Friday, 30 April 2010

sejauh mane eh??


Try not to become a man of success but a man of value

i saw this on my cousin's status..
tibe2 terfikir,
kite dlm group mana?
jawapan skema mesti la yg ke2 kan?
tapi apapon jwapan tu, jujur ke kite dengn jawapan yg kite pilih??

umm, kalau x nak pilih boleh x?
to become a man of success AND a man of value,
its not impossible kan,
as long as we stick to our 'guide book'..
but so far, did we really take it as our most valuable manual,
or only to be recited in order to complete ur mutabaah amal every day?
or even worse, being kept dusty on ur table untouched?
wallahualam..
harap2 x begitu..
sama2 la pupuk hati jadik generasi Al-Quran dlm amal, diri dan gaya hidup...
coz we are 24h-365d..
bukan sometime tapi full time muslim..


Daripada Abu Hurairah, bahawa sesungguhnya Rasulullah r
telah bersabda (mafhumnya): “Bersegeralah dengan melakukan amal-amal! Sebelum berlaku fitnah seperti kegelapan akhir malam yang gelita, (di mana) seorang lelaki itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang atau ia beriman pada waktu petang dan menjadi kafir pada waktu pagi. Dia menjual agamanya dengan kesenangan dunia.” (Hadis riwayat Imam Muslim

moga2 dijauhkan dari sebegitu..amin..



pen off..

Tuesday, 27 April 2010

biar dirimu cilik..

suka dengar..
biar kecil, tapi sungguh bermakna rasanya yg kamu ingatkan ..
terime kasih wahai adikku Bunga..



biar dirimu cilik, tapi yg kamu bawa sgtlah besar..
syukran adik,


pen off..

Sunday, 25 April 2010

pakcik oh pakcik terime kasih sebb ingatkan saya..

fuuhh...tiup habuk skit.. (lame seyy)
lama rasenyer x de update..
alhamdulillah biochem test utk protein habis dah..urea cycle la, ape la..huu..
punya la x ingat formula histamine degradation walau pagi tu baru lukis pagi b4 tu..
adoii..x de rezeki.. yg penting rasa dah cuba usaha..
alhamdulillah la..

sedar x sedar dah nak tinggal 1 bulan setengah je b4 balik msia..
habis lah cerita 2nd year and welcome lah 3rd year..
cepat je rasenye mase blalu en?
adeh, risau2.. asyik2 rasa kurang bersedia je..
'boleh ke aku tu nnti', 'boleh ke aku ni nnti'..
insyaAllah harap Allah tunjukkan jalan Dia..
amin..

anyway minggu lepas,ade satu kesah ni..
dah lame x kene,
sekali dah kene terbawak2 la fikir sampai tidor mlm ko..

Alkesah...
pak cik ni tegur dekat escalator..

sebenarnye da rase lain macam dah,
tapi buat2 berani je la balas cakap pak cik n i balik,
boleh rasa kot..


pakcik (PK) : assalamualaikum,

mula2 x jawab, (dlm hati jawab la but zahirnya buat2 muke blur sebb rase cam lain macam je die ni)
last2
me : umm....

Pk: you're from korea? korea??
me: eh?(konon2 x faham la..)
Pk: no2, from Malaysia2??
me: eh ? (buat2 blur lagi)
Pk: from japan, japan..? you're muzlim?
me: ...... (satu soalan tu yg buat aku sgt2 fikir nak terus kan lakonan ke x?)
me: ya...
Pk: haaa...assalamualaikum.. why not answer? muslim2 from malaysia.. i'm from Thailand.. you know thailand? i'm from there.. my name, sayang..(nak cakap Sa Yang la kot..) malaysia very nice country.. near thailand..i work here, restaurant, i'hv restaurant.. (selebihnya conversation dlm bhasa russia..)- i forgot to bring my card, so i write my number on this card..(card apa aku x tau).. i have marshrut (macam van la).. if you want to go back to malaysia, and you want to take marshrut, u can call me, this number yes...i will help you..

bersungguh2 aku tgk pak cik tu tulis, ingatkan yg bebetul la pak cik ni ada marshrut, n tu number phone die.. dalam hati , mungkin pakcik ni nak promote business baru die kot, so aku x kesah la hilang sume syak wasangke busuk tadi ..haha....layankan cakap2 ngn die sampai kat luar station metro.. mmg bebetul percaya la..adoii ni pon satu senang sgt caye cakap org..haish..

waktu kepercayaan dah nak mule nak up , siqoh la kononnya terbentuk lepas dengar kisah pakcik ni,
tibe2 sambil buat muka comel, punye lerr terkejut aku

PK: actually can i have some money.. pliz give me some...(sambil tersenyum2 dgn beberape batang gigi emas jelas depan muke aku)

punye lerr terkejut aku..aiseh..

me: sorry, i think i need to go now..(sambil cube nak cabut la? rase tertipu yg sgt menebal..
haish..( sorry cik, saye x rese saye nak kasik kalau method yg awak gune begitu..)


Pk: no2..give me some money, pliz give .. (waktu ni die dah grab lengan jumper putih aku..)

try arr nak lepaskan ..sedaye upaya kot.. x agak2 pakcik ni, kalau org msia kompem2 arr dah lepaskan after kite tolak tgn die, ni mmg grab semacam arr..da lerr depan orang ramai sebb jalan tu mmg d only way utk masuk station, lepas 3 MINIT gitu struggle nak lepaskan ngn tolak2 tgn,(riso baju rosak pon ade gak..haha..) mmg maaf pak cik la, sabar abg ni ade batas gak, hush..(3 minit yg paling panjang rasenyer setakat ni dlm hidup..x nak arr gado tengah2 orang ramai tu.. mule2 tolak la cara baik, dah lame2,) aku pon sentap je arr baju n tolak sekuat hati tgn pak cik tu..

ahh,, bjaye gak lepaskan.. dgn muke bengang, beranikan jugak pandang balik muke pak cik tu, sebb marah, rasa jugak cam nak terbang sekali tangn ni kat gigi emas pakcik tu,
but kang kene tangkap ngn polis saje je.. (kesah benar ni=P)
so jalan je elrr balik tinggalkn pak cik tu sensorang...

balik hostel, tangan sejuk2 je....spoil mood hujung malam jumaat aku..T_T

hurm..

gitu lah cerite nyer,, dunno la, maybe sebb cara pak cik tu mintak dengan tipu dulu yg buat aku bebetul marah n bengang.. aku x rase aku akan tolak kalau die mintak cara baik..
and yg paling boring pakcik tau x pakcik dah buat saye bengang ngn pakcik n gagal nak settle cara baik tanpa mrah... kan saye dah fikir yg x baik pasal pakcik..adoi..maaf pakcik ye..

tadi abg afiq ada cakap tentang satu kesah ni,

Waktu seorang kafir memarahi Abu Bakar dan ada nabi disebelahnya..
kali pertama, dimarah, Abu Bakar sabar, kali kedua dimarah lagi, dia sabar lagi, kali ketiga dimarah , Saidina Abu Bakar meninggikan suara utk balas,
kemudian, x berapa lama, Rasulullah bkata pd Abu Bakar, kali pertama, kamu sabar, malaikat turun bersama mu, kali kedua kamu sabar , malaikat bersamamu, tetapi waktu kamu meninggikan suara (marah), malaikat pergi dari kamu..

mmg susah kan kite nak kawal marah ni kan,
family saye sgt riso waktu mule2 nak persue medicine ni,
mungkin sebb kurang sabar skit kot..hehe..
mmg betul sebenarnye aku rasa..
i'm going to show u guys my better side pd masa akan datang..
insyaAllah tu janji caer..aminn..

hrap2 kite dapat 'mrah' dgn cara n saluran yg betul,
agar even marah kite tu pon dlm redha Allah..
insyaAllah..
nota minggu utk hati paling dekat ngn jari yg menaip dan yg saudare2 yg lain jugak..
=)..



p/s: woo.. nak kene study lagi lagi kuat ni final biochem n physio dah nak datang..come on syahir..u can do it..gluxk2..love u so much..yeah..=)..doa jgn lupe k.. bagus anak mak,,,

pd kawan2 lain juga, all d best.. n ingatkan saye waktu saye lupe..gluck guys..




pen off..

Wednesday, 21 April 2010

dah2 la tu derr..

sejujurnya hati saya sakit tgk mereka bertepuk tampar bersentuhan juga berlaga pipi bertalikan ikatan yg belumpun sempurna simpulannye..
mat, sakit bro...tolong la jgn kat depan aku..
mungkin jauh dari aku x pe bagi kamu, tapi sejauh mana ko boleh jauhkan itu dari Dia??
headshot? maaf ye...
lu tepuk pale tanye arr akal sendirik..
T_T


pen off..

Sunday, 18 April 2010

Lillahhi ta'ala kan..=)

Kata orang,

Facebook itu satu keperluan.

Keperluan asas hidup ke-4 malah. Selepas makanan, pakaian, dan tempat tinggal.

Saya tersenyum. Dalam kata, ada makna. Dalam bicara, ada benarnya. Memang, facebook memang seakan satu keperluan. Jika orang tak kata pun, keadaan sekarang yang menggambarkan begitu.

Lakaran kehidupan yang kita dapat lihat setiap hari.

Di rumah, di pejabat, di mahalah, ataupun ketika sedang belajar subjek computer di makmal.

Facebook, kain dakwah yang tercorak luas.

“Hikmah itu adalah barangan yang tercicir (dari tangan) orang Mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang paling berhak terhadapnya” -Hadis

Walau yahudi yang membuatnya, kita mukmin yang akan mengambil hikmahnya.

Facebook mempunyai sistem yang amat luas dan menarik. Dari sistem tagging, terus kepada group yang senantiasa bercambah dari saat ke tahun. Ataupun terus message yang boleh terus dibalas, dalam hanya sekilas tangan.

Ianya semakin mudah.

Dan dalam semua ini. Ia mencampakkan kita ke lembah komunikasi yang amat luas. Dan bila ada komunikasi, maka ada perhubungan. Dan bila ada hubungan, maka di situ ada,

Dakwah.

Sistem tagging yang menyentuh bahu.


Saya cuit bahu kamu. Tersenyum, dan berkata,

"Jom, kita berjalan bersama menuju Allah"

Dengan muka yang manis mesra.

Dan itulah sistem tagging. Bila kita mentag seseorang, pasti keluar notification padanya dan memberitahu.

"Anda telah di tag"

Kan itu menyentuh bahu? Apabila kamu tag seseorang melalui nota islamik, atau yang kamu lukis pada picture yang mengandungi mesej-mesej islami, mahupun ketika kamu invite seseorang ke dalam group perbincangan agama dan pemikiran.

Mereka akan rasa terpanggil untuk membaca. Malah, bila ditag, mereka merasakan bahawa diri mereka benar-benar special. Istimewa. Memang khusus untuk mereka, kerana itu mereka di tag.

Bukankah kamu sudah menyentuh bahu mereka?

Untuk kita juga, kerana kita juga adalah mad'u.

Sentuhlah hati mereka dengan nota kamu. Semoga hati kamu juga tersentuh.

"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui mereka yang mendapat petunjuk"-125 surah al-Nahl.

Seandainya malu menyampaikan melalui lisan, sampaikanlah melalui tulisan.

Kamu tulis nota, kamu sampaikanlah. Kamu ada gambar cantik-cantik, kamu sebarkanlah. Agar semua dapat baca.

Tak ramai yang minat untuk membaca blog. Tak ramai yang tertarik untuk melayari laman yang mempunyai tulisan dan karangan yang panjang-panjang, yang seakan seperti karya ketika SPM dulu.

Dan kadang, mereka merasa malu dan segan untuk hadir ke situ. Mungkin mereka malu, maka kamu yang hadir kepada mereka. Tersenyum, dan sampaikanlah. :)

Semoga hati kita juga tersentuh.

"Saya tak pandai menulis"

Tak mengapa, kamu jadilah orang tengah. Ramai orang yang bekerja sebagai orang tengah sekarang, menjadi perantara yang selalunya untung membukit.

Saya juga nak untung membukit.

Bukit pahala. Walaupun kadang kita tak tulis, tapi kita menyampaikan. Kita orang tengah. Tak ramai yang baca blog, maka kita bawa blog kepada mereka.

Kita copy, kita paste.

Blog Ustaz Hasrizal, blog Hilal Aysraf, blog Ustaz Pahrol, blog Majdi Nadwan, dan semua blog yang ada. Kita letak link blog mereka.

kita copy, kita paste, dan kita tag mereka pada tazkirah itu.

Gambar? Ya, samalah. Begitu juga caranya.

Mesej, status, pimpinlah ia dengan iman


"Dari lisan kepada islam. Pimpinlah ia terus ke Iman menuju Ihsan"

Bila kita tukar status, mesti terpampang di home facebook kan? Dan orang akan baca. Meskipun tidak di tag. Sekurang-kurangnya mereka akan membaca sepintas lalu. Mengerling sepintas mata.

Tak salah nak berkongsi status peribadi kita. Kan kita berukhuwwah?

Kita sharing. Sharing is caring. and caring is loving.

Cuma, selitkan selalu kata-kata hikmah. Madah pujian berindah akhlak. Peringatan berhias pengajaran.

Jika tak baca, mereka mengeling. Jika mereka komen, kan boleh sama-sama kongsi idea?

Saya gembira, moga ini saham saya.


"Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermanfaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh.”
-hadis Riwayat Muslim

Hidup kat dunia, kejap sangat. Macam tengok filem. Habis aksi, habislah filem. Atau macam lagu. Habis intonasi, habislah lagu. Yang seakan mimpi. Bila terjaga, habislah semua.

Pastikan setiap saat kita dalam dakwah. Mestikan setiap nafas kita dalam tabiyyah. Apa yang kita buat, kita nak semua dalam pahala.

Kita bermain, kita nak pahala. Kita berblog, kita nak pahala. Kita bertwitter, juga nak pahala. Apatah lagi facebook kan? Di situ, pasti, kita juga mahu pahala.

Saya gembira, saya suka. Saya rasa banyak yang saya dapat buat dalam facebook. Amat luas, amat besar.

Macam multi-level kan? Macam MLM. Bila seorang baca, dan yang lain sampaikan. Huh, boleh naik pangkat saya.

Moga ini saham akhirat saya.

Usaha, usaha!


"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." 2:148

Setiap kali orang baca, setiap kali itulah kamu dapat pahala.

Jom, kita berlumba!

(Seandainya kamu ditag, maka saya dah menyentuh bahu kamu. hehe)

(copied from www.ilasyahid.blogspot.com)

insyaAllah bukan di facebook je, tapi setiap degup jantung kite,
harap2 dlm redha dijalanNya..

ingatan yg x lain x bukan utk hati yg paling dekat dengn jemari yg menaip..juga utk sedare2 sekalian...
senyumm...=)..


p/s: mlm ni harapnya rancagn 'Malam Rindu Illahi' di spartiv ni..=)..dinamakan sekadar utk pujuk supaya hati rasakan yg prgram ni berharga dan dapat redha dgn perjalanannye....insyaAllah...=) MRI sebenarnye program qiam beramai2 ja..
hehehe..fiweet2.. mesti la rindu kan.. rindu jgn x rindu..
salam..=D



pen off..

Friday, 16 April 2010

dlm diam dia berkata..


monolog byk mengajarkan semula apa yg dipelajari dlm hidup..
kamu berkata kepade kamu ape yg kamu belajar dan ape yg kamu lafazkan..
terus-terusan memujuk hati,
agar menterjemah setiap ilmu dlm laku,
x menjadik tin kosong yg banyak bunyi2 tapi yg ade hanye habuk dan karat..
suke sgt dengn monolog sebegini..
sangat2 suka agaknya..
bukan untuk berlaku sombong,
sekadar berharap berkuranglah omong2 kosong...
sambil sillaturrahim turut terjage,
agar yg dipelihara tak hilang,
yang memeliharanya juga tak sumbang..
insyaAllah..


p/s : baru lepas perikse microb dan alhamdulillah, walau apa jugak result yg dapat, mungkin tu ujian utk lihat sejauh mana hambaNya bersyukur..

esok start la 5 hari cuti.. baik kan russia, bday pakcik tu pon dpt cuti..
untuk kesejahteraan hidup katanya..
layankan..
alhamdulillah~
,,,zZZzzzZZzZZ
(_ _") ''''



pen off..

Saturday, 10 April 2010

hikmah..


umm, bile baca latest entry saifulislam.com dari blog satu sahabat, sgt menyentuh hati pagi2 ahad yg agak senyap n hening kat bumi moscow ni...
dingin nye nyaman walau temperature turun mendadak,.. mungkin ade hikmah disebalik tu..
takde sape yg tahu kan melainkan yg Allah gerakkan mereka utk berfikir..
umm, sebut pasal hikmah..
terlalu byk lagi rasenye yg perlu belajar dari perkatan tu....

hikmah,
sesuatu yg bukan hnya pde suratan,
tapi yg ada pd siratan,
yg terkadang lepas dr mata zahir,
tapi terpaut pd mata hati..
yg x tertangkap dengan logika akal,
tapi terungkap disebalik yg terhijab..

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
al-Insyirah:5 & 6 (94: 5 & 6)


sesuatu yg kite x terfikir pon kadang2..disebalik bende yg terjadi, ade susunan yang lebih baik yg Allah tetapkan..umm, Al-Khaliq lebih mengetahui tentang hamba2Nye..

Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.
almukminun:62 (23:62)

sabar dan redha dengn aturanNya,, n doalah agar setiap yg berlaku itu lah, jalan dan ketenttuan yang terbaik buat diri ini,.. sungguh yang telah berlaku itu jauh lebih molek daripada apa-apa yang mungkin berlaku..

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(al bakarah:216) 2:216
pesann utk Ahmad Syahir bin Abu Sahmah..
dan saudara2 die yg lain sama ade yg da bersaudare ataupun yg belum..
=)

p/s: peh, rindu sey betul kat mak n abah....
wuu..


pen off..

Thursday, 8 April 2010

я буду стать врачом..

Сегодня у меня урок русского языка..hari ni saye ade kelas russian language... blaja glagol 'стать' maknanye 'to become'..
преподаватель : ahmad, what is your dream when you're a child?
ahmad : pripadavatel.. i want to become a policeman..(haha.. main sebut je tadi..)
преподаватель : and what do you want to become today?
ahmad :я
буду стать врачом (i want to become a doctor),..преподаватель: do you know piragov? he was a famous russian doctor and poet..who among you want to become more than just a doctor ?like Piragov? a doctor and a poet at the same time?
paul : no..
jerome : no..
dev : no..
sri : no..
преподаватель : ahmad? you're a poet?
ahmad : huh? no3..i just want to beco...
преподаватель : ah, no need to tell me.. i know2.. u're a поэт..романтический поэт ga?? wuuu~~.. i can tell..
ahmad : eh? (blushing2..haha)
whole class : hahahahahahahahhahahahahahahahahhahahaha!!!!!

ahmad : adoi..cikgu ku mmg rock..T_T
maaf bercampur2 bahasanye..sekadar utjk mudah difahami..=)

umm,, actually deep down inside kan cikgu,byk lg yg saye nak jadi, dari sekadar seorang doktor.. terime kasih sebb ingatkan pasal kata kerja tu cg..buat saye fikir apa yg saya betul2 nak jadi..

doktor yang dpt ketuai jiwa dan hati kecil diri saye..
doktor yang dpt bahagiakan ibu bapa saye..
doktor yang dpt menjaga adik2 saye..
doktor yang dpt mengingatkan sahabat2 saye,
doktor yang dpt menempel kekurangn pasangan saye,
doktor yang dpt nakhodakn keluarga saye,
doktor yang dpt menyumbang pd masyarakat saye,
doktor yang dpt menganduh kelapaan saudara2 saya,
dan doktor yang dpt membantu agama saye..
umm tu la doktor yg saya nak jadi..
i.A..=)


pen off..

Sunday, 4 April 2010

orang dagang??

(amaran :lagu yg agak rock utk org yg x biase..=D)

just simply like the lyric..
realiti kini waktu yg Hak itu belum lagi pada tempatnye..
terus hidup dlm propaganda dan mainan negara2 sebelah sana..
hakikatnye UA tu pasti,
sebagai pemerhati atau pon sebahagian dari ahli?
x salah jadik yg asing sebb asal mulanye kite juga dari yg asing tu bukan??
nota sebelum tido utk hati..

(tido je kalau x faham..=P..hihi)



pen off..

Saturday, 3 April 2010

lepas hari ni x maksud lepas esok..

lepas hari ni x maksud lepas esok, lepas kat sini x maksud lepas kat sana..
haha..
panjang kan tajuknya..

alhamdulillah..
syukur sgt3..
biochem hari ni rasenye yg paling kurang pressure nyer sekali since first time kelas..
dapat balik ngn hati yg tenang..
although sepatutnye x patut cakap gitu,
sebb mangse yg kene tanya banyk for today adelah fizu..
x leh ske sgt arr..mmber kene kot..=)
blaja pasal pathway amino acid synthesis, tibe2 angin cg datang, time oral test, tanye plak gluconeogenesis..last sem punye topic tu..sape leh igt detail2..tulis skit2 ok la....punye lerr nasib 'baik' fizu hari ni..dah kene basuh teruk2 pasal tu, di tambah pulak satu lg soklan cepumas..
tyrosine combustion ?? eh??langsung rase cam x penah nampak dalm buku teks..
uh3..
x pe la.. fizu cakap hari ni hari die..minggu lepas ari aku.. cume tak tau plak bile mase nak tibe hari naz ngn bota ni..x penah lg dapat soklan who wants to be a millionaire nilai 1 juta ni..
-__-..mungkin minggu depan akan pusing pade aku semula? wallahualam,, usaha je la boy~~
lepas hari ni x gerenti lagi lepas minggu depan..

tapi after all, time jalan balik tadi fikir2, ade hikmahnye Allah susun aturan sebegitu utk kami..
end of the day, alhamdulillah byk rasenye yg dpt di absorb masuk dlm 'internal hard disk' ni..haha..
syukran ya Allah.. hambamu ni selalu terlajak berprasangka padaMu dlm tidak sedarnya... ampun kan daku..
ampunkan daku...

n lastly, just now heard that final exam date dah keluar, firstly i thought like 12 june gitu,
but den plak diorg kate on d 8th.. so kalau lerr bebetol tarikh 8 tu, mmg tanpa segan silu saye n rakan2 seperjuangn skit2 ni nak tukar date flight la kot sebb dah tempah utk 15th .. balik 10th tu ok la en.. 50 euro? x de hal lah ..bak kate fizu..
50 euro for extra 5 hari / 120 jam / 7200 minit bersama keluarga tersayang.. ape lerr nak berkire sgt..

satu lagi nak berkongsi,
teringt pe yg my uncle kate ,
caer, duit tu hanye lerr sehelai kertas..tau x?? kertas..kertass....kalau x dibelanjekan..
haha..
kelaka je bile igt2 balik..
maybe utk level abah2 or pakcik2 boleh la en..
tapi gue?? perancangn kene baik.. ngeh2..
saving utk tiket balik msia, utk blanje adik2, utk 'dunia sane',(kene ade gak eh kawan2 sekalian) utk kawen..
haha..kawen?? nonono.. yg tu seriously x de dlm pelan belanjawan ni..
haha..betol ma x tipu nyer ni..haha..

Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.

al hadid ayat 6

apa2 pon, after all, jgn plak lupe ucap syukur dgn pemberi nikmat ye..
ucapkan je x cukup, + ngn perbuatan skit..
insyaAllah semua yg kte buat terus dlm redhaNya..
saye bukannye ektreme, tapi sekadar dlm jalan pencarian..
so igkan sy tike saya agak terlupe yeh??


woaa....
panjang rasenye post hari ni..
hati girang gumbire skit kot..
ngeh3...alhamdulillahh......~~~


huh..
k dah.. lepas kelas biochem abis tengah hari , hari sabtu,

dengan ini, secara rasminye,, weekend utk group 11 n 12 bermule...

haaaahhh~~~



pen off..

Friday, 2 April 2010

for nana, afiq, kakcik n atiqah..=D

hoho,
yesterday we had a long chat..
very long indeed..
den only i knew i had singaporeans cousins...

bla..bla..bla..

-even study sana, u guys still malaysian rite??haha..(sarcastic)
-nolah..apa pulak..(serious)
-huh? ? changed to singaporean already??(thundershock)
-huh?? a big NO..muahaha..(evil)
-abuden??(blur)
-caer really thought we're malaysian??haha..(chance here..)
-ya la..(x kan indonesian pulak,langsung x same kot..)(innocent habissss)
-a singaporean from d very beginning lerr..(macho)
-ehhh?? @_@!(headshot)

from d time main kejar2 depan rumah sampai sekarang umur 20 tahun,
its about 10 years ago ke since they moved to singapore,
but i REALLY thought mereka ialah warganegara msia yg terchenta ini..
ish3.. better late den never kan..
see nana, baik kan?
siap ada entry lagi ..
yeah i know i know..
=P

actually dah berat kepala dengan topic special pathways of amino acids nih mlm ni..
mmg d special one lah..
wish me all d best people for tomorrow..

(_ _")...zZzzZZ


pen off..

Wednesday, 31 March 2010

fact for the world..

Совет муфтиев России : Террорист не может быть мусульманином, а мусульманин неможет быть террористом
x understand?Muftis Council of Russia : the fact is, terrorists cannot even be called a Muslim, and a muslim can't NEVER be a terrorist..

x faham lagi??
pengganas tidak boleh menjadi seorang Muslim, seorang muslim tidak boleh menjadi pengganas..

its really 2 different thing rite? seseorang yg berselindung dengan Islam pada namanya compared to yg mletakkan islam sebagai hidup dan carahidupnye..

fikir2kan lah duniaaa~
(_ _")

islam came from root word 'salaam' which means PEACE..

(sy sampaikan dari mereka)
pen off..

Monday, 22 March 2010

marah? booo~


hari ni marah betul..
mcam2 serba x kene..
hurh... selalu kalau marah aku akan diam..
terus pendam rase ngn harapan die akan ilang sendiri..
umm, sebenarnyer tu yg aku selalu buat..
urhh..
susah betul rasenya nak kawal marah..
perlu belajar lagi barang kali..
saye rase saye perasan kawan2 saye pon,
ade yg terkene tempias krakatoa ni,,
maaf dulu siap2..
haha..
tup..tup..tup.tup..
boring2 lepas makan,
usha2 bende2 yg leh dibace kat internet ni,,
ustaz hasrizal post dekat blog die..

tahan marah itu lebey baek dari marah.....
kerana marah tu ibarat api..... api tu kan satu sifat syaitan.....
hoho, kan ke syaitan diciptakan dari api....
api jika ditambah ngan api...
tak padam-padamlah jawabnye...
so, kalo seseorang ni marah yang lain...
ini akan memanaskan hatinya bukan?
Boleh jadi yang dimarah tu akan menjadi marah pula....
Bukankah hal ini mengundang perbalahan, persengketaan,
malah sampai bisa memutuskan silaturrahim?....
na'uzubillahi min zalik...

nak putuskan silaturrahim?? x nak kan,, so x tau lagi apa nak wat?? buat2 lah lawankan perasaan nak marah n melenting tu..huu..

all d best pada syahir..
"senyum3"
ma selalu cakap like that to me,
to cheer me up..
n rite now seriously i miss it sgt3.,.


pen off...

Thursday, 18 March 2010

cuba jangan x cuba..!!

x tau la tajuk entry ni mampu attract orang utk tgk post yg ni ke x..
hihi..=)
sebenarnye nak kongsi something ni...
tadi terbaca dekat blog tapai,,
he posted a link kat situ..
ape yg best sgt tentang website ni?
so try la usha2 skit...
mungkin ramai yg dah tahu, tapi saye baru je tahu..
masyaAllah..
x sangke ada sebegini di 'dunia tanpa sempadan ' ni..
mungkin masih byk yg belum sy temui,
yahoo.mail, facebook, bharian, realmadridfc, utusan online, blogs,
insyaAllah lepas ni kene rajin2 kan bukak website ni plak..

http://www.quranexplorer.com/Quran/

kagum sekejap,
dan boleh pasang b4 tido instead of tido dengn buaian lagu2 lain..
boleh mudahkan hafazan..
same2 kite cari redhaNye..insyaAllah..
huu..~~
selamat mencuba..
=)
syukur sgt sbb jumpa..


pen off..

Tuesday, 16 March 2010

mutabaah amal?

minggu yg baru, nak mulakan dengn niat n target yg baru ni..
short term punye target..huhu..alhamdulillah sehat2 sini,
periksa microb pon dah habis..
huu..syukur2..target nak dpt fulll mark, but sangkut sikit..
halal la lebih kurang..haha..

sebut pasal target..
,kadang2 kite selalu letakkan macam2 target dlm hidup..
markah pekse kali ni, kerjaya, rumah tangga,n sume2 tu,
something yg kite nak achieve dlm satu2 tempoh masa tu kan,
bykkan matlamat2 yg kite dah setkan dlm kehidupan kite..
but pernah x kite setkan target ape lerr yg aku nak buat ibadah dlm minggu ni ??..
best tau sebenarnye cam gitu..abg afiq yg kenalkan..=)
mula2 kite set la sikit2 dulu,

alquran : 1 page 1 hari
puasa sunat : 1 hari 1 minggu
solat jamaah : sekali sehari
sunat rawatib: sekali sehari
sunat duha : sekali seminggu

haaa.. awal2 kite start ngn sikit2 dulu..n pilih la sekdar mana yg kite rase kite mampu buat.. bukan apa, awal2 utk bentuk diri dulu supaya terase best dan sayang nak terus buat lagi.. insyaAllah dapat kite rase nnti orh.. yg manisnye en,
bile dah lama2 kite jage nnti, kite mule rase sayang nak tinggalkan n cam x complete plak minggu kite if kite x buat..huu.. tu la yg brader aku cakap,

try to fake it until you make it..

dan seterusnye byk lagi yg kite leh masukkan dlm senarai target mingguan kite ni,,
x semestinye ibadah2 khusus cam tu je tau, boleh jugak kite masukkan

beriadah : 3 kali seminggu,
bacaan agama : 1 bahan seminggu
blogging : 2 post seminggu

macam2 lagi boleh dibuat.. insyaAllah kalau rasa dah mampu buat lebih, kite pon boleh tambah lagi 'target' mingguan kite ni, naikkan sdeikit demi sedikit yg kite rase kite mampu buat.. dari 1 page alquran tambah jadik 2,3 dan seterusnye...tu la nama nye 'Mutabaah Amal' or 'target list' kite, huhu. macam2 lagi sebenarnye kite leh tambah masuk list kite nih, cam qiam, al ma'surat, n lain2 lagi..satu saudara sy even letakkan 'online ym sekurang2 nya 1 hari seminggu' dlm mutabaah amal nya..tujuan utk eratkan silalturrahim dn sebagainya..saya rasa la..pon boleh jugak..senng kan??=).kalau kite catat n kite lihat balik di end of the week,
boleh djadikkan motivasi utk kite lengkapkan lagi utk minggu akan datang..=)

sambil2 kite cube menjage akhirat kite, sambil2 jugak la kite menjage dunie kite..
x salah kan?? abg kate, beramal pon kene la terancang gak, huhu..
nak jadik individu muslim yg baik, baru boleh bina baitul muslim yg baik, dapat la kite jana ummah muslim yg baik, n islam sebagai ustaziatul alam (sebagai ajaran utk seluruh alam)..
=)..

yosh.. nak sambung study lepas nih..huu.. come on arr syahir.. struggle hard skit sebb ade 2 subjek berat gak this sem....
biochem n physiology.. huu..insyaAllah baik je kot..try sebaik mungkin..
doa2kan utk saye n kawan2 lain sekali..
=)..

peringatan x lain x bukan utk hati yg paling dekat ngn jari2 yg menaip n mulut yg berbicare ni..
dan utk yg sedare2 sy yg lain jugak..=)


p/s : ma, im going to book my flight this week..huhu.. insyaAllah 2nd week of june kot.. later abg kasi tau k..fuad dah cuti dah time tu.. tu yg best tu..hehe..
=)
salam..

pen off..

Thursday, 11 March 2010

Tahniah utk Nurul Atiqah binti Abu Sahmah..

tahniah nurul dgn result spm kamu,
u did well even in smap labu,
something yg aku x jangka,
and barangkali sedarkan aku dari lupa,
yg hakikat kejayaan dan rezeki tu bukan dari kita,
atau dari sekolah kamu berada,
tapi segala dari yang maha kuasa,
tadbir dari kita dan takdir dari Allah,
jika baik tadbir nye,
insyaAllah takdir yg baik pon Allah dah tetapkan..
apa2pon tahniah skali lagi adik yg sorang nih..
d 1 n only girl yg struggle utk survive dlm 4 org lelaki2..
hehe..sian2..
=)..

anyway , insyaAllah lepas nih,
apa2pon keputusan dan kemane arah tuju tu,
fikirlah yg tu sume adelah yg terbaik utk diri dari Allah,
sebb die yg lebih tau ape yg paling baik utk hamba2 nye..
all d best n tahniah again..=)..
abg tompang gembire jugak ye..
n sorry sebb selalu risau skolah nurul might effect ur spm result...
really1000x sorry..=)
pengajaran baik dari Allah jugak nih..
bergembire lerr korang eh..huhu..
jeles nih x dapat join skali celebrate nurul..
hadiah cam biase claim kumdian k..
stay smile=)..


pen off..

Wednesday, 10 March 2010

sama2 jom..


Mari Adik-Adikku
Pujilah Allah
Lihatlah Alam Yang Tersergam Indah
Unggas Berterbangan Awan Berarak
Semuanya Memuji Allah

Mari Kita Memuji Kebesaran Allah
Alhamdulillah Pujian Bagi Allah
Subhanallah Maha Suci Allah
Segala Pujian Hanya Baginya

Lautan Terdampar Luas
Ikan-Ikan Di Lautan
Ombak Pun Berzikir Di Pantai
Semuanya Memuji Allah

Burung Berkicau Di Rimba Raya
Air Mengalir Ke Muara
Embun Menitis Di Pagi Hari
Semuanya Memuji Allah..

mereke semua sudah dan sedang,
kite macam mane??
=)


pen off..

Monday, 8 March 2010

Dimana cantiknya seorang muslimah?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

betul kah itu kecantikan2 mutlak seorang yg digelar wanita?? Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. umm.. pinjaman yg didunia, kan kalau diguna dgn 'cara' yg betul menjadi hak di akhirat nnti? yg indah itu akan pergi,
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik ???

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Hiasi "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian"

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

dari sini,

Happy Woman's Day 8 march ni pada semua yg berkenaan..semoga terus tabah mnjalankan peranan masing2 dmuka bumi ni..n terus bertambah solehah dlm redhaNya..aminn..=)


ini je hadiah yg dapat dberikan..x de bunga..hihi..gomennasaii..=)khusus utk 2 org muslimah dlm family saye (ma n nurul)..huhuhu..sahabat2 dan jugak yg bergelar muslimah2 atas pentas fana ni...


pen off..

Saturday, 6 March 2010

susah?

letih hari ni..
alhamdulillah sume bejalan ngn lancar..
since this sem pon still lagi kelas 6 hari seminggu,
nothing can be done selain cube redha sebaiknye..haha..
sabtu pulak lerr kene biochem..
this coming friday ade exam microb..
a week after dat on saturday morning yg tersgt lerr hening,
group 11 & 12 kene gi barikadnaya 4 biochem xm pulak..
microbiology..subjek baru sem ni,
nama my lecturer utk microb, mdm naina..
mostly senior2 yg dengar sume kate teruskan lah berusehe ya wahai adikku..
since dgn mdm tu mmg susah skit..
bukan skit, tapi BYK..
lebih kurang macam mdm avdeeva jugak la utk biochem aku..
susah gile.(susah je gile nyer x)
memg mantap harasho la..
selalu fikir, cam ne lerr aku nak dapat markah tinggi nih,
klu cg2 nih sume strict2 giles..
adoi..
terigt satu brader nih kasi tau aku,
Allah x tgk brape markah kite,
tapi Allah tgk usaha kite,
usaha dan ikhtiar tu dari kite,
kptusannye tu dari DIa,
umm, selalu aku denga ayat brader tu,
but x tau arr npe susah sgt nk resap dlm...huish..
ajarkan aku erti lebih redha ya Allah..
aminn..
harap2 dapat usaha sungguh2 lagi..
kata2 saye, doa saya juga.
insyaAllah..
semoge bjaye jugak org2 sane..
sambil blaja sambil buat amal jugak ye..
pokoknya perbuatan tu klu kene niatnye,
insyaAllah berbuah jua lerrnnti..
i.A
=)..
wee...
hehe..

pen off..

Wednesday, 3 March 2010

pergi dan kembali..

waa..
moscow dah makin warm..
heater sebelah katil pon dah makin kurang panas..
suke2...
baru tau susah idop dlm sejuk..
kene syukur byk2..
makin tua,
kene la makin matang..

umm,,haaa...
ade org igtkan,
bithday 20th yg lepas,
slamat 'pendek' umur..
terkejut time first2 denga..
ape arr en,birthday org,
kate kite semoga pendek umur..
huish.. -___-
semat mukaddimahnye dlm buat akal berfikir,
katenye, lepas satu hari lepas,
makin pendek lah umur kite..
sebab titik noktah hayat tu dah lama ditentukan..
dan ucapan selamat agar spent balance2 hari tu dgn baik..
umm..insyaAllah..
tambahnye lagi, mati tu permulaan utk hidup..
kehidupan sebenar yg Allah aturkan..
hidup disini utk semaian,
hidup di sana utk menuai..
dan mati tu sebagai detik pertukaran musimnye..
jadik kesimpulannye,
hidup ini utk mati, dan mati tu nnti utk hidup..
hidup yg x mati2 sampai bile2..
benar sgt kate org2 pandai,
sahabat2 rasulullah dulu 'hidup' kerana mencintai mati,
tapi umat kini, 'mati' sebb terlalu cintakan hidup..
x cintakan hidup??
x takut mati??
betul rasa2 tu sume dah ade terpalit walau sikit pon dlm diri?
tapi kalau dicintakan hidup supaya merindui mati,
baik en kalau dapat begitu??
pergi kearah mati dan kembali kearah hidup..
harap2 dlm pimpinan Allah kearah itu..
aminn..

tusukan yg jelas2 utk hati yg paling dekat dgn jari yg menaip n mulut yg menyampaikan..
dan utk dicucuk pade yg lain2 juga..
=)

Ya Allah jgn kau lalaikan diri ni dari mengingatimu,
amin..


pen off..
Related Posts with Thumbnails