Saturday, 11 December 2010

nota hati

Bukan diri tidak sudi,
jauh sekali melawan mahu,
suatu yg fitrah pada semua,
pasti tak terkecuali pada ku,
..................................
Dek terlalu banyaknya cela,

risau kau kelak berlalu hampa,
dalam samudera kehidupan,
kembaraan seorang nakhoda buta ,
..................................
Diri tak sebaik Hanzalah,

figura pemuda cinta setia,
mana mampu kuukir tinta,
berbisik kata bermain jiwa.
...................................
Jika mungkin menguntum kaseh,

kuharap mekar disiram iman,
yang takkan sirna ditelan masa,
janji cintaNya dusta
tiada ,
buat hamba-hamba yg bertakwa..
...............................
ya Robbi, tabahkan hatiku..









p/s: semoga lebih menjaga hati syahir ye..
yeah, all the best..you can do it..
insyaAllah.. (Al-kahfi 18 : 23 - 24)
aminn.=)


pen off..

Sunday, 5 December 2010

antara 2 cinta..

apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
di padang pasir

panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh
by: Raihan

p/s: tiap2 rangkap cukup utk buat hati getar,
kerna terlalu jauh aku tinggalkanNya mungkin..
kan dunia itu almazratul akhirah..

insyaAllah, moga2 cintaNya betul2 dapat diri suburkan dari bekal hidup ini.
kerna kutahu, aku jua x sempurna, masih mencari, dalam gelap,
moga2 Allah mudahkan segala..
aminn..
pen off..

Saturday, 4 December 2010

dugaan

maafkan andainye diri akan mengecewakan..
sgt2 tanpa niat dari hati..
adeh..
-__-
seorang sahabat forwardkan ini untukku..
moga2 dimudahkan segala..
aminn..

Doa Ketika Ditimpa Musibah
1) Doa untuk mereka yang berhadapan dengan Musibah
Innalillahi wa inna ilaihi rajiu’un. Allahumma jurni fi musibati wakhluf li khaira minha
“Sesungguhnya kami milik Allah, kepada-Nya kami akan kembali. Ya ALLAH berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik daripada musibahku”~Riwayat Muslim~

2) Doa memohon agar kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa redha.
“Ya ALLAH, Jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa redha dengan qada’-Mu, berkatilah aku setiap apa yang telah Kau takdirkan ke atas aku sehingga aku tidak suka meminta dipercepatkan apa yang Kau takdirkan lambat untukku dan melambatkan apa yang telah Kau percepatkan untukku.


pen off..

Thursday, 2 December 2010

-___-

a lil bit down sekarang..
gundah2 yg x menentu..
x pasti dengan diri sendiri..

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaiman halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan ALlah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALlah itu amat dekat." (Al Baqarah 2:214)


pen off..
Related Posts with Thumbnails