake fell onto the ground helpless.

As this amazing incident unfolded before me, I thought to myself that this must be a very pious man. I approached him to request for duaas but was astonished to find him in a state of drunkenness. Just then the man woke up, and I narrated to him the incident that had just taken place. The man was very touched by what he heard and immediately repented. Allah's Mercy is always directed towards His bondsmen, only if we were to turn towards him.”

Remember, my friends, the Hadith Qudsi narrated by our beloved prophet Muhammed (pbuh), that Allah says:

"O son of Adam, as long as you call upon Me and put your hope in Me, I have forgiven you for what you have done and I do not mind.
O son of Adam, if your sins were to reach the clouds of the sky and then you would seek My forgiveness, I would forgive you.
O son of Adam, if you were to come to Me with sins that are close to filling the earth and then you would meet Me without ascribing any partners with Me, I would certainly bring to you forgiveness close to filling it."

"O my Servants who have transgressed against their souls! Despair not of the Mercy of God: for God forgives all sins: for He is Oft-Forgiving, Most Merciful. (The Noble Quran)
(39:35)


pen off..

Sunday, 20 June 2010

slamat jalan..=)

Night after night
I hear myself sayin´
Why can´t this feeling just fade away?
There´s no one like you ...
You speak to my heart...
It´s such a shame we´re worlds apart ...
I´m too shy to ask ...
I´m too proud to lose
But sooner or later I gotta choose
And once again I´m thinking about
Taking the easy way out ~

عَنْ قَزَعَةَ قَالَ قَالَ لِى ابْنُ عُمَرَ هَلُمَّ أُوَدِّعْكَ كَمَا وَدَّعَنِى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
Astaudi’ullaha diinaka wa amaanataka wa khawaatima ‘amalik
Dari Qoza’ah, dia berkata: Ibnu Umar -radhiyallahu’anhuma- berkata kepadaku, “Kemarilah, akan kulepas kepergianmu sebagaimana ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallammelepas kepergianku (yaitu dengan doa),
(Aku titipkan kepada Allah pemeliharaan agamamu, amanatmu, dan akhir penutup amalmu).”
slamat menamatkan tahun 6 kalian ye..
jauh2..hanye doa mampu dititipkan..
all the best and happy always ..
baik2 saje semua insyaAllah..
=)



pen off...

Saturday, 19 June 2010

smile..=)

akhirnye sampai ke bumi malaysia ni..
huu..
macam2 dugaan lepas..hehe..
tiba sabtu lepas, still x jejak ke rumahku di jb lagi..
sampai KLIA terus gerak ke Melaka melawat nenek,
esoknye hari khamis ke Muar juga kampung terchenta ku.,
boleh pula auntyku yg sorang ni, buat surprise ..
-__-..

sabtu ni mak lin tunang ye Caer..
kan caer juga yg kasi tau suruh tunggu caer balik..

adeh.. x sangke lerr cepat gitu sekali..
balik dari moscow ngn 2-3 helai baju je..
baju melayu pon x bawak..
adus,,
spoil majlis betol la..
n masalah paling besar, rambut x potong lagi..adoii
malu je ngn orang kampung..
so pagi2 sabtu yg hening, aku n fuad pon keluar lerr ronda2 bandar muar pukul 9 pagi,
waktu majlis nak start kol 11 pg,
cari kot2 ade kedai gunting yg dah mule bukak..
mmg harapan tinggal harapan je arr..
30 minit pusing2 dari jambatan muar sampai lerr dah nak dekat bakri di usha2,
akhirnye jumpe juga satu,
kedai nyonya cina pon layan la..
dengan salah2 potong nye..
tah ape2 nyonya tu, aku pon balik,
atok ade pesan, katenye rambut tu panjang ,
nnti bile potong, mintak nyonya tu kumpul, nak tanam,
so aku pon mintak la nyonya tu dengan selambe nyer..
habis la cerite majlis pertuangn mak cik ku,
walau dengan rambut kongkang ala2 actor taiwan yg x sempat nak debut(merepek)
tahniah maklin yerr...

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

ma n abah, perasan x makna tersirat disebalik post kali ni?? wink2..=)..
hahaha..
gurau je la..=P

currently in kuala kangsar, utk hantar si bujang bongsu ni balik mckk esok..
best la skolah nye ...
lawa n besar,, x pe arr.. nnti samura bile dah 100 tahun beso jugak..
x de hal nyer la..
come on mr. Samian bin Sawiyo..
kami alumni sentiasa di belakang anda..=)

dan esok juga nak drive balik ke jb semula,,
harap 2 balik2 aje..
cam ne lerr rupe JB sekarnag..
(hukeleh poyo abis, cam lerr dah 10 tahun x balik )

walau entry kali ni cam kurang bererti sedikit,
sebab hanye memahatkan pengalaman penulis tentang beberapa hari hidupnye di malaysia ni,
tapi insyaAllah akan bertambah baik pade masa2 hadapan..
mungkin kerane dipengaruhi angin Malaysia ni kot..=P..hehe..

apa2pon ucapan selamat kepade pertunangn Haslina Binti Nasir dengan pasangannye Ahmad Absar Bin (si polan) -( maaf x igt cik absar..T-T).. semoga pertunangn kalian terus alam perkahwinan, terus lagi dengan zuriat2 ceria dan zuriat kepade zuriat yg comel2..semuanya dlam iman dan redha Allah ta'ala..
doa dari anak sedaremu, yg byk kamu tolong sepanjang proses pembentukan sahsiah dan jugak lahiriah kehidupan ahmad syahir pada hari ini, terime kasih abg ucapkan ye..=).x terbalas budi dan laku maklin pade kami..=)hakikatnye semua datang dari Allah ta'ala..
do take care..=)
gembire tatkala seisi keluarga dan saudare berkumpul, sgt mmberi makna pada diri, melahirkan senyuman keriangan waktu kecik2 dulu.. senyum dalam syukur syahir ye..=)..

A smile is something you can't give away; it always comes back to you.

p/s: berehat utk mencube lesen P yg telah lama dibiat berhabuk dlm fail..kepade hafiz aizat hamiat juga kakanda wadie , jgn putus asa, boleh amik lesen mandu cuti nis ebb ni je cuti last yg panjang, kalau x, ucapan selamat la ye amik waktu abis H.O sewaktu umur kalian mencecah 27 tahun..
=)..hehe..



pen off..

Monday, 14 June 2010

Alhamdulillah..jgn lupa ucap tau..=)

salam semua..
ambil masa sikit je utk rakam kan last entry dari bumi moscow ,
as a 2nd year student..
alhamdulillah syukur sgt sebab diberi peluang ni..
diwaktu ada yg terkontang kanting mencari sebungkus nasi,
carik sekampit beras,
alhamdulillah, kerna diberi peluang ini,
terime kasih kerajaan malaysia..=)
walau hakikatnye diberi pinjam Allah..
kadang2 terasa seperti financial freedom seketika,
tiada masalah duit langsung..
namun kenapa masih ada rasa berat untuk menhulurkan sesuatu?
mungkin terlupa yg segala kepingn2 wang kertas tu adalah sekadar pinjaman,
sekadar ujian dari Illahi, utk menilai sejauh mana taat hamba2nya..
diberi duit pon ade ujian? masyaAllah.. masih kecil lagi medan jihad diri kite kalau nak dibanding dengan sedare2 di Palestin sana dan lain2..

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

(Al-Ankabut: 2 & 3 )

alhamdulillah walau apapun ujian yg melanda dan melintang,
jom kita ajar diri utk redha dan bersangka baik pada Allah..
kerna Dia lah yg lebih mengetahui tentang hamba2nya sedang kite tidak...

jumpe di Malaysia nnti kawan2..=)..
insyaAllah..hehe...

wuu.. nak balik da ni..harap2 kurang pembaziran waktu, dan tingkatnye prestasi..=)
bak kate Hazreen, jangn cuti 3 bulan, rohani nyer pon 'puasa'3 bulan jugak.. balik sini balik x buka2..=).. tangkap masuk hati waktu dengar tu semalam,
sebabnye,, mmg itu yg berlaku waktu balik 1st year summer tu..=)

apa2pon, kita hanya merancang dan Allah juga merancang, serta ingat lah yg Allah itu sebaik2 Perancang..=)..

good day semua.. take care ya..
tumpang lalu n balik dulu..=)


pen off..

Sunday, 13 June 2010

slamat melangkah ye awak...

alhamdulillah bernafas lagi hari ni..
nama pon aktiviti lepas xm,
mmg macam2 juga yg dah diplan nyer..=)
semalam, futsal dengn kawan2 yg lain, lama betul x main dgn diorg..
huu.. sampai terseliuh kaki ..adeh..
so, terlepas la peluang utk ke jamuan makan di kuzmin hari ni,
all of them were going xcept 4 me, sitting here all alone typing this post..haha..
x pe2... rehat2.. utk kemaslahatan cuti di malaysia nnti..=)..
esok pula plannyer, ke arbat utk beli skit2 barang..
sebelum ke picnic di m2 sebelah petang nye..
dan selasa terbang la ku ke malaysia , (kalau x de masalah ticket..)

2 hari lagi akan balik,
byk sebenarnye significance yg tersirat disebalim pulang summer tahun ni..
uhh, cam leh buat tajuk buku sey..
the significance of my summer break 2010..haha..ok hambar... abaikan..
umm, antara yg terbesar la kot,

ialah bepisah dgn sedare2 senior tahun 6 kali ni..
mungkin kerana ramai dgn beberapa mereka,
terasa sgt...T_T
harap x dilupakan kami disini..=)..
post kali ni mmg didedikasikan utk mereke2 ni..hehe..
sejujurnye, lebih akrab dari sekadar seorang senior,
dari seorang sahabat,
dari seorang abang,
dicari perkataan apa yg sesuai,
susah nak jumpe melain kan satu
'keluarga'
abg awe, abg afiq rushdi, abg rafeeq, hazreen, acap ..
terime kasih sgt3 atas bimbingn..
kate abg rafeeq,'alangkan nabi pun kene tinggalkan umat bila sampai waktunye,' perpisahan tu sunnatullah utk setiap pertemuan kan..
insyaAllah kami doa2kn agar kalian jugak baik2 utk alam pekerjaan nnti..

mesti lg byk dugaan en? =) harap2 Allah tabahkan hati2 tu,
dan doa kami, agar ukhuwah yg terjalin ni,
diredhai lagi dipelihara Allah,
agar sentiasa dibawah limpah rahmatnya..
aminn..

Izinkan lelaki itu pergi
Walau kakinya bagai terpasung luka
Walau hatinya tercalar bisa
Izinkan dia melangkah jua

Tangismu tidak dilupakan
Bukan dia tega
Bukan dia rela
Tetapi dia terpaksa...
Izinkan dia pergi jua

Di hatinya ada wahyu yang merayu
Di situ tidak pernah ada tunggu
...walau terjerat, walau terikat
Dia mesti pergi jua

Ah, genderang itu telah berbunyi
Dia terpaksa pergi
Jangan kautunggu lagi
Mari pergi bersamanya
Walau terseksa... lelaki itu kan pergi jua

-Ust. Pahrol Hj. Juoi-


all d best n doa2kn utk kami juga ye..
jumpe lagi bila2 ada kesempatan..i.A~=)
selamat melangkah ye awak, awakk dan awak..
kami akan teruskan langkahan ini juga,,=)


p/s: fikir2 barang ape lerr yg nak dibawa balik msia.. macam x de sgt je.. @_@..
kene carik juga kot sikit..=)


pen off..

Friday, 11 June 2010

permulaan yg diteruskan..

salam..
alhamdulillah..
lama benar rasenye tinggalkan entry2 utk blog ni..
byk yg berlaku beberapa minggu kebelakangn ni..

exam pon dah lepas..alhamdulillah..
walau macam2 ceritera tentang 2nd year ni..
x semua yg kite nak akan kite dapatkan..
byk orang2 baik disekeliling terus menguatkan diri ini..
syukur dengan kehadiran mereka..

kau x sentiasa diberi apa yg dimahu,
tapi insyaAllah, kau akan diberi apa yg perlu..

mungin terlalu gembira dengn pencapaian kertas xm yg 1,
Allah nak ajar dengan sedikit rendah diri dan sabar utk kertas ke2,
terlalu yakin dengan usaha barangkali,
hingga terkabur seketika tentang pasrah,
dan hak rezeki dari Allah Ta'ala..
astaghfirullahhalazim3x..

apa2pun, penutup untuk tahun 2 pengajian ni,
masyaAllah, segala puji bagi Allah,
byk yg rasa belajar,
ilmiyah mahupun pmbentukkan diri,
mematangkan lagi jasmani dan rohani i.A..=)
harap2 tulisan kali ni menjadi permulaan yg diteruskan,
agar dapat terus membasah kan hati sipena yg mencorak,
yang mungkin keringnya kerna kurang peringatan,
mungkin jua tandus kerana kurang mengingatkan..
x tahu bila dan dimana penghujung tulisannya,
tapi yg pasti ,
insyaAllah akan kucuba semampu daya,
sebaiknya..i.A
aminn..

byk juga nak tulis ni,
tapi x pe la.. sikit2 dulu ya..
nak start kemas2 barang juga,
sebab lagi 4 hari nak balik ke Malaysia terchenta..=)..
mesti org msia dah rindu kan..
cececee...kan3..
rindu la tu..bek ngaku..=)

huu..
how i miss my family..
the smile of my mom,
the comfort words of my abah,
and 1001 of colours n stories from my brothers n sister..
jumpa nnti ya.
insyaAllah kalau panjang umur..
=)

pen off..

Tuesday, 25 May 2010

lupa dan aku...


Waktu sendiri,
merona sepi,
tanpa teman ,
kadang2 jatuh iman,
bila marah,
semua tak terarah,
pabila sunyi,
diajar cari Illahi,
tanpa renung,
jauh dari Penaung,
masa suka,
sedia duka menimpa,

hati gundah,

ubati dengn lidah,

ingin berjaya,
jangan selalu leka,
ingin meniti dunia,

akhirat mesti dijaga,

dikala jiwa tandus,
doalah dengan tulus,
dengan fikir,
dekat dengan zikir,
bila rindu,
ingatlah Dia selalu,
ketika berharap,
sedari tiada yg lengkap,
dan mahukan sempurna,
insyaAllah tunggu di Syurga...

kekeringn dan tiap yg kering,
pasti mahukan siraman,
agar kontangnya hilang,
jiwa insaninya mekar kembang...

kenapa lupa dan aku?
kerana aku ialah manusia..
-sungguhkuharapdiritabah-
aminn..


pen off..

Thursday, 20 May 2010

t-shirt t shirt...~~

ade tag di facebook, promoting somw t-shirts from brotherhood...
some of the designs are really nice..
=)
tshirt-4you.blogspot.com/
byk tshirt2 lawa..
ini salah satu je..
kalau nak order gi kat website tu ,,
ini just tolong promote kan aje..
=)..
maklumat2 penghantaran semua x tau..
=D..

p/s: 5 minit break lepas mcq biochem..huahuahua..
k k sambung2..=)

pen off..
Related Posts with Thumbnails